Bahasa: Lain-lain
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5

Dana Kecemasan PKS (SMEEF) 2.0

Dana Kecemasan PKS 2.0 (SMEEF 2.0) diperkenalkan oleh kerajaan  untuk membantu PKS yang terjejas teruk akibat bencana alam. Dana ini menyediakan pembiayaan pinjaman mudah untuk pembelian mesin dan peralatan, pembaikan premis, dan keperluan modal kerja seperti pembelian bahan mentah dan keperluan syarikat.

Dana ini disalurkan oleh Kerajaan Malaysia melalui SME Corporation Malaysia kepada MIDF untuk pelaksanaan.

Nota: PKS terjejas harus mengemukakan permohonan dalam masa 6 bulan dari tarikh kejadian.


Kelayakan
  • Menyediakan bukti mengalami bencana alam melalui surat yang dikeluarkan oleh pejabat daerah atau salinan laporan polis; dan
  • Mempunyai lesen premis yang sah yang dikeluarkan oleh majlis perbandaran (pihak berkuasa tempatan);
  • PKS yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 atau Ordinan Pendaftaran Perniagaan 1956;
  • Beroperasi dalam kawasan yang telah yang diisytiharkan sebagai kawasan bencana oleh Majlis Keselamatan Negara atau pejabat daerah. 


Jenis-jenis bencana alam

  • Kemarau;
  • Ribut;
  • Banjir;
  • Hakisan Pantai; atau
  • Tanah Runtuh

Sektor

  • Semua sektor ekonomi

Jumlah Pembiayaan

  • Minimum: RM 50,000
  • Maksimum: RM 100,000

Item Layak Untuk Pembiayaan

  • Mesin dan peralatan.
  • Membaik pulih premis.
  • Modal kerja untuk pembelian bahan mentah & keperluan


Peratusan Pembiayaan

  • Sehingga 100% dari harga kos
Tempoh pembiayaan
  • Sehingga 5 tahun termasuk tempoh moratarium selama 12 bulan

Definasi PKS

  • Sektor Pembuatan: Jualan tahunan tidak melebihi RM50 juta atau pekerja sepenuh masa tidak melebihi 200 orang
  • Sektor Perkhidmatan & Sektor Lain: Jualan tahunan syarikat tidak melebihi RM 20 juta atau pekerja sepenuh masa tidak melebihi 75 orang

Nota : Hanya syarikat didalam kategori Perusahaan Kecil & Sederahana boleh memohon pembiayaan SMEEF 2.0

Kelayakan Minimum

  • Jualan RM300,000 dan ke atas atau
  • Pekerja sepenuh masa - 5 orang dan ke atas
Muat turun brosur Dana Kecemasan PKS (SMEEF) 2.0 [PDF] 
Untuk butiran mengenai SMEEF 2.0, sila layari www.growyourbusiness.com.my.
Permohonan  SMEEF 2.0 secara dalam talian di https://biz.financing.growyourbusiness.midf.com.my/jaccess/m/
 
 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 1-300-30-6000
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

  medac  
Tekun2 SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  PUNB
   aim  

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI