SME Corporation Malaysia - Highlights https://smecorp.gov.my Fri, 09 May 2025 15:06:47 +0800 Open Source Excellence RSS Feeder en-gb SESI JARINGAN DAN COFFEE TALK USAHAWAN https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/hightlights/4899-sesi-jaringan-dan-coffee-talk-usahawan https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/hightlights/4899-sesi-jaringan-dan-coffee-talk-usahawan SME Corp. Malaysia telah menganjurkan “Sesi Jaringan & Coffee Talk Usahawan” pada 21 November 2023 di Dewan Mahkota, SME Corp. Malaysia. Sesi ini bertujuan sebagai wadah untuk para usahawan melebarkan jaringan perniagaan dan berkongsi pandangan serta pengalaman bagi memajukan lagi perniagaan. Seramai 200 orang usahawan telah menghadiri sesi ini yang terdiri daripada usahawan yang pernah menerima manfaat daripada program pembangunan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang dilaksanakan oleh SME Corp. Malaysia khususnya dalam kalangan graduan Program Pembangunan Perniagaan Usahawan Mikro (BizME) iaitu Program Micro Connector, Program GrowBiz dan Inisiatif Pembangunan Rantaian Nilai Perniagaan Inklusif (IB-VCDI).

 

Sesi yang berkonsepkan TED Talk ini telah menampilkan enam orang ikon iaitu Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia bersama lima personaliti usahawan yang berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang memberikan inspirasi dalam bidang masing-masing. Topik-topik yang disampaikan antaranya menekankan aspek kepimpinan sebagai faktor kejayaan dalam perniagaan, penghasilan produk yang berinovasi menerusi bioteknologi, prinsip dan cabaran usahawan wanita dalam industri yang didominasi oleh kaum lelaki, kemahiran interpersonal dalam meningkatkan jaringan perniagaan, pembangunan jenama dengan daya pasaran yang tinggi serta tip dalam membangunkan produk yang unik hingga menembusi pasaran luar negara.

 

Tonton rakaman Sesi Jaringan & Coffee Talk Usahawan “Keterampilan dalam Perniagaan” oleh YBrs Encik Rizal bin Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif, SME Corp. Malaysia


{youtube}S21iuM4_P9M{/youtube}

 

 

Tonton rakaman Sesi Jaringan & Coffee Talk Usahawan “Perniagaan Berinovasi – Hasilnya Pun Tinggi” oleh Encik Giva Kuppusamy, Ketua Pegawai Eksekutif, GK Aqua Sdn. Bhd.


{youtube}uZOz-dcu1Aw{/youtube}

 

 

Tonton rakaman Sesi Jaringan & Coffee Talk Usahawan “Feminin Dalam Arena Maskulin” oleh Cik Sharon Wee, Pengarah Emerald Auto Parts Sdn. Bhd.


{youtube}6W3xjswi3fI{/youtube}

 

 

Tonton rakaman Sesi Jaringan & Coffee Talk Usahawan “Pandai Cakap, Bisnes Cekap” oleh Puan Anusia Ramasamy, Ketua Pegawai Eksekutif, Avernoble Sdn. Bhd.


{youtube}kNtga3G-7gQ{/youtube}

 

 

Tonton rakaman Sesi Jaringan & Coffee Talk Usahawan “Produk Alami – Dari Malaysia Ke Seantero Dunia” oleh Encik Mohamad Faisal bin Ahmad Fadzil, Pengarah Urusan, Tanamera Tropical Spa Sdn. Bhd.


{youtube}Sm_aZC3tfGE{/youtube}

 

 

Tonton rakaman Sesi Jaringan & Coffee Talk Usahawan “Jenama Kuat, Pemasaran Hebat” oleh Puan Siti Noor Sabrina binti Soobri, Pengasas Mamasab International Sdn. Bhd.


{youtube}sLg9jkWDwhE{/youtube}

 

 

C9

C10

 

 

 

 

]]>
masuzilani@smecorp.gov.my () Wed, 29 Nov 2023 10:56:45 +0800
Asia Pacific Economic Cooperation (APEC) Small and Medium Enterprises Working Group (SMEWG) https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/hightlights/4846-asia-pacific-economic-cooperation-apec-small-and-medium-enterprises-working-group-smewg https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/hightlights/4846-asia-pacific-economic-cooperation-apec-small-and-medium-enterprises-working-group-smewg 1

SME Corp. Malaysia, reporting to the Ministry of Entrepreneurship and Cooperatives Development (MECD), orchestrated a transformative visit to the Boeing Renton Factory in Washington State, USA. Spearheaded by the Secretary General of MECD, YBhg. Datuk Seri Suriani Dato’ Ahmad, alongside SME Corp. Malaysia CEO Mr. Rizal Nainy, the delegation embarked on a mission to harness opportunities within the Aerospace industry's global value chain. With an unwavering commitment to bolstering capable Malaysian SMEs, this journey embodies our dedication to catalysing international integration, fostering worldwide partnerships, and fuelling mutual growth.

From left to right:

  1. Mr. Noor Izwan Zabarudin
    Special Officer to Secretary General, MECD
  2. Mr. Andrew Pacelli,
    Regional Director for Southeast Asia, Global Strategy & Market Development, Boeing
  3. Mr. Avik Bhattacharya (Head of Visit)
    Managing Director, Global Strategy & Market Development, Boeing
  4. Mdm. Zalwani Zalkaply,
    Deputy Undersecretary, Entrepreneurship Ecosystem Development Division, MECD
  5. Mr. Rizal Bin Nainy,
    Chief Executive Officer, SME Corp. Malaysia
  6. Her Excellency Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad,
    Secretary General, MECD
  7. Ms. Intan Zanariah Hamdan,
    International Relations Manager, International Cooperation Division, SME Corp. Malaysia
  8. Mr. Datuk Wira Dr. Aria Putera Ismail,
    Chief Executive Officer, SME Bank
  9. Mr. Zainal Bahaudin,
    Principal Assistant Secretary (International), Policy and International Relations Division, MECD
  10. Mr. Landon Loomis,
    Vice President, Global Policy, Boeing
  11. Ms. Antonette Valdez,
    Regional Director, Globalization & Supplier Development, Boeing
  12. Mr. Dario Gomez,
    Executive Director, International Trade and Sustainability, Boeing

 

2

 The delegation presenting a token of appreciation to Mr. Landon Loomis, Vice President, Global Policy, The Boeing Company.

 

3

 Discussion on creating opportunities for Malaysian Aerospace SMEs.

 

 

]]>
masuzilani@smecorp.gov.my () Mon, 21 Aug 2023 16:26:52 +0800
PENYAMPAIAN PENGIKTIRAFAN SYARIKAT PRINSIPAL PERNIAGAAN INKLUSIF OLEH YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI SEMPENA MINGGU PMKS KEBANGSAAN 2023 https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/hightlights/4832-penyampaian-pengiktirafan-syarikat-prinsipal-perniagaan-inklusif-oleh-yab-timbalan-perdana-menteri-sempena-minggu-pmks-kebangsaan-2023 https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/hightlights/4832-penyampaian-pengiktirafan-syarikat-prinsipal-perniagaan-inklusif-oleh-yab-timbalan-perdana-menteri-sempena-minggu-pmks-kebangsaan-2023 Pada Majlis Perasmian Minggu Usahawan Negara (MUN) dan Minggu PMKS Peringkat Kebangsaan 2023, lima (5) Syarikat Prinsipal Perniagaan Inklusif (IB) di bawah Inisiatif Pembangunan Rantaian Nilai Perniagaan Inklusif (IB-VCDI)

 

P1

YAB Timbalan Perdana Menteri menyampaikan simbolik pengiktirafan kepada Encik Azmi bin Zainal, Ketua Pegawai Operasi, Farm Fresh Berhad yang melaksanakan “Projek Pembangunan Usahawan IB Farm Fresh”. Turut serta (dari kiri: YBhg. Dato' Sri Suriani binti Dato' Ahmad, Ketua Setiausaha, KUSKOP, YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Senator Puan Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta YBhg. Tan Sri Bernard Dompok, Pengerusi SME Corp. Malaysia).

 

P2

YAB Timbalan Perdana Menteri menyampaikan simbolik pengiktirafan kepada Encik Johari Abu Kasim, Pengarah Urusan Kumpulan, Star Medik Sdn. Bhd. yang melaksanakan “Projek IB Serai Malaya”.

