Bahasa: Lain-lain

Hab PKS

ORC logo final

 

Hab PKS adalah platform bagi PKS dan usahawan untuk memperoleh pengetahuan, mempelajari amalan terbaik perniagaan, serta mendapatkan maklumat penting mengenai perniagaan permulaan, akses pasaran, pembangunan modal insan, sumber kewangan, selok-belok industri dan pelbagai aspek perniagaan yang lain.

Bagi meningkatkan lagi perkhidmatan di Hab PKS, Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) telah melancarkan 'Pusat Sehenti Keusahawanan' yang juga dikenali sebagai PSK@Hab PKS pada Oktober 2018.

PSK@Hab PKS bertujuan untuk melengkapkan PKS dengan maklumat dan pengetahuan yang tepat dan tertumpu bagi membantu pembangunan PKS. Sebelum ini, kaedah untuk memperoleh maklumat berkaitan keusahawanan adalah terhad. Kini menerusi PSK@Hab PKS, PKS boleh mengakses maklumat berkaitan secara dalam talian dan luar talian. Di samping itu, bagi memastikan inisiatif ini meliputi PKS di kawasan luar bandar ‘Hab PKS Bergerak’ telah diwujudkan bagi membantu menyediakan khidmat nasihat perniagaan kepada PKS yang berada di kawasan ini.

Maklumat yang disediakan menerusi platform ini tidak terbatas kepada program yang dilaksanakan oleh SME Corp. Malaysia, tetapi juga program di bawah MED, termasuk TEKUN, INSKEN, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKM), SME Bank, Bank Rakyat, MaGIC dan pelbagai institusi kewangan. Rangkaian perkhidmatan yang disediakan di Hab PKS merangkumi:

  • Khidmat nasihat perniagaan
  • Pautan Hab PKS (kerjasama dengan agensi Kerajaan dan organisasi yang lain)
  • Pocket Talk
  • Pusat Maklumat (Emel Info, Talian Info);
  • Pusat Sumber
  • Galeri Produk PKS
  • Hab PKS Maya (Laman web SME Corp. Malaysia, Portal SMEinfo)

 


Kunjungi Kami di :  Waktu Operasi :
Tingkat 4, SME 1, Blok B
Platinum Sentral,  Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 KUALA LUMPUR
Talian Info : 1-300-30-6000
Talian Faks : 03-2775 6001

Isnin hingga Jumaat
9.00 pagi - 5.00 petang

Untuk pertanyaan, sila hubungi:

1-300-30-6000 (Talian Info)

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur.

Talian Info: 1-300-30-6000
Talian Faks: 03-2775 6001

Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

med Tekun2
SKM1 MKM New 1 uda holdings
SME Bank edit logo bankrakyat jata copy

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Pelan Utama PKS

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI