Languages: Others

Laporan Tahunan PKS 2015/16

Laporan ini yang dikeluarkan pada 30 September 2016 oleh SME Corporation Malaysia, selaku Sekretariat kepada Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan menyediakan penilaian terhadap prestasi PKS pada tahun 2015, prospek bagi tahun 2016 dan perkembangan terkini yang memberi kesan kepada PKS. Laporan tahun ini yang bertemakan “Mengatasi Halangan” memberi tumpuan terhadap pelarasan yang perlu dilakukan oleh PKS bagi mengatasi halangan dan cabaran berikutan kemunculan era perniagaan baharu – Revolusi Industri 4.0, penggabungan pendigitalan dan teknologi, integrasi serantau serta trend utama yang lain.

Perkara utama yang ditampilkan adalah sejak sedekad yang lalu, PKS Malaysia telah menunjukkan prestasi yang amat baik, dengan mencatatkan pertumbuhan yang mengatasi pertumbuhan ekonomi secara keseluruhan. Dalam tempoh 2011 - 2015, PKS berkembang pada kadar purata tahunan sebanyak 6.7% berbanding pertumbuhan purata ekonomi keseluruhan sebanyak 5.3%. Hasilnya, sumbangan PKS kepada KDNK meningkat sebanyak 4.1 mata peratusan kepada 36.3% dalam tempoh lima tahun, disokong oleh prestasi PKS merentasi semua sektor ekonomi.

Rangka kerja institusi yang menyeluruh dan pelan dasar yang jelas telah meletakkan PKS Malaysia pada kedudukan yang menggalakkan untuk terus berkembang. Prospek PKS adalah untuk mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.0 - 5.5% pada tahun 2016 sejajar dengan pertumbuhan ekonomi Malaysia yang diunjurkan sebanyak 4.0-4.5%. Kerajaan kekal komited untuk menyokong pembangunan PKS dan keusahawanan melalui 125 program yang sedang dilaksanakan oleh pelbagai Kementerian dan agensi  bagi  meningkatkan keupayaan dan akses kepada pembiayaan untuk PKS. Maklumat lanjut boleh diperolehi daripada Laporan Tahunan ini (dalam format PDF).

Pilih salah satu daripada yang berikut:

Laporan Lengkap

Laporan mengikut Bab:
Perutusan YAB Perdana Menteri

Seksyen I Penilaian Ekonomi

Seksyen II Dasar dan Program Pembangunan PKS

Seksyen III Sorotan Khas

Seksyen IV Kisah Kejayaan

Lampiran

  • Lampiran 1 : Statistik Utama
  • Lampiran 2 : Senarai program pada Tahun 2016
  • Lampiran 3 : Glosari Singkatan
  • Lampiran 4 : Definisi PKS


Ringkasan Laporan Tahunan PKS 2015/16
Brochure 6 panel final front


Brochure 6 panel final back

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 1300-30-6000
Fax Line: 03-2775 6001

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

  med    
Tekun2 SKM1  
output onlinepngtools uda holdings SME Bank edit  
logo bankrakyat MaGIC Smoke protege1  

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

SME Masterplan

SME Policiess

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US