 

P3

YAB Timbalan Perdana Menteri menyampaikan simbolik pengiktirafan kepada Ir. Ts. Kuhan Pathy, Pengasas, Pepper Labs Sdn. Bhd. yang melaksanakan “Projek Rintis IB dalam Sektor F&B”.

 

YAB Timbalan Perdana Menteri menyampaikan simbolik pengiktirafan kepada Puan Maznim Ann Ishak, Penyelaras Program, wakil Mostwell Labs Sdn. Bhd. yang melaksanakan “Projek Keusahawanan IB menerusi Teknik Natural Dye dan Eco Printing”.

 

 

YAB Timbalan Perdana Menteri menyampaikan simbolik pengiktirafan kepada Puan Mary Jim, Pengasas, Everlasting Mus Sdn. Bhd. yang melaksanakan “Projek IB Kebun Herba Komuniti Luar Bandar”.

 

Wakil-wakil Syarikat Prinsipal IB bergambar bersama Encik Rizal bin Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia sewaktu menerima Sijil Pengiktirafan.

 

 

 

]]>
masuzilani@smecorp.gov.my () Thu, 20 Jul 2023 11:45:54 +0800
Sesi Bicara Niaga Inklusif 3: “Usahawan Wanita – Transformasi untuk Lonjakan Prestasi” https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/hightlights/4826-sesi-bicara-niaga-inklusif-3-usahawan-wanita-transformasi-untuk-lonjakan-prestasi https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/hightlights/4826-sesi-bicara-niaga-inklusif-3-usahawan-wanita-transformasi-untuk-lonjakan-prestasi Sesi Bicara Niaga Inklusif 3: “Usahawan Wanita – Transformasi untuk Lonjakan Prestasi” membincangkan dan mengupas persoalan

mengenai kepentingan transformasi dalam perniagaan khususnya bagi usahawan wanita berdasarkan perkembangan ekonomi semasa untuk meningkatkan prestasi perniagaan mereka. Moderator dan Ahli Panel bagi Sesi Bicara Niaga 3 adalah:

 

Moderator:
Coach Dr. Rosesida Abd. Rahim, Pengarah, Entrepreneur Culture Incorporated Sdn. Bhd. (ECI) 

 

Ahli Panel:
1. Cik Sharon Wee, Pengarah, Emerald Auto Parts Sdn. Bhd.
2. Cik Sri Salawa Salawati Harun Ronald, Pengarah, Innovative Chocolate Sdn. Bhd. (Graduan Program GrowBiz 2021/2022)
3. Encik Mohd Rithaudden Makip, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar & Penyelarasan), SME Corp. Malaysia

 

Sesi Bicara Niaga Inklusif 3: Usahawan Wanita "Transformasi untuk Lonjakan Prestasi"


{youtube}2NluTKMBXNg{/youtube}

 

 

BNI3a

Sesi Bicara Niaga 3: “Usahawan Wanita – Transformasi untuk Lonjakan Prestasi”


(Dari kiri): Coach Dr. Rosesida Abd. Rahim,
Pengarah, Entrepreneur Culture Incorporated Sdn. Bhd. (ECI) selaku Moderator bersama

Ahli Panel 1 - Cik Sharon Wee, Pengarah, Emerald Auto Parts Sdn. Bhd.,

Ahli Panel 2 - Cik Sri Salawa Salawati Harun Ronald, Pengarah, Innovative Chocolate Sdn. Bhd. dan

Ahli Panel 3 - Encik Mohd Rithaudden Makip, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar & Penyelarasan), SME Corp. Malaysia

 

BNI3b

Cik Sharon Wee, Pengarah, Emerald Auto Parts Sdn. Bhd. menerangkan bagaimana beliau melakukan transformasi diri daripada seorang ahli sukan profesional kepada pengulas sukan selebriti dan seterusnya menjadi seorang usahawan yang berjaya sehingga syarikat beliau menjadi pengedar tunggal di Malaysia bagi sistem brek untuk semua model kereta.

 

 

BNI3c

  

Cik Sri Salawa Salawati Harun Ronald, Pengarah, Innovative Chocolate Sdn. Bhd. berkongsi pengalaman bagaimana Program GrowBiz berjaya membantu beliau bangkit semula berniaga daripada kesan pandemik COVID-19. Beliau juga telah berjaya mentransformasikan syarikat daripada bersaiz mikro kepada kecil dan menubuhkan sebuah syarikat Berhad untuk meluaskan operasi.

 

BNI3d 

Encik Mohd Rithaudden Makip, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar & Penyelarasan), SME Corp. Malaysia berkongsi berkenaan peranan dan tanggungjawab SME Corp. Malaysia dalam membantu golongan usahawan termasuk usahawan wanita untuk mentransformasikan perniagaan agar mampu berdikari, berdaya tahan dan berdaya saing di pasaran domestik dan global.

 

 

BNI3e   

Moderator dan Ahli-ahli Panel Sesi Bicara Niaga 3 bertajuk “Usahawan Wanita – Transformasi untuk Lonjakan Prestasi” bergambar bersama Encik Rizal Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia setelah sesi selesai.

 

]]>
masuzilani@smecorp.gov.my () Fri, 14 Jul 2023 16:28:46 +0800
Sesi Bicara Niaga Inklusif 2: “Mari Perkasakan Keusahawanan Inklusif!” https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/hightlights/4825-sesi-bicara-niaga-inklusif-2-mari-perkasakan-keusahawanan-inklusif https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/hightlights/4825-sesi-bicara-niaga-inklusif-2-mari-perkasakan-keusahawanan-inklusif Sesi Bicara Niaga Inklusif 2: “Mari Perkasakan Keusahawanan Inklusif!” membincangkan mengenai peluang-peluang ekonomi dalam mewujudkan ekosistem keusahawanan berteraskan komuniti. Moderator dan Ahli Panel bagi Sesi Bicara Niaga 2 adalah:

 

Moderator:

Puan Rozina Mat Rawi, Pengarah Urusan, Metrix Research Sdn. Bhd.

 

Ahli Panel:

  1. Encik Azmi Zainal, Ketua Pegawai Operasi, Farm Fresh Berhad
  2. Encik Johari Abu Kasim, Pengarah Urusan Kumpulan, Star Medik Sdn. Bhd.
  3. Encik Rahman Bidin, Ketua Kelompok Batu Kikir (usahawan bimbingan Serai Malaya Sdn. Bhd.)

 

Sesi Bicara Niaga Inklusif 2: “Mari Perkasakan Keusahawanan Inklusif!”


{youtube}cYFE2UVTIBw{/youtube}

 

 

BN2a

Sesi Bicara Niaga 2: “Mari Perkasakan Keusahawanan Inklusif!”. 
(Dari kiri): Puan Rozina Mat Rawi, Pengarah Urusan, Metrix Research Sdn. Bhd. selaku Moderator bersama Ahli Panel 1 - Encik Azmi Zainal, Ketua Pegawai Operasi, Farm Fresh Berhad, Ahli Panel 2 - Encik Johari Abu Kasim, Pengarah Urusan Kumpulan, Star Medik Sdn. Bhd dan Ahli Panel 3 - Encik Rahman Bidin, Ketua Kelompok Batu Kikir (usahawan bimbingan Serai Malaya Sdn. Bhd.)

 

BN2b

Encik Azmi Zainal, Ketua Pegawai Operasi, Farm Fresh Berhad menerangkan bagaimana Farm Fresh melaksanakan inisiatif Kongsi Rezeki sebagai titik permulaan membangunkan model Perniagaan Inklusif (Inclusive Business - IB).

 

BN2c

Encik Johari Abu Kasim, Pengarah Urusan Kumpulan, Star Medik Sdn. Bhd berkongsi maklumat tentang operasi syarikat yang secara langsung mencetuskan idea untuk melibatkan komuniti dalam aktiviti pembekalan serai berdasarkan model Perniagaan Inklusif (Inclusive Business - IB).

 

BN2d

Encik Rahman Bidin, Ketua Kelompok Batu Kikir selaku usahawan bimbingan Serai Malaya Sdn. Bhd. berkongsi pengalaman tentang bagaimana beliau berjaya memperolehi peningkatan pendapatan hasil dari penglibatan dalam Program Inisiatif Pembangunan Rantaian Nilai Perniagaan Inklusif (IB-VCDI) kelolaan SME Corp. Malaysia.

 

BN2e

Moderator dan Ahli-ahli Panel Sesi Bicara Niaga 2 bertajuk “Mari Perkasakan Keusahawanan Inklusif!” bergambar bersama Encik Rizal Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia setelah sesi selesai. 

