Languages: Others

Kerajaan komited lahir 200,000 usahawan baru dalam 5 tahun, kata timbalan menteri

 

 
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Dr Mohd Hatta Md Ramli berkata, kemudahan pinjaman dan pembiayaan
daripada agensi di bawah kementerian banyak membantu usahawan baru memulakan dan mengembangkan perniagaan. 
 

DUNGUN: Kementerian Pembangunan Usahawan yakin mampu melahirkan 200,000 usahawan baru dalam tempoh penggal pertama pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH), kata Timbalan Menterinya, Dr Mohd Hatta Md Ramli.

Katanya, sasaran itu dapat dipenuhi memandangkan sambutan menggalakkan dan dalam tempoh hampir setahun 24,000 usahawan baru telah didaftarkan.

“Setakat ini, semua usahawan baru itu berdaftar dengan agensi di bawah kementerian seperti Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional), SME Corporation Malaysia dan ada yang mengikuti Program ‘Professional Training And Education For Growing Entrepreneurs’ (Protege) yang dijenamakan semula daripada Skim Latihan 1Malaysia (SL1M).

“Paling penting kita tidak mahu mereka ini bukan sekadar hanya ada syarikat, tetapi mesti benar-benar menjalankan perniagaan untuk digelar usahawan. Agensi kementerian akan memainkan peranan membantu mereka dari segi latihan, modal perniagaan dan bimbingan berterusan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Surau Baitun Najihin, Sekolah Menengah Sains Dungun di sini, hari ini.

Beliau berkata, kemudahan pinjaman dan pembiayaan daripada agensi terbabit banyak membantu usahawan baru memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka.

“Contohnya, program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) oleh SME Corp menyediakan pembiayaan RM15,000. Begitu juga dengan TEKUN, walaupun pinjaman skim mikro kreditnya agak kecil antara RM5,000 hingga RM10,000 setiap orang.

“Walaupun jumlahnya kecil, ia mencukupi untuk bantu usahawan baru memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dan dibimbing berterusan hingga berjaya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga berharap jumlah pembiayaan tidak berbayar (NPF) hampir RM500,000 oleh peminjam TEKUN akan dapat dikutip kembali secara berperingkat.

“Kita mohon peminjam hutang lapuk ini membayar semula pinjaman mereka kerana ia adalah dana dalaman yang boleh memberi manfaat kepada peminjam baru yang lain pula. Usaha mengutipnya sedang berjalan dan ada yang mula membayarnya semula,” katanya.

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 1300-30-6000
Fax Line: 03-2775 6001

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

  med    
Tekun2 SKM1  
output onlinepngtools uda holdings SME Bank edit  
logo bankrakyat MaGIC Smoke protege1  

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

SME Masterplan

SME Policiess

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US