Bahasa: Lain-lain

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)


Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030) telah dilancarkan oleh YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 11 Julai 2019. DKN 2030 merupakan dokumen dasar pertama oleh kementerian yang baharu ditubuhkan iaitu Kementerian Pembangunan Usahawan (MED), sejajar dengan fungsi Kementerian untuk menggubal dasar pembangunan komuniti keusahawanan yang inklusif dan kompetitif, khususnya sektor PKS, yang mampu bersaing di pasaran global, serta merangsang pembangunan kumpulan B40 dan usahawan sosial.

 

“DKN 2030 akan menjadi pemangkin untuk memacu budaya keusahawanan di negara ini, dengan matlamat utama mewujudkan ekosistem keusahawanan yang holistik dan kondusif bagi menyokong agenda sosioekonomi yang inklusif, seimbang dan mampan,” kata Perdana Menteri. DKN 2030 menyasarkan untuk meningkatkan bilangan usahawan yang berkelayakan, berdaya maju dan berdaya tahan serta meningkatkan keupayaan usahawan tempatan, terutamanya dalam sektor PKS, seiring dengan konsep kemakmuran bersama oleh Kerajaan.

 

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur.

Talian Info: 1-300-30-6000
Talian Faks: 03-2775 6001

Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

  med    
Tekun2 SKM1  
output onlinepngtools Logo UDA 2020 SME Bank edit  
logo bankrakyat MaGIC Smoke protege1  

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI