Bahasa: Lain-lain

SMK BANDAR BARU BANGI JUARA KESELURUHAN PROGRAM JUNIOR CREATIVE CHALLENGE SEMPENA MINGGU PKS 2014

SMK Bandar Baru Bangi merupakan Juara Keseluruhan bagi program Junior Creative Challenge setelah berjaya mengungguli tempat pertama dan kedua kategori Idea Terbaik dan tempat kedua kategori Penyampaian Terbaik. Program yang dianjurkan oleh SME Corp. Malaysia dengan kerjasama Multimedia Development Corporation (MDeC) ini adalah bertujuan untuk menggalakkan pembudayaan keusahawanan di kalangan pelajar sekolah dan telah disertai oleh enam (6) buah sekolah menengah di sekitar Lembah Klang pada 24 Jun 2014. Program ini merupakan salah satu daripada 158 program yang dijalankan sempena Minggu PKS yang telah berlangsung di seluruh negara.

Program Junior Creative Challenge ini merupakan platform kepada penghasilan dan penyampaian idea kreatif terbaik, khususnya dalam industri kreatif. Dalam program ini, 17 pasukan dan tiga peserta individu telah berentap untuk merebut gelaran juara bagi dua (2) kategori yang dipertandingkan iaitu kategori Penyampaian Terbaik dan Idea terbaik. Setiap kategori menawarkan hadiah wang tunai kesuluruhan sebanyak RM6,000.00 dan Juara Keseluruhan telah membawa pulang RM4,000.00 yang ditaja oleh MDeC. Juara kategori Penyampaian Terbaik telah dirangkul oleh SMK Bukit Jelutong, tempat kedua oleh SMK Bandar Baru Bangi dan tempat ketiga dimenangi oleh SMK Taman Tun Dr Ismail. Bagi kategori Idea Terbaik, tempat pertama dan kedua telah dimenangi oleh SMK Bandar Baru Bangi manakala tempat ketiga disandang oleh SMK Taman Dato’ Harun. Juara keseluruhan pula telah dimenangi oleh pelajar-pelajar daripada SMK Bandar Baru Bangi iaitu Lily Zahwa Khamizan, Norhazman Norhasmat, Nurkhairiah Sabrina Noorizam dan Muhammad Hazim Ahmad.

Selain daripada program ini, aktiviti lain yang telah dilaksanakan di seluruh negara sempena Minggu PKS 2014 termasuklah karnival jualan produk PKS dan kaunter maklumat, program “Top Young Entrepreneurs”, Mini Forum Keusahawanan Malaysia (FOKEM), Pemadanan Perniagaan dan aktiviti keusahawanan yang lain.

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur.

Talian Info: 1-300-30-6000
Talian Faks: 03-2775 6001

Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

  med    
Tekun2 SKM1  
output onlinepngtools Logo UDA 2020 SME Bank edit  
logo bankrakyat MaGIC Smoke protege1  

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI