Bahasa: Lain-lain

Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP)

 

BEEP adalah satu program khusus yang bertujuan untuk mewujudkan dan membangunkan PKS Bumiputera yang berdaya saing, berdaya tahan dan dinamik melalui bantuan yang komprehensif dan bersepadu dengan pendekatan bimbingan termasuk mengukuhkan teras perniagaan, membina kapasiti dan keupayaan, meningkatkan produktiviti dan memudahkan akses kepada pembiayaan yang terdiri daripada:

Komponen Pembiayaan :

  • Pensijilan dan Sistem Pengurusan Kualiti (QMS);
  • Peningkatan Pembungkusan Produk;
  • Pembangunan, Inovasi Produk, Produktiviti & Automasi;
  • Pembangunan Penjenamaan dan Promosi;
  • Aplikasi ICT;dan
  • Permulaan Perniagaan & aktiviti berkaitan.

 

Kriteria kelayakan untuk BEEP:

  • Syarikat berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965 / Pendaftaran Perniagaan 1956 / Sijil Amalan Profesional daripada Badan-Badan Pengiktiraf;
  • Memenuhi definisi PKS;
  • 60% ekuiti syarikat dimiliki oleh Bumiputera;
  • Mempunyai lesen premis yang sah; (bergantung kepada aktiviti perniagaan)
  • Telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan; dan
  • Mendapat SCORE 1-bintang ke atas atau M-CORE Tahap 2.

 

Program ini dilaksanakan di Pejabat-pejabat Negeri SME Corp. Malaysia dengan kerjasama 12 Kerajaan Negeri iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, N. Sembilan, Pahang, P. Pinang, Perak,  Perlis, Sabah, Sarawak dan Terengganu.

 

Borang permohonan boleh diperolehi di :

SME Corp. Malaysia

Level 4, Blok B, Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

 

Tel: 03-2775 6000
Fax: 03-2775 6001
E-mail: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

dan di kesemua Pejabat Negeri SME Corp. Malaysia.

 

 

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur.

Talian Info: 1-300-30-6000
Talian Faks: 03-2775 6001

Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

med Tekun2
SKM1 MKM New 1 uda holdings
SME Bank edit logo bankrakyat jata copy

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Pelan Utama PKS

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI