Languages: Others

Minggu PKS 2015

 Logo SME Corp  
 

Minggu PKS merupakan program tahunan, anjuran SME Corp. Malaysia selaku Agensi Penyelaras Pusat PKS bagi mengiktiraf peranan dan sumbangan PKS kepada ekonomi Negara. Program ini telah bermula sejak tahun 2012 dan diadakan di seluruh negara, selama seminggu pada bulan Jun setiap tahun.

Pada tahun ini, Minggu PKS 2015 yang diadakan buat kali ke-4 telah berlangsung dari 30 Mei hingga 5 Jun 2015, melibatkan kerjasama semua Kementerian dan Agensi yang terlibat dalam pembangunan PKS. Ianya juga melibatkan Kerajaan Negeri, GLC, pihak swasta, media, sekolah dan universiti, pasaraya besar dan kompleks beli belah, Persatuan dan Dewan Perniagaan serta Institusi Kewangan.

Program ini juga merupakan platform untuk masyarakat umum mendapatkan maklumat serta khidmat nasihat mengenai langkah untuk memulakan perniagaan serta bantuan yang disediakan oleh Kerajaan kepada PKS untuk memajukan perniagaan mereka.

Pada tahun ini, sebanyak 168 aktiviti telah dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara sepanjang Minggu PKS, termasuklah penyediaan 1,442 booth untuk pameran dan promosi produk PKS serta kaunter maklumat. Selain itu terdapat juga sesi perkongsian pengalaman, pemadanan perniagaan, seminar penjenamaan, bengkel, forum keusahawanan, Pocket Talk, Business Pitching dan klinik usahawan.

Pada tahun ini, Majlis Perasmian Minggu PKS 2015 Peringkat Kebangsaan telah diadakan di Johor Bahru, dirasmikan bersama oleh YB Menteri dan YAB Dato’Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar Johor. Program Minggu PKS 2015 di peringkat negeri turut dijayakan dengan kerjasama agensi Kerajaan Negeri. Sebagai contoh di Johor, rakan agensi yang terlibat adalah Pusat Pembangunan Usahawan Johor (EDC), MARA dan TEKUN.

Minggu PKS 2015 telah mencatat peningkatan jualan sebanyak RM3.6 juta tahun ini berbanding RM1.7 juta pada tahun 2014. Melalui sesi pemadanan perniagaan yang dilaksanakan juga, sebanyak RM60.03 juta potensi jualan telah direkodkan.

Dari segi bilangan peserta gerai pameran, sebanyak 1,314 peserta menyertai pameran. Tahun ini, sebanyak 168 aktiviti dilaksanakan berbanding 158 aktiviti pada tahun 2014. Secara keseluruhannya, seramai 344,709 orang peserta dan pengunjung telah mendapat manafaat daripada bengkel, seminar, pocket talk dan kaunter maklumat yang disediakan sempena Minggu PKS ini.

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 1300-30-6000
Fax Line: 03-2775 6001

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

med Tekun2
SKM1 MKM New 1 uda holdings
SME Bank edit logo bankrakyat jata copy

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

SME Masterplan

SME Policiess

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US