]]>
masuzilani@smecorp.gov.my () Thu, 13 Jul 2023 12:54:28 +0800
Sesi Bicara Niaga Inklusif 1: “Jom Digitalkan Kewangan Anda!" https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/hightlights/4824-sesi-bicara-niaga-inklusif-1-jom-digitalkan-kewangan-anda https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/hightlights/4824-sesi-bicara-niaga-inklusif-1-jom-digitalkan-kewangan-anda Sesi Bicara Niaga Inklusif 1 bertajuk “Jom Digitalkan Kewangan Anda!” membicarakan mengenai adaptasi digital sebagai usaha untuk meningkatkan akses kepada pembiayaan termasuk pembiayaan alternatif. Moderator dan Ahli Panel bagi Sesi Bicara Niaga 1 adalah:

 

Moderator:

En. Chai Kien Poon, Country Head – Malaysia, Funding Societies Malaysia

Ahli Panel:

1. En. Mohamad Yusman Ammeran, Ketua, Unifi Business,TM
2. En. Mohd Azian Abu Samah, Pengurus, Perniagaan Mikro BSN, Bank Simpanan Nasional (BSN)
3. Pn. Noranis Ayu, Pengarah Urusan, Anies BH Group Sdn Bhd

Sesi Bicara Niaga Inklusif 1: “Jom Digitalkan Kewangan Anda!"


{youtube}3Qsz_nb2OXQ{/youtube}

 

 

BN1c

Sesi Bicara Niaga 1: “Jom Digitalkan Kewangan Anda!. (Dari kiri): En. Chai Kien Poon , Country Head – Malaysia, Funding Societies Malaysia. selaku Moderator bersama Ahli Panel 1 - En. Mohamad Yusman Ammeran, Ketua, Unifi Business,TM, Ahli Panel 2 - En. Mohd Azian Bin Abu Samah, Pengurus, Perniagaan Mikro BSN, Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Ahli Panel 3 - Pn. Noranis Ayu, Pengarah Urusan, Anies BH Group Sdn Bhd (Peserta Program Micro Connector, SME Corp. Malaysia)

 

 

BN1e


En. Mohamad Yusman Ammeran, Ketua, Unifi Business,TM, menerangkan kelebihan yang diperolehi para peniaga apabila mereka mendigitalkan perniagaan

   

 

BN1d

En. Mohd Azian Abu Samah, Pengurus, Perniagaan Mikro BSN, Bank Simpanan Nasional (BSN) berkongsi kelebihan mendigitalkan kewangan perniagaan yang akan memudahkan para peniaga PMKS memperoleh bantuan dari institusi perbankan seperti BSN.

 

BN1g

Pn. Noranis Ayu, Pengarah Urusan, Anies BH Group Sdn Bhd berkongsi pengalaman semasa pandemik yang mendorong beliau untuk mendigitalkan perniagaan Anies Bake House.

 

BN1f

Moderator dan Ahli-ahli Panel Sesi Bicara Niaga 1 bertajuk “Jom Digitalkan Kewangan Anda!”  bergambar setelah sesi selesai.

 

]]>
masuzilani@smecorp.gov.my () Thu, 13 Jul 2023 11:50:54 +0800
BENGKEL APEC MENGENAI PERNIAGAAN INKLUSIF: “MELAKAR HALUAN BAGI KEMAKMURAN BERSAMA MENERUSI KETERANGKUMAN” (APEC WORKSHOP ON INCLUSIVE BUSINESS: “CHARTING THE PATH FOR SHARED PROSPERITY THROUGH INCLUSIVITY”) https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/hightlights/4746-bengkel-apec-mengenai-perniagaan-inklusif-melakar-haluan-bagi-kemakmuran-bersama-menerusi-keterangkuman-apec-workshop-on-inclusive-business-charting-the-path-for-shared-prosperity-through-inclusivity-2 https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/hightlights/4746-bengkel-apec-mengenai-perniagaan-inklusif-melakar-haluan-bagi-kemakmuran-bersama-menerusi-keterangkuman-apec-workshop-on-inclusive-business-charting-the-path-for-shared-prosperity-through-inclusivity-2 Hari Kedua (30 November 2022)

Panel Discussion 1: Empowering Women through Inclusive Business (IB)

Panel Discussion 1: Empowering Women through Inclusive Business (IB) membincangkan mengenai bagaimana untuk memperkasa komuniti wanita menerusi pelaksanaan model Perniagaan Inklusif (IB). Berikut merupakan moderator dan Ahli Panel bagi sesi Panel Discussion 1: Empowering Women through Inclusive Business (IB):

Moderator:
Ms. Anja Juliah Abu Bakar
Patron, Inclusive Entrepreneur Association, Malaysia

Ahli Panel:
i. Ms. Pacita U. Juan, Co-Founder, President and Co-Chair of the Philippine Coffee Board Inc. (PCBI), The Philippines; dan
ii. Ms. Mary Jim, Managing Director, Everlasting Mus Sdn. Bhd., Malaysia.

 

Tonton rakaman vido sesi Panel Discussion 1: Empowering Women thriugh Inclulsiv Business (IB) 


{youtube}ufYLz7Q7Wdc{/youtube}

 

APEC4

APEC5

APEC6

APEC7

APEC8

 

Tonton rakaman vido sesi Panel Discussion 2: Support for the Inclusive Business (IB) Ecosystem


{youtube}_k1Pwt9S0XI{/youtube}

APEC9

APEC10

APEC11

APEC12

APEC13

APEC14

 

Tonton rakaman vido sesi Panel Discussion 3: Showcasing Inclusive Business (IB) Champions in Malaysia


{youtube}DZQWVYlNa9A{/youtube}

 

APEC15

APEC16

APEC17

APEC18

APEC19

 

 

Tonton rakaman vido sesi Ucapan Penutup APEC Workshop on Inclusive Business: “Charting the Path for Shared Prosperity through Inclusivity”


{youtube}zgQBZUH9RlY{/youtube}

APEC20

 

]]>
masuzilani@smecorp.gov.my () Fri, 02 Dec 2022 15:40:00 +0800
BENGKEL APEC MENGENAI PERNIAGAAN INKLUSIF: “MELAKAR HALUAN BAGI KEMAKMURAN BERSAMA MENERUSI KETERANGKUMAN” (APEC WORKSHOP ON INCLUSIVE BUSINESS: “CHARTING THE PATH FOR SHARED PROSPERITY THROUGH INCLUSIVITY”) https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/hightlights/4745-bengkel-apec-mengenai-perniagaan-inklusif-melakar-haluan-bagi-kemakmuran-bersama-menerusi-keterangkuman-apec-workshop-on-inclusive-business-charting-the-path-for-shared-prosperity-through-inclusivity https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/hightlights/4745-bengkel-apec-mengenai-perniagaan-inklusif-melakar-haluan-bagi-kemakmuran-bersama-menerusi-keterangkuman-apec-workshop-on-inclusive-business-charting-the-path-for-shared-prosperity-through-inclusivity Hari Pertama (29 November 2022)

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menerusi SME Corp. Malaysia telah menganjurkan “APEC Workshop on Inclusive Business: Charting the Path for Shared Prosperity through Inclusivity” dari 29 - 30 November 2022 secara dalam talian. Bengkel ini bertujuan mempromosi Perniagaan Inklusif (IB) sebagai kerangka perniagaan mampan bagi memacu dan membangunkan semula ekonomi pasca COVID-19 dalam kalangan anggota ekonomi APEC. Bengkel ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

 

Bengkel pada hari pertama dimulakan dengan Ucapan Aluan oleh YBrs. Encik Rizal bin Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia diikuti dengan Ucap Utama oleh YBhg. Dato’ Suriani binti Dato’ Ahmad. Bengkel diteruskan dengan sesi Dialogue: Inclusive Business (IB) as the Changemaker bersama ahli panel yang mewakili sektor awam dan swasta yang membincangkan mengenai promosi dan advokasi IB. Berikut merupakan moderator dan Ahli Panel bagi sesi Dialogue: Inclusive Business (IB) as the Changemaker:

 

Moderator:
Ms. Marta Perez Cuso
Economic Affairs Officer, United Nations Economic and Social Commission for Asia and the Pacific (UNESCAP)

 

Ahli Panel:

  1. Dr. Christian Jahn, Executive Director, Inclusive Business Action Network (iBAN);
  2. Ms. Rozina Mat Rawi, Managing Director, METRIX Research Sdn. Bhd., Malaysia; dan
  3. Ms. Smita Jacob, Director - Policy, Asian Venture Philanthropy Network (AVPN), Singapore.

Tonton Ucapan Aluan oleh YBrs. Encik Rizal bin Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia


{youtube}4ODeQ4CHU5Y{/youtube}

 

 

Tonton Ucap Utama oleh YBhg. Dato’ Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi


{youtube}xAxgqAVT4u0{/youtube}

 

Tonton Sesi Dialogue: Inclusive Business (IB) as the Changemaker 


{youtube}mchdRbQj4i0{/youtube}

 

 

APEC1

APEC2

APEC3

 



 

 

]]>
masuzilani@smecorp.gov.my () Thu, 01 Dec 2022 15:40:00 +0800
MAJLIS GRADUASI PROGRAM GROWBIZ https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/hightlights/4735-majlis-graduasi-program-growbiz https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/hightlights/4735-majlis-graduasi-program-growbiz SME Corp. Malaysia telah menganjurkan Majlis Graduasi Program GrowBiz yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada 9 November 2022 di Dewan Mahkota, SME Corp. Malaysia. Majlis ini bertujuan untuk meraikan dan memberi pengiktirafan kepada 50 orang peserta Program GrowBiz yang telah berjaya menamatkan Program yang mengambil masa setahun.

Program GrowBiz merupakan salah satu inisiatif di bawah Program Pembangunan Perniagaan Usahawan Mikro (BizME) khusus bagi meningkatkan pengetahuan dan memberi bimbingan kepada peserta dalam kalangan perusahaan mikro dari seluruh negara untuk menaiktaraf perniagaan mereka daripada syarikat bersaiz mikro kepada kecil di samping meningkatkan kecekapan dan produktiviti syarikat. Program perintis ini dilaksanakan oleh Rakan Pelaksana yang dilantik iaitu Entrepreneur Culture Incorporated Sdn. Bhd. (ECI) menggunakan pendekatan hand holding ke atas perusahaan mikro yang merangkumi elemen latihan, coaching dan pemantauan untuk membimbing perusahaan mikro meningkatkan perniagaan mereka ke tahap seterusnya.

YBrs. Encik Rizal bin Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia telah menyampaikan Ucapan Aluan dalam Majlis ini diikuti dengan Amanat oleh YBhg. Dato’ Suriani binti Dato’ Ahmad seterusnya Majlis Penyampaian Skrol Graduasi kepada peserta Program GrowBiz.

G1

G2

G3

G4

G5

]]>
masuzilani@smecorp.gov.my () Fri, 11 Nov 2022 08:37:42 +0800
Sesi Bicara Niaga Khas: “Perniagaan Inklusif: Komuniti B40 Pelengkap Rantaian Nilai” https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/hightlights/4706-sesi-bicara-niaga-khas-perniagaan-inklusif-komuniti-b40-pelengkap-rantaian-nilai https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/hightlights/4706-sesi-bicara-niaga-khas-perniagaan-inklusif-komuniti-b40-pelengkap-rantaian-nilai Sesi Bicara Niaga Khas: “Perniagaan Inklusif: Komuniti B40 Pelengkap Rantaian Nilai” merupakan sesi perbincangan interaktif antara Ahli Panel mengenai mekanisma dan bagaimana Perniagaan Inklusif (IB) mengintegrasikan PMKS dalam rantaian nilai / rantaian bekalan syarikat, menggalakkan penglibatan serta akses kepada pasaran, kewangan dan pembangunan kemahiran. Sesi ini turut menampilkan dua Syarikat Prinsipal Perniagaan Inklusif (SP-IB) yang dilantik untuk melaksanakan Projek Rintis Inisiatif Pembangunan Rantaian Nilai Perniagaan Inklusif (IB-VCDI) serta salah seorang Ketua Kelompok usahawan bimbingan Serai Malaya Sdn. Bhd.. Moderator dan Ahli Panel bagi Sesi Bicara Niaga Khas adalah:

Moderator:
En. Mohd. Shahriza Sulaiman, Timbalan Pengarah, Bahagian Pemantauan Dasar dan Pembangunan Inklusif, SME Corp. Malaysia

Ahli Panel:
1. En. Azmi Zainal, Ketua Pegawai Operasi, Farm Fresh Berhad;

2. En. Johari Abu Kasim, Pengarah Urusan Kumpulan, Star Medik Sdn. Bhd.; &

3. En. Md Zulkhairi Ismail, Ahli Lembaga Pengarah, Agrosel Selangor Berhad (usahawan bimbingan Serai Malaya Sdn. Bhd.)

 

Tonton rakaman video Sesi Bicara Niaga Khas  


{youtube}YBo_c315pP4{/youtube}

 

 

K1

  Sesi Bicara Niaga Khas: “Perniagaan Inklusif: Komuniti B40 Pelengkap Rantaian Nilai”
(Dari kiri): Moderator - En. Mohd. Shahriza Sulaiman, Timbalan Pengarah, Bahagian Pemantauan Dasar dan Pembangunan Inklusif, SME Corp. Malaysia; Ahli Panel 1. En. Azmi Zainal, Ketua Pegawai Operasi, Farm Fresh Berhad; Ahli Panel 2. En. Johari Abu Kasim, Pengarah Urusan Kumpulan, Star Medik Sdn. Bhd.; dan  Ahli Panel 3.  En. Md Zulkhairi Ismail, Ahli Lembaga Pengarah, Agrosel Selangor Berhad (usahawan bimbingan Serai Malaya Sdn. Bhd.).

 

K2

  En. Azmi Zainal, Ketua Pegawai Operasi, Farm Fresh Berhad berkongsikan pengalaman beliau bidang penghasilan produk tenusu bersama Farm Fresh - dari skala kecil, membangunkan syarikat menerusi amalan Perniagaan Inklusif (IB) sehingga berjaya ke peringkat penyenaraian syarikat di Papan Utama Bursa Malaysia.

 

K3

  En. Johari Abu Kasim, Pengarah Urusan Kumpulan, Star Medik Sdn. Bhd. berkongsikan kisah perjalanan Kumpulan Star Medik yang bermula sebagai sebuah PKS dalam sektor pembuatan peranti perubatan, seterusnya memperluaskan perniagaan ke dalam sektor berlainan sehingga tertubuhnya anak syarikat baharu iaitu Serai Malaya Sdn. Bhd. sebagai wadah untuk melibatkan komuniti inklusif dalam rantaian nilai Perniagaan Inklusif (IB).

 

K4

  En. Md Zulkhairi Ismail, Ahli Lembaga Pengarah, Agrosel Selangor Berhad (usahawan bimbingan Serai Malaya Sdn. Bhd.) berkongsikan pengalaman dan penglibatan beliau selaku salah seorang Ketua Kelompok dalam penanaman dan penjualan serai secara pukal dan berterusan kepada Serai Malaya Sdn. Bhd. menerusi konsep penanaman berkelompok.

 

K5

  Moderator dan Ahli Panel Sesi Bicara Niaga Khas: “Perniagaan Inklusif: Komuniti B40 Pelengkap Rantaian Nilai” bergambar bersama setelah selesai Sesi Bicara Niaga Khas.

 

 

]]>
masuzilani@smecorp.gov.my () Mon, 22 Aug 2022 15:30:30 +0800
Sesi Bicara Niaga 3: “Menangani Cabaran Sosial menerusi Bisnes – Inklusifkah Kita?” https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/hightlights/4705-sesi-bicara-niaga-3-menangani-cabaran-sosial-menerusi-bisnes-inklusifkah-kita https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/hightlights/4705-sesi-bicara-niaga-3-menangani-cabaran-sosial-menerusi-bisnes-inklusifkah-kita Sesi Bicara Niaga 3: “Menangani Cabaran Sosial menerusi Bisnes – Inklusifkah Kita” menampilkan perkongsian maklumat dan pengalaman oleh ahli-ahli panel yang membincangkan mengenai inisiatif yang dilaksanakan sebagai usaha meningkatkan taraf hidup komuniti setempat. Antara inisiatif yang dilaksanakan termasuk sokongan pembangunan keusahawanan dan juga bantuan kewangan bagi memulakan perniagaan. Moderator dan Ahli Panel bagi Sesi Bicara Niaga 3 adalah:

Moderator:
Puan Anja Juliah Abu Bakar, Presiden, Dewan Pembangunan Usahawan Sosial (CSED)

Ahli Panel:
1. Encik Imran Jamalul-Lail, Timbalan Pengarah, Bahagian Pembangunan Sosio-ekonomi, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
2. Puan Anita binti Ahmad, Ketua, Pembangunan Komuniti, Yayasan Hasanah
3. Puan Noraisah binti Osman (usahawan bimbingan Yayasan Hasanah)

 

Tonton rakaman video Sesi Bicara Niaga 3  


{youtube}XRuQvO5NFns{/youtube}

 

 

SBN3A

 

Sesi Bicara Niaga 3: “Menangani Cabaran Sosial menerusi Bisnes – Inklusifkah Kita?”.

(Dari kiri): Puan Anja Juliah Abu Bakar, Presiden Dewan Pembangunan Usahawan Sosial (CSED) selaku Moderator bersama Ahli Panel 1 - Encik Imran Jamalul-Lail, Timbalan Pengarah, Bahagian Pembangunan Sosio-ekonomi, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Ahli Panel 2 - Puan Anita binti Ahmad, Ketua, Pembangunan Komuniti, Yayasan Hasanah dan Ahli Panel 3 - Puan Noraishah Osman (usahawan bimbingan Yayasan Hasanah). 

 

SBN3B

 

Encik Imran Jamalul-Lail (JAKOA) menerangkan bagaimana JAKOA melaksanakan inisiatif-inisiatif dalam usaha meningkatkan taraf hidup Orang Asli.

 

SBN3C

 

Puan Anita binti Ahmad (Yayasan Hasanah) berkongsi maklumat tentang program-program pembangunan komuniti anjuran Yayasan Hasanah 

 

SBN3D

 

Puan Noraishah Osman (usahawan bimbingan Yayasan Hasanah) berkongsi pengalaman tentang bagaimana beliau bermula dari bawah hingga ke tahap sekarang.

 

SBN3E

 

Moderator dan Ahli-ahli Panel Sesi Bicara Niaga 3 bertajuk “Menangani Cabaran Sosial menerusi Bisnes – Inklusifkah Kita?”bergambar bersama setelah sesi selesai. 

 

 

 

 

 

 

]]>
masuzilani@smecorp.gov.my () Mon, 22 Aug 2022 15:15:59 +0800
Sesi Bicara Niaga 2: “Usahawan Wanita dan Belia – Berani Menggegar Dunia Bisnes” https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/hightlights/4704-sesi-bicara-niaga-2-usahawan-wanita-dan-belia-berani-menggegar-dunia-bisnes https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/hightlights/4704-sesi-bicara-niaga-2-usahawan-wanita-dan-belia-berani-menggegar-dunia-bisnes Sesi Bicara Niaga 2: “Usahawan Wanita dan Belia – Berani Menggegar Dunia Bisnes” menampilkan perkongsian maklumat dan pengalaman oleh ahli-ahli panel yang membincangkan mengenai bagaimana untuk menyerlahkan potensi usahawan wanita dan belia dalam dunia Perniagaan, seterusnya mampu berdaya saing dan berdaya tahan di peringkat domestik dan global.Berikut merupakan moderator dan Ahli Panel bagi Sesi Bicara Niaga 2:

Moderator:

YBhg. Dato’ Hjh Faridah Ab. Jabbar, Anggota Perbadanan, SME Corp. Malaysia

Ahli Panel:

1. YBrs. Dr. Zainah binti Shariff, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN)
2. Puan Norshahidawati binti Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Pembangunan Wanita (JPW)
3. Puan Rokiah Binti M Koyakutty, Pengarah Urusan, RMK Timur Qaseh Sdn. Bhd. (usahawan bimbingan USAHANITA)

 

Tonton rakaman video Sesi Bicara Niaga 2 


{youtube}CrnBs8bjvSc{/youtube}

 

 

SBN2A

 

 

Sesi Bicara Niaga 2: “Usahawan Wanita dan Belia Berani Menggegar Dunia Bisnes”. (Dari kiri) Moderator - YBhg. Dato’ Faridah Ab Jabbar,Anggota Perbadanan, SME Corp. Malaysia;

  • Ahli Panel 1 - YBrs. Dr. Zainah  Shariff, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN);
  • Ahli Panel 2 – Pn. Norshahidawati binti Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Pembangunan Wanita (JPW); dan
  • Ahli Panel 3 – Pn. Rokiah M Koyakutty, Pengarah Urusan, RMK Timur Qaseh Sdn. Bhd. (usahawan bimbingan USAHANITA).

 

SBN2B

 

YBrs. Dr. Zainah Shariff(JBSN) berkongsi mengenai peranan JBSN dalam membudayakan keusahawanan dalam kalangan belia seterusnya mengurangkan kadar pengangguran dan meningkatkan penciptaan pekerjaan.

 

SBN2C

 

Pn. Norshahidawati Abdullah (JPW) berkongsi mengenai peranan dan inisiatif JPW dalam memperkasa dan meningkatkan taraf hidup golongan wanita

 

SBN2D

 

Pn. Rokiah M Koyakutty(usahawan bimbingan USAHANITA) berkongsi pengalaman dan cabaran dalam perniagaan serta peranan persatuan dan agensi Kerajaan dalam pengembangan perniagaannya.

 

SBN2E

 

Moderator dan Ahli-ahli Panel Sesi Bicara Niaga 2: “Usahawan Wanita dan Belia – Berani Menggegar Dunia Bisnes” bergambar bersama setelah selesai sesi. 

 

 

]]>
masuzilani@smecorp.gov.my () Mon, 22 Aug 2022 14:49:30 +0800
Sesi Bicara Niaga 1: “Jom Digitalkan Perniagaan – Jimat Belanja, Untung Berganda” https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/hightlights/4703-sesi-bicara-niaga-1-jom-digitalkan-perniagaan-jimat-belanja-untung-berganda https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/hightlights/4703-sesi-bicara-niaga-1-jom-digitalkan-perniagaan-jimat-belanja-untung-berganda Sesi Bicara Niaga 1: “Jom Digitalkan Perniagaan – Jimat Belanja, Untung Berganda”menampilkan perkongsian maklumat dan pengalaman oleh ahli-ahli panel yang membincangkan mengenai kepentingan digitalisasi dalam dunia perniagaan pada hari ini dan insiatif yang disediakan serta strategi yang boleh diambil oleh usahawan untuk mengadaptasi digitalisasi. Moderator dan Ahli Panel bagi Sesi Bicara Niaga 1 adalah seperti berikut:

Moderator:

Encik Wan Arjunawan Bin Wan Halim (Coach Wan), Ketua Pegawai Eksekutif, Entrepreneur Culture Incorporated Sdn. Bhd. (ECI)

 

Ahli Panel:

  • Encik Djuan Onn Bin Abdul Rahman, Pengarah, Akademi Usahawan Mikro (AUM)
  • Encik Mohd Azian Bin Abu Samah, Pengurus, Mikro Kewangan, Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Puan Ezharani Ezreen Binti Jamhari, Pengasas, Aladdin Carpet Flooring (usahawan bimbingan BSN)

 

Tonton rakaman video Sesi Bicara Niaga 1


{youtube}NmWGsrWb-AM{/youtube}

 

 

SBN1A

  


Sesi Bicara Niaga 1:
“Jom Digitalkan Perniagaan – Jimat Belanja, Untung Berganda”. (Dari kiri) Moderator - Encik Wan Arjunawan Bin Wan Halim (Coach Wan), Ketua Pegawai Eksekutif, Entrepreneur Culture Incorporated Sdn. Bhd. (ECI); Ahli Panel 1 – Encik Djuan Onn Bin Abdul Rahman, Pengarah, Akademi Usahawan Mikro (AUM); Ahli Panel 2 – Encik Mohd Azian Bin Abu Samah, Pengurus, Mikro Kewangan, Bank Simpanan Nasional (BSN); dan Ahli Panel 3 – Puan Ezharani Ezreen Binti Jamhari, Pengasas, Aladdin Carpet Flooring (usahawan bimbingan BSN).

 

SBN1B

  


Encik
Djuan Onn Bin Abdul Rahman (AUM) menerangkan bagaimana digitalisasi memberi manfaat kepada para usahawan dan langkah yang perlu diambil untuk mempersiapkan diri mereka dalam era digitalisasi.

 

SBN1C

  


Encik Mohd Azian Bin Abu Samah (BSN)
berkongsi mengenai peranan dan inisiatif yang disediakan oleh BSN dalam membantu usahawan mendigitalisasi perniagaan.

 

SBN1D

     Puan Ezharani Ezreen Binti Jamhari (Aladdin Carpet Flooring) berkongsi pengalaman beliau tentang strategi yang perlu diambil oleh usahawan untuk mengembangkan perniagaan melalui digitalisasi

 

SBN1E

  

Moderator dan Ahli-ahli Panel Sesi Bicara Niaga 1: “Jom Digitalkan Perniagaan – Jimat Belanja, Untung Berganda” bergambar bersama setelah selesai sesi. 

 

 

 

 

 

]]>
masuzilani@smecorp.gov.my () Wed, 03 Aug 2022 10:13:42 +0800
Majlis Perasmian Program Jelajah Usahawan Inklusif (JUI) 2022 Zon Tengah & Kick-off Projek Rintis Inisiatif Pembangunan Rantaian Nilai Perniagaan Inklusif https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/hightlights/4702-majlis-perasmian-program-jelajah-usahawan-inklusif-jui-2022-zon-tengah-kick-off-projek-rintis-inisiatif-pembangunan-rantaian-nilai-perniagaan-inklusif https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/hightlights/4702-majlis-perasmian-program-jelajah-usahawan-inklusif-jui-2022-zon-tengah-kick-off-projek-rintis-inisiatif-pembangunan-rantaian-nilai-perniagaan-inklusif SME Corp. Malaysia telah menganjurkan Program Jelajah Usahawan Inklusif (JUI) 2022 Zon Tengah & Kick-Off Projek Rintis Inisiatif Pembangunan Rantaian Nilai Perniagaan Inklusif (IB-VCDI) pada 2 Ogos 2022 di Dewan Mahkota, SME Corp. Malaysia. Objektif Program Jelajah Usahawan Inklusif (JUI) 2022 adalah untuk memberi inspirasi kepada komuniti inklusif secara amnya terutama yang terkesan akibat COVID-19 untuk bangkit semula dan membina kembali perniagaan mereka. Majlis Perasmian Program ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

 

Bersempena dengan Majlis Perasmian Program Jelajah Usahawan Inklusif (JUI) 2022 Zon Tengah ini, kick-off bagi projek rintis Inisiatif Pembangunan Rantaian Nilai Perniagaan Inklusif (IB-VCDI) turut diadakan. Projek rintis ini bertujuan untuk membangunkan perusahaan mikro serta komuniti inklusif berpotensi termasuk B40, wanita, belia, OKU, Orang Asli dan sebagainya bagi menjana pendapatan secara diintegrasikan dalam rantaian nilai atau rantaian bekalan. SME Corp. Malaysia telah melantik empat Syarikat Prinsipal Perniagaan Inklusif (SP-IB) yang terdiri daripada syarikat tersenarai awam dan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) untuk melaksanakan Projek Rintis Inisiatif Pembangunan Rantaian Nilai Perniagaan Inklusif, SP-IB tersebut adalah:

  • Farm Fresh Berhad menerusi “Projek Pembangunan Usahawan IB Farm Fresh dan Principal Home-Dealer”;
  • Serai Malaya Sdn. Bhd. menerusi “Projek IB Serai Malaya";
  • Pepper Labs Sdn. Bhd. menerusi “Projek Rintis IB dalam Sektor F&B”; dan
  • Mostwell Sdn. Bhd. menerusi “Projek Keusahawanan IB menerusi Teknik Natural Dye dan Eco Printing”.

 

Tonton rakaman video Majlis Perasmian Program Jelajah Usahawan Inklusif (JUI) 2022 Zon Tengah & Kick-off Projek Rintis Inisiatif Pembangunan Rantaian Nilai Perniagaan Inklusif (IB-VCDI).


{youtube}enpTP0GkQQE{/youtube}

 

 

jui1

YBrs. Encik Rizal bin Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif, SME Corp. Malaysia menyampaikan Ucapan  Aluan

 

jui2

Ucapan Perasmian Program Jelajah Usahawan Inklusif (JUI) 2022 Zon Tengah &  Kick-Off Projek Rintis Inisiatif Pembangunan Rantaian Nilai Perniagaan Inklusif (IB-VCDI) oleh YBhg. Dato’ Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha, KUSKOP

 

jui3

Ketua Setiausaha KUSKOP bersama empat Syarikat Prinsipal IB yang dilantik

(Dari kiri) Pn. Parimalar Devi, Pengarah Projek, Pepper Labs Sdn. Bhd.; En. Johari Abu Kasim, Pengarah Urusan Kumpulan, Star Medik Sdn. Bhd.; YBhg. Dato’ Hjh Faridah binti Ab. Jabbar, Anggota Perbadanan SME Corp. Malaysia; YBhg. Dato' Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi; YBrs. Encik Rizal bin Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif, SME Corp. Malaysia; En. Azmi Zainal, Ketua Pegawai Operasi, Farm Fresh Berhad; dan Pn. Fully Chye Goet Lee, Pengarah Urusan, Mostwell Sdn. Bhd.  

 

jui4

Ketua Setiausaha KUSKOP melawat reruai mini Farm Fresh Berhad diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia, Anggota Perbadanan SME Corp. Malaysia dan En. Azmi Zainal,
Ketua Pegawai Operasi, Farm Fresh Berhad

 

jui5

Ketua Setiausaha KUSKOP melawat reruai mini Serai Malaya Sdn. Bhd. diiringi oleh Anggota Perbadanan SME Corp. Malaysia dan En. Johari Abu Kasim, Pengarah Urusan Kumpulan, Star Medik Sdn. Bhd.

 

jui6

Ketua Setiausaha KUSKOP melawat reruai mini Mostwell Sdn. Bhd.  diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia, Anggota Perbadanan SME Corp. Malaysia, dan Pn. Fully Chye Goet Lee, Pengarah Urusan, Mostwell Sdn. Bhd.  

 

jui7

Ketua Setiausaha KUSKOP melawat reruai mini Pepper Labs Sdn. Bhd. diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia dan Pn. Parimalar Devi, Pengarah Projek, Pepper Labs Sdn. Bhd. 

 

 

 

]]>
masuzilani@smecorp.gov.my () Wed, 03 Aug 2022 08:59:00 +0800
Majlis Penutup Program Women Beauty Preneur https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/hightlights/4701-majlis-penutup-program-women-beauty-preneur https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/hightlights/4701-majlis-penutup-program-women-beauty-preneur Tarikh: 30 Jun 2022 (Khamis)
Tempat: Spaceseven Setia Avenue, Setia Alam, Shah Alam, Selangor

 

Di bawah Program Micro Connector oleh SME Corp. Malaysia, Akademi Kecantikan Artistik Diyana selaku salah satu Rakan Penyedia Perkhidmatan telah mengadakan Majlis Penutupan Program Women Beauty Preneur pada 30 Jun 2022. Program ini telah melatih 400 orang peserta wanita yang terdiri daripada golongan belia, B40 dan orang kurang upaya untuk memperoleh kemahiran dalam bidang kecantikan dan seterusnya menjana pendapatan menerusi aktiviti keusahawanan..

 

Para peserta Program Women Beauty Preneur mempelajari mengenai teknik dan kemahiran solekan khusus seperti solekan siang, solekan pengantin, solekan untuk majlis makan malam, rawatan kuku dan wajah serta etika profesional, amalan keselamatan dan kebersihan salun, selain pemasaran digital. Majlis Penutupan ini telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Rizal bin Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif, SME Corp. Malaysia.

 

1

Ucapan aluan oleh Pn. Dyana Sofia, Ketua Pegawai Eksekutif, Akademi Kecantikan Artistik Diyana pada Majlis Penutupan Program Women Beauty Preneur.

 

2

YBrs. En. Rizal bin Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif, SME Corp. Malaysia menyampaikan ucapan ketika Majlis Penutupan Program Women Beauty Preneur.

 

3

 

4

YBrs. En. Rizal bin Nainy, CEO, SME Corp. Malaysia menandatangani plak sambil diisaksikan oleh Pn. Dyana Sofia, CEO, Akademi Kecantikan Artistik Diyana

 

5

 

6

YBrs. En. Rizal bin Nainy, CEO, SME Corp. Malaysia menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta diiringi oleh Pn. Dyana Sofia, CEO, Akademi Kecantikan Artistik Diyana, YBhg. Dato’ Hajah Faridah Ab. Jabbar, Ahli Perbadanan SME Corp. Malaysia dan Pn. Safiah Abbas, Pengasas, Akademi Kecantikan Artistik Diyana.

 

7

 

8

 

9

 

10

 YBrs. En. Rizal bin Nainy, CEO, SME Corp. Malaysia melawat premis baharu Akademi Kecantikan Artistik Diyana.

 

11

12

 

13

 Tetamu, jemputan dan peserta pada Majlis Penutupan Program Women Beauty Preneur.

 

 

]]>
masuzilani@smecorp.gov.my () Fri, 01 Jul 2022 08:25:00 +0800
Penyampaian Simbolik Geran Pembiayaan Kepada Rakan Penyedia Perkhidmatan Berstatus Perusahaan Sosial Bersempena Dengan Majlis Pelancaran Rangka Tindakan Keusahawanan Sosial Malaysia 2030 (SEMy2030) https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/hightlights/4645-penyampaian-simbolik-geran-pembiayaan-kepada-rakan-penyedia-perkhidmatan-berstatus-perusahaan-sosial-bersempena-dengan-majlis-pelancaran-rangka-tindakan-keusahawanan-sosial-malaysia-2030-semy2030 https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/hightlights/4645-penyampaian-simbolik-geran-pembiayaan-kepada-rakan-penyedia-perkhidmatan-berstatus-perusahaan-sosial-bersempena-dengan-majlis-pelancaran-rangka-tindakan-keusahawanan-sosial-malaysia-2030-semy2030 Tarikh: 23 April 2022 (Sabtu)
Tempat: LaLaport Bukit Bintang City Centre, Kuala Lumpur

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menerusi SME Corp. Malaysia telah melaksanakan 12 projek berteraskan perusahaan sosial (SE) melalui dua (2) program iaitu Program Peningkatan Perusahaan Sosial Asas dan Program Micro Connector. Ini merupakan salah satu inisiatif bagi membantu komuniti inklusif termasuk golongan B40, belia, wanita, orang kelainan upaya (OKU), bekas banduan, Orang Asli dan sebagainya bagi menjana pendapatan menerusi aktiviti keusahawanan.

Pelaksanaan projek berteraskan perusahaan sosial bagi tahun 2021 dan 2022 ini memberi manfaat kepada 490 orang peserta menerusi latihan dan bimbingan berbentuk kemahiran kompetitif dan kemahiran teknikal yang disediakan oleh 12 Rakan Penyedia Perkhidmatan berstatus SE yang dilantik.

Bersempena dengan Majlis Pelancaran Rangka Tindakan Keusahawanan Sosial Malaysia 2030 (SEMy2030) oleh KUSKOP, SME Corp. Malaysia telah memberikan pengiktirafan kepada kesemua Rakan Penyedia Perkhidmatan yang terlibat dengan penyampaian simbolik geran pembiayaan sebagai tanda penghargaan yang telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

1

Ucapan Aluan oleh YB Tan Sri Noh bin Haji Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada Majlis Pelancaran SEMy2030.

 

2

YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri menyampaikan Ucapan pada Majlis Pelancaran SEMy2030.

 

3

YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob melancarkan SEMy2030 dan disaksikan oleh YB Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Ketua Setiausaha KUSKOP, YBhg. Dato’ Suriani Dato’ Ahmad.

 

4

YAB Perdana Menteri menyerahkan simbolik geran pembiayaan kepada En. Wan Hasaharizan bin Wan Hussain, Pengarah Urusan, IBOSS Innovatives Sdn. Bhd. yang melaksanakan “Projek Keusahawanan Bisnes Ekonomi Gig untuk OKU & B40”

 

5

YAB Perdana Menteri menyerahkan simbolik geran pembiayaan kepada En. Atar Singh a/l S Jarnail Singh, Pengarah Urusan, Infinite Minds Academy Sdn. Bhd. yang melaksanakan “Kursus Memperkasa Belia Kurang Upaya dalam Bidang Ekonomi Gig”

 

6

YAB Perdana Menteri menyerahkan simbolik geran pembiayaan kepada Pn. Nurlina binti Hussin, Ketua Pegawai Operasi, Inspiracomm Sdn. Bhd. yang melaksanakan “Projek Kemahiran Keusahawanan Belia Orang Asli”

 

7

YAB Perdana Menteri menyerahkan simbolik geran pembiayaan kepada wakil Riverside Travel & Tours Sdn. Bhd. yang melaksanakan “Projek Bimbingan Keusahawanan Eko-pelancongan”.

 

8

YAB Perdana Menteri menyerahkan simbolik geran pembiayaan kepada Pn. Nur’ Atirah binti Razali, Pengarah, Superb Innovative Skills Sdn. Bhd. yang melaksanakan “Projek Jahitan Jaya PKS 1.0”

 

9

YAB Perdana Menteri menyerahkan simbolik geran pembiayaan kepada wakil Blair & Associates Sdn. Bhd. yang melaksanakan “Projek Bimbingan Keusahawanan Produk Batik”.

 

10

YAB Perdana Menteri menyerahkan simbolik geran pembiayaan kepada wakil Fly Technology Agriculture Sdn. Bhd. yang melaksanakan “Projek Makanan Serangga Borneo”.

 

11

YAB Perdana Menteri menyerahkan simbolik geran pembiayaan kepada Pn. Yap Sue Yii, Pengarah Urusan Rodrell Sdn. Bhd. yang melaksanakan “Projek Kemahiran Kraf Berasaskan Kertas”.

 

12

YAB Perdana Menteri menyerahkan simbolik geran pembiayaan kepada En. Khairul Hakimin bin Sahariman, Pengarah Urusan, Kampungstay Holiday Sdn. Bhd. yang melaksanakan “Projek Peningkatan Pelancongan Luar Bandar”.

 

13

YAB Perdana Menteri menyerahkan simbolik geran pembiayaan kepada Pn. Zamzana binti Mohd Arifin, Pengarah Urusan, Win Quaters Sdn. Bhd. yang melaksanakan “Kursus Terapis Postnatum Profesional dan Berinovasi Sosial Pantangplus”.

 

14

YAB Perdana Menteri menyerahkan simbolik geran pembiayaan kepada wakil Pepper Labs Sdn. Bhd. yang melaksanakan kursus “Memperkasa Komuniti B40 menerusi Pendigitalan dalam F&B”.

 

15

YAB Perdana Menteri menyerahkan menyerahkan simbolik geran pembiayaan kepada wakil Saora Industries Sdn. Bhd. yang melaksanakan projek “Pertanian Pintar Bandar”.

 

16

Rakan Penyedia Perkhidmatan berstatus SE bergambar bersama Dato' Sri Syed Hussien Al Habshee, Pengerusi, SME Corp. Malaysia (enam dari kanan) dan En. Rizal bin Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia (lima dari kanan) selepas Majlis Pelancaran SEMy2030.

 

 

]]>
masuzilani@smecorp.gov.my () Tue, 10 May 2022 10:57:46 +0800
Majlis Pelancaran Program Women Netpreneur 2022 https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/hightlights/4643-majlis-pelancaran-program-women-netpreneur-2022 https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/hightlights/4643-majlis-pelancaran-program-women-netpreneur-2022 Program Women Netpreneur yang dianjurkan dengan kerjasama Gorgeous Geeks adalah disokong oleh SME Corp. Malaysia menerusi Program Micro Connector. Matlamat Women Netpreneur adalah untuk menyediakan peluang kepada usahawan wanita dan perusahaan mikro untuk memperoleh kemahiran baharu terutamanya berkaitan e-dagang dan seterusnya menjalankan perniagaan secara dalam talian.


Sejak mula dianjurkan pada tahun 2017 sehingga kini, seramai 2,740 usahawan wanita telah memperoleh manfaat daripada Program ini. Bagi tahun 2022, Majlis Pelancaran Program Women Netpreneur telah disempurnakan oleh YBrs. En. Rizal Bin Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif, SME Corp. Malaysia pada 25 April 2022 di Dewan Mahkota, SME Corp. Malaysia. Majlis ini. Bersempena dengan majlis ini, Sesi Dialog Kisah Kejayaan bersama Peserta Program Women Netpreneur 2021 juga turut diadakan bagi berkongsi pengalaman peserta dalam meningkatkan perniagaan mereka setelah menyertai Women Netpreneur.

 

1

2

En. Rizal bin Nainy, CEO, SME Corp. Malaysia menyampaikan ucapan pada Majlis Pelancaran Program Women Netpreneur 2022

 

3

Sesi Dialog Kisah Kejayaan bersama Peserta Program Women Netpreneur 2021: Dari kiri, Moderator - Cik Nurul Adiba Batrisyia Mohd Suhaimi, Pembantu Pegawai Perangkaan, Jabatan Perangkaan Malaysia; Ahli Panel 1 - Cik Nabilah Mohd Aziz, Penjual Semula, Belacan Power; dan Ahli Panel - 2 Puan Noor Nisrinah Ibrahim, Pengarah, Zipline Shah Alam.


4
5

En. Rizal bin Nainy, CEO, SME Corp. Malaysia melancarkan Program Women Netpreneur 2022 dan diisaksikan oleh Pn. Julia Koh, Presiden, Gorgeous Geeks.

6
7

Sesi Penyampaian Sijil Penghargaan dan Cenderahati kepada Ahli Panel Sesi Dialog Kisah Kejayaan bersama Peserta Program Women Netpreneur 2021.


89

Para tetamu yang hadir pada Majlis Pelancaran Program Women Netpreneur 2022

]]>
masuzilani@smecorp.gov.my () Tue, 10 May 2022 09:21:56 +0800
Majlis Perasmian Program Pencinta Kecantikan Menjana Pendapatan https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/hightlights/4609-majlis-perasmian-program-pencinta-kecantikan-menjana-pendapatan https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/hightlights/4609-majlis-perasmian-program-pencinta-kecantikan-menjana-pendapatan Di bawah Program Micro Connector oleh SME Corp. Malaysia, Tri-D Event and Management Sdn. Bhd. selaku salah satu Rakan Penyedia Perkhidmatan telah mengadakan Majlis Perasmian Program Pencinta Kecantikan Menjana Pendapatan pada 28 Mac 2022. Program ini yang melatih perusahaan mikro dan komuniti inklusif terutamanya golongan wanita, ibu tunggal serta B40 untuk memperoleh kemahiran dalam bidang kecantikan dan seterusnya menjana pendapatan menerusi aktiviti keusahawanan adalah merupakan kesinambungan daripada Program Sentuhan Kecantikan Menjana Pendapatan yang telah diadakan pada tahun lepas.

 

Para peserta Program Pencinta Kecantikan Menjana Pendapatan diajar dan didedahkan dengan teknik solekan lanjutan (advance makeup), solekan pentas (stage makeup), solekan kesan khas (special effects makeup) dan solekan hijab serta tutorial turban oleh beberapa jurusolek profesional yang terkenal seperti Sheila Muhamad, Tym Fatimah dan El Manda Zuhairy. Majlis Perasmian ini telah disempurnakan oleh YBrs. En. Rizal bin Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif, SME Corp. Malaysia.

 

1

En. Rizal bin Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif, SME Corp. Malaysia naik ke pentas diiringi oleh Pn. Hjh. Sarina Sharif, Pengarah Urusan, Tri-D Event and Management Sdn. Bhd.

 

2

Tetamu Kehormat Majlis Perasmian Program Pencinta Kecantikan Menjana Pendapatan En. Rizal bin Nainy, CEO, SME Corp. Malaysia (tengah) bersama Pn. Hjh. Sarina Sharif, Pengarah Urusan (kiri) dan Pn. Reen Desa, Pengarah Eksekutif (kanan), Tri-D Event and Management Sdn. Bhd.

 

3

Ucapan aluan oleh Pn. Hjh. Sarina Sharif, Pengarah Urusan, Tri-D Event and Management Sdn. Bhd. pada Majlis Perasmian Program Pencinta Kecantikan Menjana Pendapatan.

 

4 5

En. Rizal bin Nainy, CEO, SME Corp. Malaysia menyampaikan ucapan ketika Majlis Perasmian Program Pencinta Kecantikan Menjana Pendapatan.

 

6

En. Rizal bin Nainy, CEO, SME Corp. Malaysia menandatangani plak perasmian sambil diisaksikan oleh Pn. Hjh. Sarina Sharif, Pengarah Urusan (kanan) dan Pn. Reen Desa, Pengarah Eksekutif (kiri), Tri-D Event and Management Sdn. Bhd.

 

7

8

Para peserta Program Pencinta Kecantikan Menjana Pendapatan diajar mengenai teknik solekan kesan khas (special effects makeup).

 

9

11

En. Rizal bin Nainy, CEO, SME Corp. Malaysia melawat reruai Pn. Dasyariwani Sariah iaitu salah seorang peserta ‘Program Sentuhan Kecantikan Menjana Pendapatan’ tahun lalu yang telah berjaya meningkatkan pendapatan dan meluaskan rangkaian perniagaannya menerusi produk kosmetik keluaran syarikatnya sendiri.

 

12

 

13

Tetamu, jemputan dan peserta pada Majlis Perasmian Program Pencinta Kecantikan Menjana Pendapatan.

 

]]>
masuzilani@smecorp.gov.my () Wed, 06 Apr 2022 15:43:21 +0800
Majlis Perasmian Program Kemahiran Terapis Sentuh Bina Mula Berjaya https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/hightlights/4608-majlis-perasmian-program-kemahiran-terapis-sentuh-bina-mula-berjaya https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/hightlights/4608-majlis-perasmian-program-kemahiran-terapis-sentuh-bina-mula-berjaya Tarikh:  22 Mac 2022
Tempat: Petaling Jaya

 

Sentuh Sinergi Sdn. Bhd. selaku salah satu Rakan Penyedia Perkhidmatan di bawah Program Micro Connector oleh SME Corp. Malaysia telah mengadakan Majlis Perasmian Program Kemahiran Terapis Sentuh Bina Mula Berjaya pada 22 Mac 2022. Program ini bertujuan untuk melatih komuniti inklusif terutamanya golongan wanita, ibu tunggal dan B40 untuk memperoleh kemahiran dalam bidang urutan serta penjagaan antenatal & postnatal dan seterusnya menjana pendapatan menerusi aktiviti keusahawanan. Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh Encik Rizal bin Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif, SME Corp. Malaysia.


1

Ucapan aluan oleh Encik Ahmad Aizudin Ahmad Anuar, Ketua Pegawai Eksekutif, Sentuh Sinergi Sdn. Bhd. pada Majlis Perasmian Program Kemahiran Terapis Sentuh Bina Mula Berjaya.

 

2

Encik Rizal bin Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif, SME Corp. Malaysia menyampaikan ucapan ketika Majlis Perasmian Program Kemahiran Terapis Sentuh Bina Mula Berjaya.

3

Encik Rizal bin Nainy, CEO, SME Corp. Malaysia menyampaikan Sijil Tamat Program dan menyerahkan kit permulaan kepada peserta diiringi oleh Encik Ahmad Aizudin Ahmad Anuar, CEO, Sentuh Sinergi Sdn. Bhd. (kanan) dan Puan Shazrina Azman (Mizznina), Pengerusi Yayasan Min Qalby (kiri) yang turut sama membiayai Program Kemahiran Terapis Sentuh Bina Mula Berjaya.

 

4

Peserta Program Kemahiran Terapis Sentuh Bina Mula Berjaya dibekalkan dengan kit permulaan peralatan urutan dan penjagaan antenatal & postnatal serta dibantu untuk onboarding ke platform SENTUH yang merupakan platform tempahan dalam talian bagi perkhidmatan kesihatan dan kecantikan yang disediakan oleh Sentuh Sinergi Sdn. Bhd.

 

5

Tetamu, jemputan dan peserta pada Majlis Perasmian Program Kemahiran Terapis Sentuh Bina Mula Berjaya.

 

 

]]>
masuzilani@smecorp.gov.my () Wed, 23 Mar 2022 08:20:00 +0800
Majlis Zakat Usahawan 2020 https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/hightlights/4053-majlis-zakat-usahawan-2020 https://smecorp.gov.my/index.php/en/resources/2015-12-21-10-55-22/hightlights/4053-majlis-zakat-usahawan-2020

Date                                   : 6 March 2020 (Friday)
Time                                   : 9.30am – 12.30pm
Venue                                 : Dewan Mahkota, SME Corp. Malaysia

 

SME Corp. Malaysia, an agency under the Ministry of Entrepreneur Development and Cooperatives (MEDAC) has collaborated with Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) to facilitate SMEs to pay their zakat on business. Following this collaboration, Majlis Zakat Usahawan 2020 was organised at Dewan Mahkota, SME Corp. Malaysia to encourage SMEs under the auspices of SME Corp. Malaysia to pay their business zakat at PPZ-MAIWP, as well as to provide the information in relation to business zakat to entrepreneurs who operates within the Federal Territory. In conjunction with the event, a zakat payment certificate was issued to all 20 SMEs who have paid their business zakat at PPZ-MAIWP totalling RM114,150.

 

Lafaz Akad by a company that have paid business zakat to Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).

 

Zakat submission & Zakat Certificate presentation session to the SMEs by YBrs. Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff, Chief Executive Officer, PPZ-MAIWP

 

Invited Speaker, Y.Brs. Ustaz Fauzi Mustafa delivered a talk on "Halal Haram Dalam Perniagaan”.

 

 

 

 

 

]]>
masuzilani@smecorp.gov.my () Mon, 09 Mar 2020 15:50:49 +0800