SME Corporation Malaysia - Latest News https://smecorp.gov.my Fri, 09 May 2025 15:03:15 +0800 Open Source Excellence RSS Feeder en-gb Hab PMKS mudahkan urusan usahawan https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/news/5068-hab-pmks-mudahkan-urusan-usahawan https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/news/5068-hab-pmks-mudahkan-urusan-usahawan  Ewon (tengah) menerima replika bangunan daripada Bernard pada majlis berkenaan.SIMBOLIK: Ewon (tengah) menerima replika bangunan daripada Bernard pada majlis berkenaan.

 

PENAMPANG: Orang ramai khususnya usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Sabah kini boleh mengakses maklumat terkini berkaitan keusahawanan dan perniagaan secara fizikal dengan lebih mudah.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, Hab PMKS merupakan pusat maklumat sehenti bagi PMKS untuk memperoleh pengetahuan mengenai perniagaan.

Selain itu katanya, ia juga pusat mempelajari amalan terbaik perniagaan serta mendapatkan maklumat penting mengenai permulaan perniagaan, akses kepada pasaran, pembangunan modal insan, sumber kewangan, perkembangan terkini industri dan pelbagai aspek perniagaan yang lain.

"Hab ini menyediakan kaunter informasi, kiosk maklumat dengan akses internet, dewan bagi taklimat dan kursus keusahawanan serta ruang untuk PMKS mempamerkan produk dan perkhidmatan. 

"Dengan keluasan keseluruhan 4,500 kaki persegi dan lokasi strategik di Donggongon Square, Hab PMKS Sabah menawarkan akses mudah kepada pengangkutan awam selain turut berhampiran dengan agensi lain seperti Bank Rakyat dan Tekun Nasional," katanya ketika merasmikan Pejabat Baharu SME Corp. Malaysia dan Hab PMKS Sabah serta melancarkan Program BEEP Plus tahun 2025 di sini, hari ini.

Manakala katanya, Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) Plus yang diteruskan pelaksanaannya pada tahun ini merupakan program khusus untuk perusahaan mikro di Sabah dan Sarawak terutamanya Bumiputera asal. -- Utusan Borneo
 

sumber: https://www.utusanborneo.com.my/2025/05/03/hab-pmks-mudahkan-urusan-usahawan 

 

]]>
masuzilani@smecorp.gov.my () Mon, 05 May 2025 10:03:00 +0800
RM1.5bil fund launched to boost MSME digitalisation https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/news/5062-rm1-5bil-fund-launched-to-boost-msme-digitalisation https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/news/5062-rm1-5bil-fund-launched-to-boost-msme-digitalisation Digital Minister, Gobind Singh Deo at the Business Digitalisation Initiative event today. NSTP/ROHANIS SHUKRIDigital Minister, Gobind Singh Deo at the Business Digitalisation Initiative event today. NSTP/ROHANIS SHUKRI

 

KUALA LUMPUR: The government has launched a RM1.5 billion fund to accelerate digital transformation among micro, small and medium enterprises (MSMEs) nationwide.

The initiative is spearheaded by the Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) under the Digital Ministry and established through strategic public-private partnerships.

It involves collaborations with financial institutions, digital banks, peer-to-peer (P2P) lending platforms and local service providers, aimed at boosting MSMEs' output and cost-effectiveness.

Speaking at the Business Digitalisation Initiative (BDI) event, Digital Minister Gobind Singh Deo said the rakyat-centric digitalisation effort empowers MSMEs with innovative technology solutions.

"This will enable them to achieve greater productivity and operational efficiency," he said.

Over 60 per cent of businesses in Malaysia, equivalent to more than 650,000 MSMEs, are still at a basic level of digitalisation and have yet to fully embrace technological adoption. 

While 93.1 per cent of these MSMEs have access to the internet, their investment in advanced digital technologies remains significantly low.

Gobind said the initiative adopts a "whole-of-nation" approach, ensuring MSMEs have access to the necessary tools, financing and expertise to thrive in today's rapidly evolving digital economy.

During the event, several memorandums of understanding (MoUs) were signed between MDEC, SME Corp Malaysia, financial institutions, digital banks and P2P lending platforms. 

These agreements aim to provide comprehensive support, including funding, digital tools, and capacity building, to enable MSMEs to transition successfully into the digital economy.

"This collaboration is crucial to ensure that business owners understand the importance of financial management through digital methods, enabling them to gain greater benefits, particularly in terms of support and guarantees for their business financing needs," Gobind stated. 

MDEC chief executive officer (CEO) Anuar Fariz Fadzil described the BDI as a pivotal initiative to "uplift" MSMEs by addressing their key challenges, such as lack of skills, tools and funding.

"This initiative is about tackling real business pain points and providing targeted, practical solutions that align with their operational needs and growth aspirations," said Anuar.

The initiative also includes 21 'freemium' and affordable e-invoicing solutions based on the Peppol framework, designed to make digitalisation accessible to MSMEs and encourage them to scale locally and globally.

SME Corp Malaysia CEO Rizal Nainy said the firm's partnership with MDEC ensures that MSMEs are not left behind in the digital economy.

"Together, we are creating a more cohesive and targeted ecosystem to address the real barriers faced by MSMEs," said Rizal. -- NST

 

sources: https://www.nst.com.my/business/corporate/2025/03/1192910/rm15bil-fund-launched-boost-msme-digitalisation

 

]]>
masuzilani@smecorp.gov.my () Tue, 25 Mar 2025 12:12:41 +0800
MDEC peruntuk RM1.5 bilion perkasa pendigitalan PMKS https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/news/5061-mdec-peruntuk-rm1-5-bilion-perkasa-pendigitalan-pmks https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/news/5061-mdec-peruntuk-rm1-5-bilion-perkasa-pendigitalan-pmks Menteri Digital, Gobind Singh Deo pada majlis Inisiatif Pendigitalan Perniagaan hari ini. - NSTP/ROHANIS SHUKRIMenteri Digital, Gobind Singh Deo pada majlis Inisiatif Pendigitalan Perniagaan hari ini. - NSTP/ROHANIS SHUKRI

 

KUALA LUMPUR: Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) memperuntukkan dana berjumlah RM1.5 bilion menerusi kerjasama strategik awam-swasta bagi menyokong usaha pendigitalan perniagaan di seluruh negara.

Dana itu membabitkan pelbagai agensi kerajaan dan rakan strategik, termasuk institusi kewangan, bank digital, platform pembiayaan rakan setara (P2P) serta penyedia perkhidmatan tempatan.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo, berkata inisiatif berkenaan bertujuan menyediakan penyelesaian digital bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) selain menawarkan kemudahan pembiayaan digital bagi menyokong operasi harian perniagaan.

"Kerjasama awam-swasta ini penting bagi memastikan pemilik perniagaan memahami kepentingan pengurusan kewangan secara digital serta mendapat manfaat lebih besar daripada segi sokongan dan jaminan pembiayaan.

"Melalui kolaborasi bersama rakan strategik, sekurang-kurangnya RM1.5 bilion dana tersedia bagi membantu PMKS mendapatkan penyelesaian digital serta pembiayaan operasi perniagaan berpandukan kaedah digital dan transaksi data secara elektronik.

"Selain itu, memorandum persefahaman (MoU) turut membabitkan penyedia penyelesaian digital tempatan yang menawarkan teknologi inovatif kepada pelbagai sektor," katanya selepas menyempurnakan majlis pelancaran inisiatif pendigitalan perniagaan, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Anuar Fariz Fadzil.

Pada majlis itu, MDEC memeterai MoU dengan SME Corp Malaysia, institusi kewangan, bank digital, platform P2P serta penyedia perkhidmatan tempatan bagi memastikan PMKS menerima sokongan menyeluruh dalam aspek pembiayaan, akses kepada alatan digital dan pembangunan kapasiti untuk beralih ke ekonomi digital.

Gobind berkata, lebih 60 peratus perniagaan di Malaysia masih berada pada tahap digitalisasi asas, melibatkan lebih 650,000 PMKS yang belum mengadaptasi teknologi secara menyeluruh.

"Walaupun 93.1 peratus PMKS telah menggunakan internet, pelaburan dalam teknologi digital yang lebih canggih masih rendah," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia, Rizal Nainy, berkata kerjasama dengan MDEC bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai pendigitalan dalam kalangan PMKS menerusi inisiatif transformasi digital yang dirangka secara kolaboratif.

"Peranan SME Corp Malaysia adalah memastikan PMKS tidak ketinggalan dalam era ekonomi digital.

