Pada masa kini, sebahagian PKS adalah terdiri daripada entiti perniagaan kecil di mana 80% daripadanya adalah bersaiz mikro. Entiti kecil ini perlu memperkasakan keupayaan untuk bersaing dalam bidang pembuatan dan perkhidmatan yang semakin menuju ke arah liberalisasi bagi mengelakkan berlakunya kemerosotan syarikat dan untuk bersaing di pasaran antarabangsa.
ii. Penggabungan dan rasionalisasi dengan industri akan membantu membina keupayaan syarikat tempatan, antaranya adalah:
- Mendapatkan kakitangan berkualiti atau kemahiran tambahan, pengetahuan tentang industri atau sektor dan perniagaan lain
- Mengakses dana atau aset berharga untuk pembangunan baru
- Mengakses pangkalan data pelanggan yang lebih luas untuk meningkatkan pasaran
- Kepelbagaian produk, perkhidmatan dan prospek jangka panjang perniagaan
- Mengurangkan kos dan overhed melalui belanjawan pemasaran bersama, peningkatan kuasa beli dan kos yang lebih rendah.
Bagi mengalakkan penggabungan dan pengambilalihan di kalangan PKS, insentif yang bersesuaian ini ditawarkan kepada entiti yang bergabung.
Objektif
Garis panduan ini adalah untuk memberikan aliran proses berkaitan langkah-langkah yang diambil dalam memproses permohonan dan untuk mengesahkan kesahihan pelaksanaan penggabungan dan pengambilalihan syarikat.
Warta Kerajaan Persekutuan: Perintah Duti Setem (Pengecualian) (No. 18) 2021
Tempoh masa permohonan inisiatif pengecualian duti setem untuk surat cara berkaitan penggabungan dan pengambilalihan (M&A) PMKS dilanjutkan ke 30 Jun 2022 dan tarikh pelanjutan untuk kelulusan sehingga 31 Disember 2022