Languages: Others

PELANCARAN MINGGU PKS 2014. PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

RM1.5 juta transaksi jualan di seluruh Malaysia disasarkan

SME Corp. Malaysia telah mensasarkan peningkatan transaksi jualan sebanyak 50% sepanjang Minggu PKS 2014 berlangsung berbanding RM1 juta yang dicatatkan pada program yang sama pada tahun lepas. Sasaran ini dibuat berdasarkan jangkaan 5,000 pengunjung yang telah memanfaatkan 158 program yang akan dianjurkan di semua negeri sepanjang Minggu PKS ini.

Seramai 1,000 pengunjung telah memenuhi Pusat Dagangan Terengganu pada 24 Jun 2014 yang lalu sempena Majlis Pelancaran Minggu PKS 2014 yang telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahman, Menteri Besar Terengganu. Minggu PKS 2014 Peringkat Negeri Terengganu akan berlangsung selama 4 hari bermula pada hari ini sehingga 27 Jun 2014.

Minggu PKS adalah satu program tahunan yang merupakan inisiatif di bawah Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (NSDC) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Minggu PKS yang berlangsung di seluruh negara, dianjurkan pada minggu keempat bulan Jun setiap tahun, bermula pada tahun 2012. Selaku Agensi Penyelaras Pusat PKS, SME Corp. Malaysia adalah Urusetia dan juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Minggu PKS.

Minggu PKS bertujuan untuk mempromosikan serta meningkatkan kesedaran secara besar-besaran tentang produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh PKS. Program ini juga bertindak sebagai platform di mana usahawan dan bakal usahawan boleh mendapatkan maklumat serta khidmat nasihat untuk memulakan dan memajukan perniagaan mereka.

Pada tahun ini, Minggu PKS 2014 telah berlangsung pada 21-27 Jun 2014 dan melibatkan kerjasama semua Kementerian dan Agensi yang terlibat dalam pembangunan PKS. Program ini juga melibatkan kerjasama dengan Kerajaan Negeri, pihak swasta, Persatuan & Dewan Perniagaan serta Institusi Kewangan.

YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed dalam ucapannya semasa pelancaran Minggu PKS peringkat Kebangsaan baru-baru ini menyatakan bahawa beliau berbesar hati dengan penglibatan aktif badan korporat dan pihak swasta dalam menyokong Minggu PKS yang sememangnya menyumbang kepada pembangunan PKS tempatan di negara ini.

Sebanyak 158 aktiviti telah dilaksanakan di seluruh negara termasuklah karnival jualan produk PKS dan kaunter maklumat, program “Top Young Entrepreneurs”, Mini Forum Keusahawanan Malaysia (FOKEM), Pemadanan Perniagaan dengan “My Outlets”, Minggu PKS@R&R, Minggu PKS@KL Sentral, PKS@Pasaraya Besar (Promosi Produk PKS, Pertandingan Memasak Kreatif, Bazar Kiddo) serta Sesi Pocket Talk.

Selain itu, sebagai usaha memupuk minat dan budaya keusahawanan di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah, beberapa program telah dilaksanakan seperti Kiddo Bazaar dan Junior Creative Challenge. Di bawah Junior Creative Challenge pula, sebanyak 60 buah sekolah menengah di sekitar Lembah Klang telah dijemput untuk menyertai pertandingan dalam menghasilkan idea perniagaan terbaik, khususnya dalam industri kreatif. Bagi meningkatkan keyakinan diri pelajar, 20 idea terbaik akan berpeluang menyertai sesi ‘pitching’, yang telah diadakan pada 24 Jun 2014, bersempena Minggu PKS.

Bagi Negeri Terengganu, penganjuran Minggu PKS kali ini telah memfokuskan kepada tiga (3) golongan sasar iaitu usahawan wanita, belia dan ekonomi desa. Pelbagai program keusahawanan akan berlangsung seperti Program Bicara Usahawan Muda bersama Umi Nazeera, Ziarah Qaseh, Resipi Ramadhan, Kursus Usahawan Muda, Sembang Masjid bersama penceramah terkenal iaitu Ustaz Kazim Elias dan banyak lagi.

Minggu PKS peringkat Negeri Terengganu merupakan salah satu daripada sebelas siri penganjuran Minggu PKS 2014. Acara ini telah diadakan di Negeri Sembilan dan Melaka pada 20-22 Jun 2014, Perak pada 20-22 Jun 2014, di Sarawak pada 20-26 Jun 2014, di Kelantan pada 22-24 Jun 2014, di Pahang pada 25-27 Jun 2014, di Kedah pada 26-27 Jun 2014, di Sabah pada 19-22 Jun 2014. Acara yang sama telah turut diadakan di Johor pada 13-15 Jun 2014 dan Pulau Pinang pada 16-18 Jun 2014.

CONTACT US

SME Corporation Malaysia,
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur.

Info Line: 1300-30-6000
Fax Line: 03-2775 6001

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

med Tekun2
SKM1 MKM New 1 uda holdings
SME Bank edit logo bankrakyat jata copy

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

SME Masterplan

SME Policiess

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES
RESOURCES
CONTACT US