"Dengan kerjasama ini, kami membina ekosistem lebih bersepadu dan bersasar bagi menangani cabaran dihadapi PMKS," katanya.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif itu, sebanyak 21 penyedia perkhidmatan e-invois yang diiktiraf MDEC akan menawarkan penyelesaian e-invois khusus untuk PMKS. -- BHarian

 

sumber: https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2025/03/1376720/mdec-peruntuk-rm15-bilion-perkasa-pendigitalan-pmks

 

]]>
masuzilani@smecorp.gov.my () Tue, 25 Mar 2025 10:06:36 +0800
SME Venture@ASEAN 2025: SME Corp sasar potensi jualan RM300 juta https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/news/5051-sme-venture-asean-2025-sme-corp-sasar-potensi-jualan-rm300-juta https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/news/5051-sme-venture-asean-2025-sme-corp-sasar-potensi-jualan-rm300-juta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick (dua dari kiri) melakukan gimik pelancaran sambil diperhatikan Timbalan Ketua Setia Usaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop), Datuk Zamri Salleh (dua dari kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Rizal Nainy (kiri) ketika majlis pra-pelancaran SME <a href=Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick (dua dari kiri) melakukan gimik pelancaran sambil diperhatikan Timbalan Ketua Setia Usaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop), Datuk Zamri Salleh (dua dari kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Rizal Nainy (kiri) ketika majlis pra-pelancaran SME Venture@ASEAN 2025 di Kuala Lumpur. - NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM

 

KUALA LUMPUR: SME Corporation Malaysia (SME Corp), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), dijangka menghasilkan jualan potensi sebanyak RM300 juta melalui pameran SME Venture@ASEAN 2025 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia, Rizal Nainy, menjelaskan bahawa jumlah transaksi sebenar berkemungkinan akan melebihi sasaran yang ditetapkan, berikutan penyertaan yang kukuh daripada usahawan tempatan serta antarabangsa.

"Pameran ini bukan hanya melibatkan usahawan Malaysia, tetapi juga pemain industri dari negara ASEAN serta rakan antarabangsa yang terlibat dalam Memorandum Persefahaman (MoU)," katanya pada majlis pra-pelancaran SME Venture@ASEAN 2025, di sini hari ini.

Pameran yang dijadualkan berlangsung selama tiga hari dari 16 hingga 18 Oktober 2025 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) ini, dijangka menarik lebih 10,000 pengunjung dan lebih 300 pempamer dari seluruh dunia. Sebanyak 350 gerai akan disediakan, termasuk 200 untuk pertemuan perniagaan ke perniagaan (B2B) dan 150 untuk jualan perniagaan ke pengguna (B2C).

Menurut Rizal, pameran ini memberi peluang kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk meneroka peluang perniagaan baru di luar negara. Tema "Bringing ASEAN Closer to You" yang diangkat akan menjadi daya tarikan kepada para pengunjung yang ingin memperluas rangkaian dan peluang pasaran mereka.

Selain perdagangan, SME Venture@ASEAN 2025 juga menyasarkan pasaran pengguna menerusi ASEAN Market Fair yang akan mempamerkan pelbagai produk seperti minuman dan makanan (F&B), pakaian, produk kesihatan, kosmetik, kraftangan, serta tawaran promosi pelancongan sebagai sebahagian daripada Tahun Melawat Malaysia 2026.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, berkata kerajaan kini memfokuskan usaha untuk membantu perusahaan kecil berkembang menjadi perusahaan sederhana, dengan sasaran meningkatkan peratusan firma sederhana daripada 1.8 peratus pada 2023 kepada lima peratus menjelang 2030.

"Strategi utama bagi mencapai sasaran ini adalah dengan menggalakkan lebih banyak PKS untuk meluaskan pasaran produk dan perkhidmatan mereka ke luar negara," ujar beliau.

Beliau turut menggalakkan PKS untuk mengambil bahagian dalam pameran ini, memanfaatkan peluang untuk memperluas rangkaian, meningkatkan keupayaan, serta mengakses peluang yang luas dalam pasaran antarabangsa.

"Selain daripada penyertaan PKS ASEAN, kementerian melalui SME Corp Malaysia juga komited untuk menarik syarikat utama dan pembeli bukan sahaja dari negara ASEAN, tetapi juga dari negara rakan kerjasama Malaysia seperti Turki, Jepun, Arab Saudi, Oman, Georgia, dan Kazakhstan," katanya. -- Berita Harian

 

sumber: https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2025/02/1362478/sme-ventureasean-2025-sme-corp-sasar-potensi-jualam-rm300-juta

 

]]>
masuzilani@smecorp.gov.my () Tue, 18 Feb 2025 14:48:59 +0800
Semua 325 program keusahawanan pembangunan PMKS 2024 dilaporkan https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/news/5046-semua-325-program-keusahawanan-pembangunan-pmks-2024-dilaporkan https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/news/5046-semua-325-program-keusahawanan-pembangunan-pmks-2024-dilaporkan

 

 

KUALA LUMPUR, 13 Februari- Semua 325 program keusahawanan dan pembangunan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) melibatkan peruntukan RM33.8 bilion bawah Belanjawan 2024 berjaya dilaporkan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi hantaran di Facebook memaklumkan perkembangan itu sekali gus membuktikan keberhasilan Mesyuarat Sekretariat Majlis Pembangunan Usahawan dan PMKS Kebangsaan (SEK-MPUPK) yang menghendaki kesemua kejayaan itu dilaporkan dalam Pelan Tindakan Bersepadu PKS (SMEIPA).

SMEIPA merupakan mekanisme utama dalam menyelaras, memantau, dan menilai pelaksanaan program PMKS merentasi pelbagai kementerian dan aggensi.

"Selain itu, pelaporan SMEIPA bagi 2024 juga berjaya memperoleh laporan lengkap daripada kesemua 13 kerajaan negeri mengenai inisiatif berkaitan pembangunan PMKS. Ini merupakan pencapaian penting dan pertama kali direkodkan sejak SMEIPA diperkenalkan pada 2006," menurut hantaran itu.

Menurut Ahmad Zahid kejayaan berkenaan dicapai disokong hasil usaha berterusan melalui empat Mesyuarat SEK-MPUPK yang telah dilaksanakan sepanjang tahun lepas.

"Sebagai Pengerusi MPUPK, saya akan terus komited untuk terus memperkasakan ekosistem keusahawanan dan pembangunan PMKS di Malaysia melalui inisiatif yang lebih strategik dan menyeluruh demi kesejahteraan ekonomi negara," tambah kenyataan itu. -- Berita RTM

 

sumber: https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/semua-325-program-keusahawanan-pembangunan-pmks-2024-dilaporkan

 

]]>
masuzilani@smecorp.gov.my () Fri, 14 Feb 2025 09:01:04 +0800
222 Bumiputera MSMEs benefit from RM34.44 mil in BEEP grants up to December — MECD https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/news/5044-222-bumiputera-msmes-benefit-from-rm34-44-mil-in-beep-grants-up-to-december-mecd https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/news/5044-222-bumiputera-msmes-benefit-from-rm34-44-mil-in-beep-grants-up-to-december-mecd


KUALA LUMPUR (Feb 12): A total of 222 Bumiputera micro, small, and medium enterprises (MSMEs) have benefited from the Bumiputera Enterprise Enhancement Programme (BEEP) under SME Corporation Malaysia with grant approvals totalling RM34.44 million, up to December 2024.

Ministry of Entrepreneur and Cooperative Development (MECD) stated in a written response uploaded on the Dewan Rakyat portal that the BEEP Plus program in Sabah and Sarawak has benefitted 163 micro-enterprises, with grant approvals totalling RM13.31 million.

Additionally, 850 Bumiputera youth entrepreneurs have received a total allocation of RM16.42 million under the Bumiputera Youth Entrepreneurial Seed Programme.

"A total of 83 Bumiputera companies have been approved for participation in the export market, with RM16.5 million allocated under the Business Export Programme.

"Meanwhile, 249 Bumiputera entrepreneurs under the Bumiputera Export Encouragement Programme have been approved for grants and loans, and have participated in export preparation training, with a total allocation of RM7.16 million," the ministry said in response to Onn Abu Bakar's (PH-Batu Pahat) inquiry about efforts to strengthen SMEs. -- The Edge Malaysia

sources: https://theedgemalaysia.com/node/744181

 

]]>
masuzilani@smecorp.gov.my () Thu, 13 Feb 2025 08:45:12 +0800
SME Corp Launches Tunas Perintis Usahawan Programme With RM435,000 Grant https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/news/5035-sme-corp-launches-tunas-perintis-usahawan-programme-with-rm435-000-grant https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/news/5035-sme-corp-launches-tunas-perintis-usahawan-programme-with-rm435-000-grant

 

A total of RM435,000 in business grants will be awarded to 29 Asnaf entrepreneurs registered under the Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) through the Tunas Perintis Usahawan programme. This initiative is a strategic collaboration between SME Corp Malaysia, an agency under the Ministry of Entrepreneur Development and Cooperatives (KUSKOP), and MAIM.

Inspired by the successful Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) programme, the Tunas Perintis Usahawan programme aims to elevate the standard of living of Asnaf entrepreneurs by equipping them with innovative entrepreneurial skills. The programme focuses on building resilience and entrepreneurial identity, empowering participants to transition from zakat recipients to zakat contributors.

 

 Rizal bin Datuk Nainy, Chief Executive Officer of SME Corp. Malaysia (third from right) and Mr. Shaifulfazlee bin Mohamad, Secretary of the Melaka Islamic Religious Council – MAIM (fourth from left), with some of the successful Asnaf Entrepreneurs who completed the training under the Tunas Perintis Usahawan Programme.

 

To date, the TUBE programme has trained 8,543 youths with business grants totalling RM125.84 million, successfully developing young entrepreneurs.

SME Corp Malaysia’s Chief Executive Officer, Rizal bin Datuk Nainy, announced that participants who successfully present their business plans will be eligible for business startup grants of up to RM15,000 each. He added that all participants are required to regularly report on their business status to ensure continuous monitoring and improvement.

The programme is a continuation of SME Corp Malaysia’s earlier efforts in collaboration with Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) and Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), which trained 134 Asnaf entrepreneurs under the Tunas Usahawan Baitulmal (TUB) and Tunas Usahawan Zakat Pulau Pinang (TUZPP) programmes, generating sales worth RM4.53 million and RM1.6 million respectively.

At the closing ceremony, Rizal also presented grant cheques, participation certificates, and awards for Best Business Plan and Best Participant.

 

sources: https://www.businesstoday.com.my/2024/11/29/sme-corp-launches-tunas-perintis-usahawan-programme-with-rm435000-grant/

 

]]>
masuzilani@smecorp.gov.my () Fri, 29 Nov 2024 13:06:24 +0800
Geran RM435,000 beri manfaat kepada 29 usahawan asnaf MAIM https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/news/5034-geran-rm435-000-beri-manfaat-kepada-29-usahawan-asnaf-maim https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/news/5034-geran-rm435-000-beri-manfaat-kepada-29-usahawan-asnaf-maim

 Rizal (tiga dari kanan) dan Shaifulfazlee (empat dari kiri) bersama Usahawan Asnaf yang berjaya menamatkan latihan bawah Program Tunas Perintis Usahawan.

 

ALOR GAJAH – Geran perniagaan berjumlah RM435,000 bakal memberi manfaat kepada 29 Usahawan Asnaf yang berdaftar bawah Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melalui Program Tunas Perintis Usahawan.

Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia, Rizal Nainy berkata, program ini merupakan kerjasama strategik antara SME Corp, agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan MAIM.

Menurutnya, program berbentuk latihan yang direka khas untuk memenuhi keperluan peserta asnaf ini diinspirasikan melalui Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) iaitu program sedia ada bawah SME Corp.

"Sehingga kini, Program TUBE telah melatih 8,543 belia melibatkan geran perniagaan berjumlah RM125.84 juta bertujuan meningkatkan taraf hidup usahawan asnaf melalui aktiviti keusahawanan inovatif dan membina daya tahan serta jati diri.

"Ia juga bagi membolehkan mereka lebih berdaya saing dalam menguruskan perniagaan selain mengubah paradigma daripada penerima zakat kepada pembayar zakat," katanya semasa Majlis Penutupan Program Tunas Perintis Usahawan MAIM di sini, pada Jumaat.

Hadir sama, Setiausaha MAIM, Shaifulfazlee Mohamad.

 

Usahawan Asnaf bergambar semasa Majlis Penutupan Program Tunas Perintis Usahawan MAIM di Alor Gajah, Melaka.

 

Jelas Rizal, Program Tunas Perintis Usahawan MAIM juga merupakan kesinambungan kepada inisiatif yang dilaksanakan SME Corp Malaysia bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) iaitu Program Tunas Usahawan Baitulmal (TUB) dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) bagi pelaksanaan Program Tunas Usahawan Zakat Pulau Pinang (TUZPP).

"Program TUB dan TUZPP ini telah melatih seramai 134 dan 49 usahawan asnaf yang berjaya merekodkan nilai hasil jualan sebanyak RM4.53 juta dan RM1.6 juta," katanya.

Menurut beliau, peserta yang berjaya membentangkan Rancangan Perniagaan, membolehkan mereka layak menerima bantuan Geran Permulaan Perniagaan maksimum sehingga RM15,000 setiap peserta.

Semua peserta seterusnya diwajibkan melapor status perniagaan mereka secara berkala bagi memastikan prestasi perniagaan sentiasa dipantau dan ditambah baik dari semasa ke semasa.

Dalam majlis yang sama, Rizal turut sama menyampaikan cek cura, geran, sijil penyertaan dan Anugerah Rancangan Perniagaan Terbaik serta Peserta Terbaik.

 

sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/699484/edisi/utara/geran-rm435000-beri-manfaat-kepada-29-usahawan-asnaf-maim

 

]]>
masuzilani@smecorp.gov.my () Fri, 29 Nov 2024 13:00:55 +0800
SME Corp Allocates RM17.6 Million In Aid To Sarawak’s SMEs https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/news/5033-sme-corp-allocates-rm17-6-million-in-aid-to-sarawak-s-smes https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/news/5033-sme-corp-allocates-rm17-6-million-in-aid-to-sarawak-s-smes

 

SME Corp Malaysia has approved RM17.6 million in financial aid for 3,759 micro, small, and medium enterprises (SMEs) in Sarawak since 2021. This initiative aims to support the development and competitiveness of local businesses.

Among the beneficiaries, 250 youth entrepreneurs received RM3.5 million under the Bumiputera Youth Entrepreneur Development Programme (TUBE), which encourages young people to venture into entrepreneurship. Additionally, 39 Sarawak-based PMKS received RM6.2 million in financial assistance under the Bumiputera Enterprise Enhancement Programme (BEEP 2.0).

SME Corp Malaysia has also implemented the Mikro Madani Programme, launched in 2023, benefiting 408 micro-enterprises in Sarawak with a total of RM4.6 million in grants and loans. The programme includes several key initiatives such as micro-business grants and financing, youth micro-business grants, and status certification for PMKS.

In addition to financial aid, Sarawak PMKS have actively participated in the Business Accelerator Programme (BAP), which received RM3 million in approval, and non-financial assistance programmes like the Business Entrepreneur Development Programme (BizME) and the Rating & Accreditation Programme (SRA).

CEO of SME Corp. Malaysia Rizal bin Datuk Nainy expressed the agency’s goal to extend benefits to more Sarawak PMKS in 2025, aligning with the MADANI Economy framework.

Rizal noted, “The Mikro Madani Programme is a game-changer for micro-enterprises, offering holistic support to help them scale and succeed.”

In addition to financial aid, Sarawak PMKS have actively participated in the Business Accelerator Programme (BAP), which received RM3 million in approval, and non-financial assistance programmes like the Business Entrepreneur Development Programme (BizME) and the Rating & Accreditation Programme (SRA).

“We are seeing strong participation in our programmes, and it’s encouraging to see Sarawak PMKS leverage these opportunities,” Rizal remarked.

Looking ahead, Rizal highlighted the agency’s plans for 2025, saying, “We aim to extend even more support to Sarawak’s PMKS, further contributing to the vision of a more sustainable and inclusive economy as outlined in the MADANI framework.”

SME Corp Malaysia also launched an online application system, MyBPI, to facilitate the application process for PMKS. Rizal added, “MyBPI has proven to be a valuable tool in simplifying and streamlining the application process, and we’re proud to have it recognised as one of the successful reform initiatives under the MADANI Government’s efforts.” -- Business Today

 

sources: https://www.businesstoday.com.my/2024/12/02/sme-corp-allocates-rm17-6-million-in-aid-to-sarawaks-pmks/

 

]]>
masuzilani@smecorp.gov.my () Wed, 04 Dec 2024 12:45:13 +0800
Peruntukan Sebanyak RM17.6 Juta Diberikan kepada lebih 3,700 Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana Sarawak https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/news/5032-peruntukan-sebanyak-rm17-6-juta-diberikan-kepada-lebih-3-700-perusahaan-mikro-kecil-dan-sederhana-sarawak https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/news/5032-peruntukan-sebanyak-rm17-6-juta-diberikan-kepada-lebih-3-700-perusahaan-mikro-kecil-dan-sederhana-sarawak Tan Sri Datuk Seri Panglima Bernard Giluk Dompok (empat dari kiri) dan Rizal bin Dato’ Nainy (tiga dari kiri) bersama delegasi SME Corp. Malaysia semasa Kunjungan Hormat kepada Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada 25 November 2024.Tan Sri Datuk Seri Panglima Bernard Giluk Dompok (empat dari kiri) dan Rizal bin Dato’ Nainy (tiga dari kiri) bersama delegasi SME Corp. Malaysia semasa Kunjungan Hormat kepada Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada 25 November 2024.

 

KUALA LUMPUR: SME Corp. Malaysia, agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), telah meluluskan bantuan kewangan sebanyak RM17.6 juta kepada 3,759 Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di Sarawak sejak tahun 2021.

 

Salah satu inisiatif utama adalah Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) yang bertujuan menggalakkan golongan belia menceburi bidang keusahawanan. Program TUBE telah menyalurkan sebanyak RM3.5 juta dalam bentuk geran kepada 250 usahawan baharu di Sarawak, mewakili 11% daripada keseluruhan 2,275 peserta belia di seluruh negara. 

 

Selain itu, Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) menawarkan bantuan bersepadu meliputi khidmat nasihat kepada PMKS Sarawak, termasuk khidmat nasihat, sokongan teknikal, latihan dan bantuan kewangan. 

 

Di bawah BEEP 2.0, sebanyak 39 PMKS di Sarawak telah menerima bantuan kewangan berjumlah RM6.2 juta, mewakili kira-kira 4% daripada peruntukan berjumlah RM121.9 juta. 

 

Program ini memastikan PMKS di Sarawak dapat mengembangkan operasi mereka, mengamalkan amalan inovatif dan kekal berdaya saing di pasaran tempatan dan global.

Di samping itu, SME Corp. Malaysia juga telah melaksanakan Program Pengukuhan Mikro Madani (Mikro Madani) yang dilancarkan pada tahun 2023 khusus untuk perusahaan bersaiz mikro.

 

Inisiatif ini telah menyediakan bantuan kewangan sebanyak RM4.6 juta kepada 408 perusahaan mikro di Sarawak dengan memberikan sokongan melalui geran, pembiayaan dan baucar perniagaan.

 

Program Mikro Madani menyediakan bantuan kewangan merangkumi lima (5) inisiatif utama iaitu Geran Perniagaan Mikro (GPM), Pembiayaan Perniagaan Mikro (Micro Biz Financing - MBF), Geran Perniagaan Belia Mikro@TUBE, BEEP Plus Sabah & Sarawak dan Baucar Status PMKS.

 

Program lain yang turut mencatatkan penyertaan memberangsangkan daripada PMKS Sarawak adalah Program Business Accelerator (BAP) dengan kelulusan berjumlah RM3 juta.

 

Manakala, program yang tidak melibatkan bantuan kewangan dan turut merekodkan penyertaan tertinggi termasuklah Program Pembangunan Perniagaan Usahawan Mikro (BizME) serta Program Penarafan & Akreditasi (SRA). 

 

Ketika kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Yang di-Pertua Negeri Sarawak baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia, Rizal bin Dato’ Nainy, menekankan komitmen agensi untuk meningkatkan jumlah penerima manfaat di negeri ini.

 

“Kami berhasrat untuk melibatkan lebih banyak PMKS di Sarawak melalui program kami pada tahun 2025, selaras dengan aspirasi kerangka Ekonomi MADANI untuk kesaksamaan dan keterangkuman,” kata Rizal.

 

Bagi mempermudah PMKS memohon bantuan yang ditawarkan, mereka boleh memanfaatkan permohonan secara dalam talian melalui Sistem Bersepadu Penarafan & Insentif PMKS (MyBPI) yang telah diperkenalkan oleh SME Corp. Malaysia tahun ini.

 

“MyBPI ini telah diperakui berjaya memudahkan capaian kepada PMKS sehingga diiktiraf sebagai salah satu Projek Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) semasa Program 2 Tahun Kerajaan MADANI dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam baru-baru ini”, tambah beliau lagi.

 

Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai bantuan-bantuan yang disediakan oleh SME Corp. Malaysia, PMKS boleh melayari laman sesawang di pautan www.smecorp.gov.my dan saluran media sosial rasmi SME Corp. Malaysia. -- Utusan Borneo

 

sumber: https://www.utusanborneo.com.my/2024/12/03/peruntukan-sebanyak-rm176-juta-diberikan-kepada-lebih-3700-perusahaan-mikro-kecil-dan

]]>
masuzilani@smecorp.gov.my () Wed, 04 Dec 2024 12:42:00 +0800
DYOB, Website National Mark of Malaysian Brand Dilancar Perkukuh Jenama PMKS https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/news/5031-dyob-website-national-mark-of-malaysian-brand-dilancar-perkukuh-jenama-pmks https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/news/5031-dyob-website-national-mark-of-malaysian-brand-dilancar-perkukuh-jenama-pmks

 

KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick melancarkan buku “Do Your Own Branding (DYOB)” dan laman sesawang National Mark of Malaysian Brand (NMMB) bagi membantu Perusahaan Mikro, Kecil, dan Sederhana (PMKS) membina dan mengukuhkan jenama mereka.

 

Beliau berkata, buku terbitan SME Corp. Malaysia, agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) itu menyediakan strategi praktikal dalam membina identiti jenama, memilih nama dan logo, serta merancang sistem jenama yang mampan.


“Di samping itu, DYOB juga mengandungi kisah kejayaan PMKS dalam strategi penjenamaan, menjadikannya sumber penting untuk memperkasa PMKS dan membawa jenama mereka ke peringkat global.

 

“Manakala laman sesawang baharu Program NMMB pula menyediakan maklumat terkini dan akses mudah kepada PMKS mendapatkan maklumat tentang program tersebut.

 

“Program NMMB merupakan program pensijilan yang dianugerahkan kepada syarikat yang memenuhi tahap pematuhan standard dan kualiti tinggi seterusnya membantu produk dan perniagaan menembusi pasaran serantau dan antarabangsa. Ini sejajar dengan salah satu Bidang Tumpuan di bawah Pelan Strategik Perniagaan SME Corp iaitu Pengantarabangsaan PMKS,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Brand Quest Forum (BQF) 2024 anjuran SME Corp Malaysia, di Mont Kiara, di sini, hari ini.

National Mark of Malaysian Brand (NMMB) diperkenalkan sejak 2009, iaitu program yang dilaksanakan oleh SME Corp dengan kerjasama SIRIM Malaysia melalui anak syarikatnya SIRIM QAS International.

 

Ewon berkata, melalui program ini, jenama Malaysia dengan tanda dagangan MALAYSIAN BRAND telah didaftarkan di Australia, Brunei, Georgia, Hungary, Indonesia, Italy, New Zealand, Filipina, Turkiye dan United Kingdom.

Katanya, tanda dagangan itu juga sedang dalam proses pendaftaran di Kemboja, Kanada, Jerman, India, Mexico, Rusia, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam.

Setakat ini sebanyak 177 syarikat telah menerima persijilan oleh NMMB.

 

“KUSKOP terus komited memperkasakan PMKS melalui pelbagai langkah strategik, termasuk meningkatkan penyertaan PMKS dalam eksport sehingga 15% daripada jumlah eksport negara menjelang 2025.

 

“Melalui transformasi yang melibatkan pendigitalan, automasi dan penjenamaan yang kukuh, kita dapat memposisikan produk dan perkhidmatan Malaysia sekaligus menjana pertumbuhan ekonomi yang mampan dan progresif,” katanya.

 

Sementara itu Pengerusi SME Corp. Malaysia Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata penjenamaan amat penting dalam usaha meningkatkan daya saing perniagaan sehingga ke peringkat global.

 

“Dalam dunia perniagaan yang kompetitif, jenama bukan sekadar tanda pengenalan, tetapi lambang kepercayaan dan kualiti.

“Justeru, forum ini menjadi platform untuk bersama-sama memartabatkan jenama Malaysia agar terus dikenali dan dihormati di arena antarabangsa,” katanya.

Mengenai program itu, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia Rizal Dato’ Nainy berkata, BQF 2024 bertujuan menyediakan platform kepada pemain industri terutamanya PMKS, memahami lebih mendalam kepentingan strategi penjenamaan yang berkesan dalam memperkukuh daya saing perniagaan.

 

“Sesi perkongsian turut diberikan tumpuan ialah pengalaman dan kisah PMKS berjaya dalam aspek penjenamaan serta mendedahkan PMKS kepada perkembangan penjenamaan terkini untuk merangka strategi menembusi pasaran baharu,” katanya.

 

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pemantauan) KUSKOP Noor Afifah Abdul Razak, Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM QAS International Sdn. Bhd Hajah Nur Fadhilah Muhammad dan Ketua Pegawai Eksekutif DDEC YM Raja Muzafar Raja Hassan. -- Sabah News

 

sumber: https://sabahnews.com.my/dyob-website-national-mark-of-malaysian-brand-dilancar-perkukuh-jenama-pmks/

 

]]>
masuzilani@smecorp.gov.my () Wed, 11 Dec 2024 12:36:31 +0800
Ewon lancar buku DYOB, laman sesawang National Mark of Malaysian Brand perkukuh jenama PMKS https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/news/5030-ewon-lancar-buku-dyob-laman-sesawang-national-mark-of-malaysian-brand-perkukuh-jenama-pmks https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/news/5030-ewon-lancar-buku-dyob-laman-sesawang-national-mark-of-malaysian-brand-perkukuh-jenama-pmks Ewon (kanan) ketika melancarkan buku DYOB, turut kelihatan Dompok (tengah) dan Rizal.

Ewon (kanan) ketika melancarkan buku DYOB, turut kelihatan Dompok (tengah) dan Rizal.

 

KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick melancarkan buku "Do Your Own Branding (DYOB)" dan laman sesawang National Mark of Malaysian Brand (NMMB) bagi membantu Perusahaan Mikro, Kecil, dan Sederhana (PMKS) membina dan mengukuhkan jenama mereka. 

Beliau berkata, buku terbitan SME Corp. Malaysia, agensi dalam Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) itu menyediakan strategi praktikal dalam membina identiti jenama, memilih nama dan logo, serta merancang sistem jenama yang mampan. 

 

“Di samping itu, DYOB juga mengandungi kisah kejayaan PMKS dalam strategi penjenamaan, menjadikannya sumber penting untuk memperkasa PMKS dan membawa jenama mereka ke peringkat global.

“Manakala laman sesawang baharu Program NMMB pula menyediakan maklumat terkini dan akses mudah kepada PMKS mendapatkan maklumat tentang program terbabit. 

 

“Program NMMB adalah program pensijilan yang dianugerahkan kepada syarikat yang memenuhi tahap pematuhan standard dan kualiti tinggi seterusnya membantu produk dan perniagaan menembusi pasaran serantau dan antarabangsa. Ini sejajar dengan salah satu Bidang Tumpuan di bawah Pelan Strategik Perniagaan SME Corp iaitu Pengantarabangsaan PMKS,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Brand Quest Forum (BQF) 2024 anjuran SME Corp Malaysia, di Mont Kiara, di sini, hari ini.

National Mark of Malaysian Brand (NMMB) diperkenalkan sejak 2009, iaitu program yang dilaksanakan oleh SME Corp dengan kerjasama SIRIM Malaysia melalui anak syarikatnya SIRIM QAS International.

 

Ewon berkata, melalui program ini, jenama Malaysia dengan tanda dagangan MALAYSIAN BRAND telah didaftarkan di Australia, Brunei, Georgia, Hungary, Indonesia, Italy, New Zealand, Filipina, Turkiye dan United Kingdom. 

Katanya,  tanda dagangan itu juga sedang dalam proses pendaftaran di Kemboja, Kanada, Jerman, India, Mexico, Rusia, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam.

Setakat ini sebanyak 177 syarikat menerima persijilan oleh NMMB.

 

“KUSKOP terus komited memperkasakan PMKS melalui pelbagai langkah strategik, termasuk meningkatkan penyertaan PMKS dalam eksport sehingga 15 peratus daripada jumlah eksport negara menjelang 2025. 

“Melalui transformasi yang melibatkan pendigitalan, automasi dan penjenamaan yang kukuh, kita dapat memposisikan produk dan perkhidmatan Malaysia sekaligus menjana pertumbuhan ekonomi yang mampan dan progresif,” katanya.

 

Sementara itu Pengerusi SME Corp. Malaysia Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata penjenamaan amat penting dalam usaha meningkatkan daya saing perniagaan sehingga ke peringkat global.

 

“Dalam dunia perniagaan yang kompetitif, jenama bukan sekadar tanda pengenalan, tetapi lambang kepercayaan dan kualiti. 

“Forum ini menjadi platform untuk bersama-sama memartabatkan jenama Malaysia agar terus dikenali dan dihormati di arena antarabangsa,” katanya.

 

Mengenai program itu, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia Rizal Dato’ Nainy berkata, BQF 2024 bertujuan menyediakan platform kepada pemain industri terutamanya PMKS, memahami lebih mendalam kepentingan strategi penjenamaan yang berkesan dalam memperkukuh daya saing perniagaan. 

 

“Sesi perkongsian turut diberikan tumpuan ialah pengalaman dan kisah PMKS berjaya dalam aspek penjenamaan serta mendedahkan PMKS kepada perkembangan penjenamaan terkini untuk merangka strategi menembusi pasaran baharu,” katanya.

 

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pemantauan) KUSKOP Noor Afifah Abdul Razak, Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM QAS International Sdn. Bhd Hajah Nur   Fadhilah Muhammad dan Ketua Pegawai Eksekutif DDEC YM Raja Muzafar Raja Hassan. -- Utusan Borneo

sumber: https://www.utusanborneo.com.my/2024/12/10/ewon-lancar-buku-dyob-laman-sesawang-national-mark-of-malaysian-brand-perkukuh-jenama

 

]]>
masuzilani@smecorp.gov.my () Wed, 11 Dec 2024 12:33:42 +0800
SME Corp. Malaysia komited perkasa usahawan belia Sarawak https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/news/5023-sme-corp-malaysia-komited-perkasa-usahawan-belia-sarawak https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/news/5023-sme-corp-malaysia-komited-perkasa-usahawan-belia-sarawak KUCHING, 25 Nov: SME Corporation Malaysia (SME Corp. Malaysia) terus komited membantu Sarawak dalam memperkasa pembangunan belia di wilayah itu terutama dari aspek keterlibatan belia dalam aktiviti komersial.

Pengerusinya, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata komitmen itu bagi membolehkan golongan belia terus bergerak kehadapan dan mempunyai daya saing yang tinggi.

Menurutnya, ia perlu dimulakan dengan merancakkan aktiviti peniagaan penting dan memuatkannya dalam sistem sedia ada agar ia dapat dibantu dan diperkasakan pelaksanaannya.

“Daripada aspek ini saya fikir SME Corporation Malaysia berupaya menjadi penggeraknya.

“Ia adalah satu perbincangan yang memberansangkan dan kita melihat ke hadapan untuk menjadi sebahagian daripada usaha pembangunan belia Sarawak.

“Kita juga mahu memastikan kepada sesiapa yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan dan perniagaan mempunyai jaringan bantuan di SME Corporation Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana Negeri Sarawak, hari ini.

Yang turut serta dalam kunjungan hormat tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation Malaysia, Rizal Nainy, Ketua Pegawai Operasi SME Corporation Malaysia, Mohd Izham Abdullah dan Pengarah SME Corporation Malaysia Cawangan Pejabat Sarawak Julyskristin Poly. – TVS

 

sumber: https://www.tvsarawak.my/2024/11/25/sme-corp-malaysia-komited-perkasa-usahawan-belia-sarawak/

 

]]>
masuzilani@smecorp.gov.my () Tue, 26 Nov 2024 11:25:43 +0800
Hab PMKS diwujudkan di Sabah, Sarawak tahun depan - KUSKOP https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/news/5022-hab-pmks-diwujudkan-di-sabah-sarawak-tahun-depan-kuskop https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/news/5022-hab-pmks-diwujudkan-di-sabah-sarawak-tahun-depan-kuskop
Hab PMKS diwujudkan di Sabah, Sarawak tahun depan - KUSKOP
EWON: Sebuah hab akan diwujudkan di Sabah dan sebuah lagi di Sarawak sebagai tambahan kepada Hab PMKS sedia ada di Semenanjung.
- Gambar fail/BERNAMA
 
KUALA LUMPUR: Hab Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) akan diwujudkan di Sabah dan Sarawak tahun depan bagi meningkatkan akses maklumat perusahaan berkenaan kepada golongan usahawan di kedua-dua negeri itu.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Datuk Ewon Benedick berkata hab di bawah seliaan SME Corporation Malaysia (SME Corp) itu akan bertindak sebagai platform pusat maklumat sehenti bagi PMKS memperoleh pelbagai maklumat mengenai perniagaan.
"Ini termasuklah maklumat mengenai permulaan perniagaan, akses pasaran pembangunan modal insan, sumber kewangan dan mempelajari amalan terbaik dalam perniagaan.
"Sebuah hab akan diwujudkan di Sabah dan sebuah lagi di Sarawak sebagai tambahan kepada Hab PMKS sedia ada di Semenanjung," katanya dalam kenyataan selepas menghadiri Hari Terbuka @Hab PMKS SME Corp Malaysia, di sini.
Beliau berkata sesi seumpama itu diharap memberi manfaat kepada usahawan kerana sektor PMKS telah menyumbang RM19 bilion cukai kepada hasil negara.
Sempena Hari Terbuka @Hab PMKS bertemakan 'KUSKOP dan Agensi Memperkasakan PMKS' itu, beberapa taklimat diadakan antaranya berhubung Status PMKS dan Penerapan SCORE oleh SME Corp, Latihan dan Bimbingan Keusahawanan oleh Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) serta Transformasi Perniagaan oleh Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS).
"Sesi khidmat nasihat dan networking daripada Bank Rakyat bertajuk 'Bank Rakyat Memacu Pemerkasaan dan Kelestarian Usahawan MADANI' dan Pembiayaan Bersama OCBC Al-Amin Bank Berhad, turut diadakan pada program berkenaan," menurut kenyataan itu.-- BERNAMA
 
]]>
masuzilani@smecorp.gov.my () Thu, 28 Nov 2024 10:46:00 +0800
20 syarikat terima geran i-BAP RM1.5 juta https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/news/5021-20-syarikat-terima-geran-i-bap-rm1-5-juta https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/news/5021-20-syarikat-terima-geran-i-bap-rm1-5-juta Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R Ramanan (tiga, kiri) menyampaikan Surat Tawaran Penerima I-BAP kepada Winpix Photo Booth yang diwakili Pavithiran Gunasegar (tiga, kanan) pada Majlis Ramah Mesra di SME Corporation Malaysia hari ini. - Foto BERNAMATimbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R Ramanan (tiga, kiri) menyampaikan Surat Tawaran Penerima I-BAP kepada Winpix Photo Booth yang
diwakili Pavithiran Gunasegar (tiga, kanan) pada Majlis Ramah Mesra di SME Corporation Malaysia hari ini. - Foto BERNAMA

 

KUALA LUMPUR: Sebanyak 20 syarikat diluluskan geran bernilai hampir RM1.5 juta menerusi Program Business Accelerator untuk syarikat milikan India bersaiz kecil (I-BAP) oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp).

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R Ramanan, berkata kumpulan penerima ini adalah kumpulan pertama selepas permohonan ditutup pada 31 Oktober lalu.

"(Jumlah) yang diluluskan bagi bantuan kewangan ini sebanyak RM6 juta tetapi permohonan yang kami terima hampir RM26.14 juta.

"Bagi tahun akan datang, saya akan berbincang dengan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick; Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Rizal Nainy dan dibawa kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) untuk mendapatkan bantuan peruntukan lebih besar bagi I-BAP," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis ramah mesra dan sesi penyerahan surat tawaran kepada 20 penerima kumpulan pertama I-BAP di sini, hari ini.

Menurutnya, sebanyak 61 lagi permohonan I-BAP sedang dinilai, menjadikan lebih 70 perusahaan kecil milikan usahawan India dijangka menerima bantuan kewangan berkenaan.

Program I-BAP yang diumumkan Ramanan pada 27 September lalu menawarkan Geran Padanan sehingga RM100,000 bagi membantu perusahaan kecil milikan usahawan India meningkatkan kapasiti dan keupayaan serta prestasi perniagaan.

Ramanan berkata, bantuan itu merangkumi perbelanjaan untuk perolehan mesin dan peralatan bagi meningkatkan kualiti produk serta produktiviti dan kecekapan pengeluaran, adaptasi teknologi maklumat dan komunikasi serta e-dagang, penerapan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus, pensijilan produk dan pelaksanaan aktiviti pemasaran serta promosi.

"Peruntukan khusus untuk usahawan India melalui I-BAP membuktikan komitmen dan kesungguhan kerajaan dalam meningkatkan pembangunan komuniti India sejajar dengan kerangka Ekonomi MADANI yang menyasarkan pertumbuhan ekonomi negara yang lebih saksama dan inklusif.

"Dengan bantuan yang diterima, saya berharap usahawan India dapat meningkatkan kecekapan dan produktiviti bagi menambah hasil jualan dan keuntungan perniagaan," katanya.

Sementara itu, penerima geran, R Abiramee, 42, berkata beliau menerima sebanyak RM62,000 untuk membeli dan membaiki mesin membuat aiskrim berasaskan susu segar yang diusahakannya sejak lebih setahun lalu di sebuah kilang di Shah Alam.

"Sebelum ini, kita import aiskrim ini dari India tetapi kini kita menghasilkan sendiri di Malaysia dan apabila mengikuti latihan di SME Corp, banyak informasi boleh diperoleh dan saya cuba memohon bantuan ini apabila permohonan dibuka pada Oktober lalu," katanya.

 

sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1329731/20-syarikat-terima-geran-i-bap-rm15-juta

 

 

]]>
masuzilani@smecorp.gov.my () Thu, 28 Nov 2024 10:29:44 +0800
20 companies receive I-BAP grants worth nearly RM1.5 mil https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/news/5020-20-companies-receive-i-bap-grants-worth-nearly-rm1-5-mil https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/news/5020-20-companies-receive-i-bap-grants-worth-nearly-rm1-5-mil Deputy Minister Datuk Seri R. Ramanan said that this group of recipients is the first batch after the application period closed on October 31.- BERNAMA PICDeputy Minister Datuk Seri R. Ramanan said that this group of recipients is the first batch after the application period closed on October 31.- BERNAMA PIC

 

KUALA LUMPUR: A total of 20 companies have been granted nearly RM1.5 million through the Indian Business Accelerator Programme (I-BAP), an SME Corporation Malaysia (SME Corp) initiative designed to support small businesses owned by Indian entrepreneurs in Malaysia.

The I-BAP programme, managed by the Ministry of Entrepreneur and Cooperatives Development (Kuskop), offers matching grants of up to RM100,000, to help Indian-owned small businesses improve their capacity, capability, and business performance.

Deputy Minister Datuk Seri R. Ramanan said that this group of recipients is the first batch after the application period closed on October 31.

"The approved financial assistance amounts to RM6 million, but the applications we received totalled almost RM26.14 million.

"For the coming year, I will discuss with Kuskop Minister Datuk Ewon Benedick and SME Corp's chief executive office Rizal Nainy, and bring the matter to the prime minister to seek a larger allocation for I-BAP," he told reporters at the presentation of offer letters to the first group of 20 I-BAP recipients here today.

 

Ramanan, who announced the I-BAP programme on Sept 27, also said that 61 more applications are still under evaluation, bringing the total number of small businesses owned by Indian entrepreneurs expected to receive financial assistance to over 70.

He said the grants cover expenses for purchasing machinery and equipment to improve product quality, as well as for boosting productivity and manufacturing efficiency.

Other areas include the adoption of information and communication technology (ICT) and e-commerce, the implementation of environmental, social, and governance (ESG) practices, product certification, and the execution of marketing and promotional activities.

"The specific allocation for Indian entrepreneurs through I-BAP demonstrates the government's commitment and seriousness in enhancing the development of the Indian community in line with the Madani Economic Framework, which aims for a more equitable and inclusive national economic growth.

"With the assistance received, I hope that Indian entrepreneurs can improve efficiency and productivity to increase sales and business profits," Ramanan added.

One of the grant recipients, R. Abiramee, 42, said she received RM62,000 to purchase and repair a fresh milk-based ice cream machine, which she has been operating for over a year in a factory in Shah Alam, Selangor.

"Previously, we imported ice cream from India, but now we make it ourselves in Malaysia.

"After attending training at SME Corp, I gained a lot of valuable information, and I decided to apply for this assistance when the applications opened in October this year," she said. – Bernama

 

sources: https://www.nst.com.my/news/nation/2024/11/1140606/20-companies-receive-i-bap-grants-worth-nearly-rm15-mil

]]>
masuzilani@smecorp.gov.my () Wed, 27 Nov 2024 10:27:06 +0800
SME Corp and Saudi Arabia’s Monsha’at Partner to Strengthen MSME Development https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/news/5016-sme-corp-and-saudi-arabia-s-monsha-at-partner-to-strengthen-msme-development https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/news/5016-sme-corp-and-saudi-arabia-s-monsha-at-partner-to-strengthen-msme-development  
 
 
SME Corp. Malaysia has signed a Memorandum of Understanding (MoU) with the Small and Medium Enterprises General Authority (Monsha’at) of Saudi Arabia during BIBAN24, organised by Monsha’at from 5 to 9 November 2024.
 
In support of the partnership between the two parties, a total of 30 Malaysian business entities, comprising 28 SMEs from the high-growth, franchise, food and beverages sectors, as well as two cooperatives, joined the event. Malaysia is aiming for RM100 million in potential trade value from the business activities organised over the five-day event.
 
Held at the Riyadh Front Exhibition & Conference Centre, the MoU signing ceremony represents a significant milestone in the efforts of SME Corp. Malaysia, an agency under the Ministry of Entrepreneur and Cooperatives Development (MECD), to catalyse the transformation of MSMEs towards achieving high-growth status.
 
The MoU is expected to strengthen bilateral relations and foster cross-economic cooperation in MSME development for both countries.
In addition to promoting close cooperation in the sharing of information and learning best practices related to MSME development and growth, the MoU also aims to establish long-term initiatives that support bilateral business growth.
 
This will enhance support frameworks for MSMEs and lay the foundation for resilient, innovative MSME ecosystems in Malaysia and Saudi Arabia.
The MoU was signed by Rizal Nainy, CEO of SME Corp, and his counterpart, Sami Ibrahim Alhussaini, Governor of Monsha’at.
 
Datuk Ewon Benedick, Minister of Entrepreneur and Cooperatives Development, who witnessed the signing, said, “By sharing our experiences and expertise, we can create a more dynamic entrepreneurial ecosystem that benefits both nations. We can explore joint ventures in areas such as technology, education, and halal industries by leveraging each other’s strengths in MSME development.”
 
Commenting on the MoU, Rizal said, “The MoU aims to create a foundational framework for collaboration in the sharing of information and learning best practices, with a focus on capacity building and high-growth MSME programmes that facilitate market access, as well as initiatives for knowledge transfer in digitalisation, sustainability, innovation, and entrepreneurship.
 
“This is the first time we have brought 30 Malaysian business entities to penetrate the Saudi Arabian market, which offers significant potential.”
 
BIBAN24, with the theme “Global Destination for Opportunities,” aims to strengthen Saudi Arabia’s position as a leading destination for entrepreneurs regionally and globally. -- SME ASIA
 
 

]]>
masuzilani@smecorp.gov.my () Thu, 07 Nov 2024 09:38:49 +0800
SME Corp Malaysia Seals Strategic MoU With Saudi Arabia At BIBAN24 https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/news/5015-sme-corp-malaysia-seals-strategic-mou-with-saudi-arabia-at-biban24 https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/news/5015-sme-corp-malaysia-seals-strategic-mou-with-saudi-arabia-at-biban24

 

SME Corp. Malaysia has signed a Memorandum of Understanding (MoU) with the Small and Medium Enterprises General Authority (Monsha’at) of Saudi Arabia at the BIBAN24 event, held from 5 to 9 November 2024. The partnership is expected to enhance bilateral relations and foster cross-economic cooperation in the development of Micro, Small, and Medium Enterprises (MSMEs) between both nations.

The MoU aims to strengthen cooperation in sharing information, learning best practices, and establishing long-term initiatives to support bilateral business growth. This collaboration is set to create a more resilient and innovative MSME ecosystem in both Malaysia and Saudi Arabia.

 

A total of 30 Malaysian business entities, including 28 SMEs from high-growth sectors such as franchise, food and beverages, and two cooperatives, participated in the event. The trade value generated from the business activities during the five-day event is expected to reach RM100 million.

The MoU was signed by SME Corp Malaysia CEO, Rizal Bin Dato’ Nainy, and Monsha’at Governor, Mr Sami Ibrahim Alhussaini, with Datuk Ewon Benedick, Minister of Entrepreneur and Cooperatives Development, witnessing the signing.

“We can explore joint ventures in technology, education, and the halal industry by leveraging each other’s strengths in MSME development,” said Datuk Ewon Benedick.

Rizal Bin Dato' Nainy highlighted the MoU’s focus on building a framework for sharing information, capacity building, and facilitating market access for high-growth MSMEs. He added that this marks the first time 30 Malaysian business entities have entered the Saudi market, which holds significant potential. -- Business Today

 

sources: https://www.businesstoday.com.my/2024/11/06/sme-corp-malaysia-seals-strategic-mou-with-saudi-arabia-at-biban24/

 

]]>
masuzilani@smecorp.gov.my () Thu, 07 Nov 2024 09:22:46 +0800
SME CEO Forum 2024: Empowering Innovation in Malaysia’s Industrial Renaissance https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/news/5014-sme-ceo-forum-2024-empowering-innovation-in-malaysia-s-industrial-renaissance https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/news/5014-sme-ceo-forum-2024-empowering-innovation-in-malaysia-s-industrial-renaissance N1


The Small and Medium Enterprises Association of Malaysia (SAMENTA) recently hosted the much-anticipated SME CEO Forum 2024, a premier annual gathering for Malaysia’s leading business figures, entrepreneurs, and industry experts.

This year’s theme, Industrial Renaissance – Empowering Innovation, Deepening Complexity, focused on the transformative potential of industrial innovation and strategies to navigate today’s increasingly complex landscape.

The forum, officiated by the guest of honour, SME Corp chairman Tan Sri Bernard Dompok, comes at a crucial time as Malaysia aims to sharpen its competitive edge in the global market by embracing technology, sustainability, and human-centred innovation.

N2

It attracted close to 1,000 participants who engaged in insightful sessions exploring how SMEs can thrive amid rapid technological advancements and heightened regulatory demands.


A Call to Embrace Innovation

The forum commenced with a keynote address by SAMENTA’s national president, Datuk William Ng, who underscored the importance of innovation as the lifeline for SMEs facing economic uncertainty and increased global competition.

Ng highlighted that while SMEs form the backbone of Malaysia’s economy—contributing nearly 40% of the country’s gross domestic product (GDP)—they need to prioritise technological adoption to remain competitive. He encouraged SMEs to view the industrial renaissance as an opportunity to rethink processes, deepen skill sets, and harness emerging technologies.

“Malaysia’s SMEs must embrace this renaissance not as a threat, but as a significant opportunity to reimagine their role in the regional economy,” said Ng. He elaborated that the journey to embracing innovation requires resilience, adaptability, and the willingness to tackle complex challenges.

Panel Discussion: New Industrial Plan – How Can SMEs Capture These Opportunities?

The first panel with the topic of New Industrial Master Plan (NIMP) – Industrial Transformation for SMEs, featured Yeoh Seng Hooi, SAMENTA Secretary General; Rizal Nainy, SME Corp CEO; Datuk Hanafi Sakri, Ministry of International Trade and Industry (MITI) deputy secretary general (Industry); and Malaysia Productivity Corporation deputy director general, Dr Norjayadi Tamam.

The session addressed the immense potential of the recently introduced Industrial Plan to reshape Malaysia’s industrial landscape and provide opportunities for SMEs to play a central role in that plan.

Yeoh emphasised that Malaysia’s SMEs must be proactive in aligning their business models with the new plan, which focuses on sectors such as advanced manufacturing, green technology, and digitalisation.

He highlighted that the plan represents a framework to help SMEs expand their operational capabilities, adopt cleaner production methods, and contribute to sustainable development.

At the same time, Rizal elaborated on SME Corp’s initiatives to support these goals, including targeted grants, digitalisation incentives, and capacity-building programmes aimed at empowering SMEs to adopt transformative technologies.

Additionally, Hanafi highlighted the role of government in creating a conducive environment for SMEs, focusing on policy frameworks that promote innovation, ease regulatory burdens, and encourage foreign investment.

Meanwhile, Dr Norjayadi Tamam spoke on productivity-driven growth, emphasising that SMEs should adopt continuous improvement practices and seek greater efficiencies in their operations.

He encouraged business leaders to invest in workforce training and productivity-enhancing tools to compete effectively on a global scale.

N3

Panel Discussions: From Zero to IPO – Get Listed Successfully

For the second session entitled From Zero to IPO – Get Listed Successfully, the panelists were Datuk Lock Peng Kuan, managing partner, Baker Tilly Malaysia, Leong See Meng, director, originating and listing, Bursa Malaysia, and Khoo Kay Peng, corporate development director, Audience Analytics Ltd, Wong Kee Wai, managing director Safetywear Group Bhd, and Davis Chong, executive director and group CEO, Solarvest Bhd.

In this session, panelists explored their journey to taking their SMEs public. They also gave insights into IPO preparation, valuation techniques, investor relations, and regulatory compliance to uncover the benefits and challenges of this transformative step for an SME.


Panel Discussions: No Holds Barred

The SME CEO Forum 2024 also had an open and unrestricted debate between policymakers and SMEs in this special session titled No Holds Barred – Policymakers vs SMEs. The panel members were Member of Parliament (MP) for Machang, Kelantan, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal, Wong Shu Qi, MP for Kluang and Talentcorp chairman, and Williams Business Consultancy Sdn Bhd economist, founder and director, Prof Dr Geoffrey Williams.

In this dicussion, panelists dived deep into the challenges and conflicts that arise when government regulations, policies, and initiatives are confronted by the needs, concerns, and perspectives of SMEs.

They delved into how these interactions shape the business environment, influence decision-making, and impact the growth and sustainability of SMEs in a competitive market.

The forum also featured the latest advancements in AI designed for SMEs. Exhibitors displayed cutting-edge solutions tailored to help SMEs modernise their operations and improve productivity.

Among the most talked-about innovations showcased to the participants were Jabra’s cutting-edge solutions feature innovative AI-powered experiences, including the new Intelligent Meeting Space feature, underscoring the transformative impact of adopting new technologies to enhance Malaysia’s industrial capabilities.

N4

The Path Forward

The SME CEO Forum 2024 concluded with a call to action for all attendees. As Malaysia continues its journey through the industrial renaissance, SMEs must play an active role in embracing innovation and managing the complexities that come with it.

For many Malaysian SMEs, the message from this year’s forum was clear: innovation and complexity should not deter them, but drive them forward. The success stories and strategies shared served as both inspiration and a roadmap for those ready to embark on their own journey of transformation.

By equipping themselves with the tools, skills, and partnerships needed to succeed, Malaysia’s SMEs are well-positioned to redefine their potential and contribute significantly to the nation’s economic growth.

Through similar forums, SAMENTA continues to be a catalyst for progress, offering Malaysian SMEs the support and knowledge they need to thrive. -- SME Magazine

Sources: https://sme.asia/sme-ceo-forum-2024-empowering-innovation-in-malaysias-industrial-renaissance/

 

 

 

]]>
masuzilani@smecorp.gov.my () Tue, 29 Oct 2024 10:07:00 +0800
Planworth rancang senaraian di Bursa Malaysia, sasar nilai pasaran RM1 bilion https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/news/5013-planworth-rancang-senaraian-di-bursa-malaysia-sasar-nilai-pasaran-rm1-bilion https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/news/5013-planworth-rancang-senaraian-di-bursa-malaysia-sasar-nilai-pasaran-rm1-bilion
Andy Kuek (kanan), menerima Anugerah Enterprise 50 (E50) 2024 daripada Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi sambil disaksikan oleh Rizal Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif, SME Corp Malaysia. Anugerah itu adalah pengiktirafan kepada syarikat sebagai institusi kewangan bukan bank terbesar dalam pemfaktoran dan penyelesaian kewangan rantaian bekalan di Malaysia.Andy Kuek (kanan), menerima Anugerah Enterprise 50 (E50) 2024 daripada Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan, Timbalan Menteri Pembangunan
Usahawan dan Koperasi sambil disaksikan oleh Rizal Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif, SME Corp Malaysia.
Anugerah itu adalah pengiktirafan kepada syarikat sebagai institusi kewangan bukan bank terbesar dalam pemfaktoran dan penyelesaian kewangan
rantaian bekalan di Malaysia.

 

KUALA LUMPUR: Planworth Global Factoring Sdn Bhd menyasarkan modal pasaran RM1 bilion dengan rancangan penyenaraian di Bursa Malaysia dalam tempoh lima hingga Lapan tahun.

Sebagai peneraju dan terbesar dalam penyelesaian pembiayaan invois (invoice financing) dan rantaian bekalan kewangan bukan bank di Malaysia, Planworth beroperasi menggunakan dana sendiri serta di sokong oleh lebih dari lima bank yang terkemuka.

Ketua Pegawai Eksekutif Planworth, Datuk Kuek Andy berkata penyenaraian di Bursa Malaysia akan memperkukuh kedudukan Planworth di Malaysia dan Singapura.

"Kami ingin disenaraikan dengan impak pasaran yang ketara, bukan sahaja di Malaysia tetapi di beberapa negara di ASEAN dan mampu beroperasi sebagai syarikat yang berpengaruh dalam landskap kewangan serantau.

"Dengan kedudukan kewangan yang kukuh, kami menyasar memperluas pasaran ke negara lain seperti Thailand, Indonesia dan Vietnam, serta kami juga melihat peluang di Australia," katanya kepada Berita Harian (BH), di sini.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Planworth, Datuk Andy Kuek memegang trofi dan sijil selepas dianugerahkan Anugerah Enterprise 50 (E50) 2024.Ketua Pegawai Eksekutif Planworth, Datuk Andy Kuek memegang trofi dan sijil selepas dianugerahkan Anugerah Enterprise 50 (E50) 2024.

Andy berkata, Planworth sedang mengembangkan strategi bagi meningkatkan kesedaran jenama di seluruh rantau ini sambil memperkukuhkan kedudukan di Singapura.

Di samping itu, Planworth terus komited dalam menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS), yang membentuk sebahagian besar daripada pelanggan mereka.

"Melalui sistem pemantauan proaktif dan fleksibiliti dalam penyelesaian modal kerja, Planworth membantu PKS dalam mengatasi cabaran kewangan dan memastikan kelancaran operasi.

"Kami berusaha untuk membantu pelanggan PKS kami, bukan sahaja sebagai penyedia kewangan tetapi sebagai rakan strategik yang membantu mereka berkembang dan menghadapi cabaran dengan penyelesaian yang efektif," katanya.

Beliau berkata, komitmen Planworth ini telah meraih pelbagai anugerah berprestij dengan yang terbaharu adalah Anugerah Enterprise 50 (E50) 2024, yang dianjurkan SME Corporation Malaysia (SME Corp), sebagai pengiktirafan kepada syarikat sebagai institusi kewangan bukan bank terbesar dalam pemfaktoran dan penyelesaian kewangan rantaian bekalan di Malaysia. Anugerah lain yang pernah diraih termasuk SME100, SEBA dan Brand Laurette .

Sementara itu, Planworth Singapore juga memenangi anugerah SME 500 dan SME100 di republik itu sebagai penyedia perkhidmatan kewangan terbaik.

"Pencapaian menunjukkan kematangan dan kekuatan pengurusan kami, serta keupayaan dalam menyesuaikan diri dengan teknologi terkini dan amalan terbaik dalam pengurusan.

"Anugerah Enterprise 50 (E50) 2024 yang dimenangi ini menunjukkan komitmen kami terhadap inovasi dan kecemerlangan serta peranan kami dalam membina kepercayaan bersama pasaran dan pelanggan, sekali gus mengukuhkan kedudukan Planworth sebagai peneraju dalam sektor kewangan ," katanya.

Andy Kuek (kanan) dan Rizal Nainy (kiri) bergambar bersama pegawai dan kakitangan Planworth di Majlis Anugerah Enterprise 50 (E50) 2024, meraikan kejayaan mereka sebagai peneraju dalam industri kewangan bukan bank di Malaysia.Andy Kuek (kanan) dan Rizal Nainy (kiri) bergambar bersama pegawai dan kakitangan Planworth di Majlis Anugerah Enterprise 50 (E50) 2024, meraikan kejayaan mereka sebagai peneraju dalam industri kewangan bukan bank di Malaysia

-- Berita Harian

 

Sumber: https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2024/10/1316451/planworth-rancang-senaraian-di-bursa-malaysia-sasar-nilai-pasaran

]]>
masuzilani@smecorp.gov.my () Mon, 28 Oct 2024 09:49:08 +0800