Bahasa: Lain-lain

Profil dan Kepentingan kepada Ekonomi

Banci pertama ke atas PKS di Malaysia telah dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada tahun 2005, berikutan arahan oleh Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan. Data daripada banci tersebut iaitu Banci Baseline bagi Pertubuhan dan Enterpris 2005 adalah bagi tahun rujukan 2003. Banci Ekonomi 2011 yang dilancarkan secara rasmi pada September 2012, adalah bagi tahun rujukan 2010 dan turut meliputi banci mengenai PKS. Menurut Banci Ekonomi 2011, PKS mencakupi 97.3% atau 645,136 daripada jumlah pertubuhan perniagaan pada tahun 2010.


Tumpuan PKS adalah dalam sektor perkhidmatan dengan 90% atau 580,985 pertubuhan. Sementara itu, 6% daripada jumlah PKS (37,861) adalah dalam sektor pembuatan, diikuti dengan 3% dalam sektor pembinaan (19,283) dan baki 1% (6,708) adalah dalam sektor pertanian dan 0.1% dalam sektor perlombongan dan pengkuarian.

 

profile BM

  • Dalam sektor perkhidmatan, sebahagian besar PKS adalah dalam subsektor perdagangan pengedaran (perkhidmatan perdagangan borong & runcit), termasuk pembaikan kenderaan bermotor dan motosikal, diikuti oleh perkhidmatan makanan dan minuman serta perkhidmatan pengangkutan & penyimpanan;
  • Dalam sektor pembuatan, sebahagian besar PKS terlibat dalam bidang pembuatan pakaian, produk makanan, logam rekaan & percetakan dan penerbitan semula media rakaman;
  • Dalam sektor pembinaan, kebanyakkan PKS terlibat dalam subsektor pertukangan khas, yang merangkumi kira-kira 40% daripada jumlah pertubuhan dalam sektor tersebut. Pertukangan khas merujuk kepada pembinaan sebahagian daripada bangunan dan kerja kejuruteraan awam tanpa melibatkan tanggungjawab ke atas keseluruhan projek;
  • Dalam sektor pertanian, sebahagian besar PKS adalah tertumpu dalam subsektor tanaman; dan
  • Dalam sektor perlombongan dan pengkuarian, sebahagian besar PKS terlibat dalam perniagaan pengkuarian batu.


Majoriti PKS merupakan perusahaan mikro, yang membentuk 77% daripada jumlah PKS di Malaysia pada tahun 2010. PKS bersaiz kecil merangkumi 20% manakala PKS bersaiz sederhana mencakupi baki sebanyak 3%. Perusahaan mikro tertumpu dalam sektor perkhidmatan dan merangkumi hampir 80% daripada PKS dalam sektor tersebut. Sebahagian besar PKS dalam sektor pembuatan dan pertanian juga adalah perusahaan mikro, iaitu mencakupi 57.1% dan 56.3% daripada jumlah PKS dalam sektor masing-masing. Dalam sektor pembinaan, taburan saiz PKS adalah agak sekata merentasi perusahaan bersaiz sederhana, kecil dan mikro. Sementara itu, pertubuhan bersaiz kecil dan sederhana merangkumi sebahagian besar PKS dalam sektor perlombongan dan pengkuarian.

 graf profile BM

 

 

Berdasarkan Banci 2011, Lembah Kelang (Selangor dan Kuala Lumpur) mencakupi hampir satu pertiga daripada jumlah PKS, diikuti oleh Johor dengan 10.7% dan Perak dengan 9.3%.

graf profile 2 BM

 

Kira-kira 19.7% daripada jumlah PKS diuruskan oleh wanita. Definisi PKS milikan wanita merujuk kepada perusahaan dengan 51% dan ke atas pemilikan ekuiti dipegang oleh wanita, atau Ketua Pegawai Eksekutif adalah wanita yang memiliki sekurang-kurangnya 10% ekuiti. PKS milikan wanita sebahagian besarnya tertumpu dalam sektor perkhidmatan (91.7%) disusuli oleh sektor pembuatan (6.9%). Wanita kurang terlibat dalam sektor pembinaan, pertanian dan perlombongan & pengkuarian.

 

 

pie chart profile


Sejak tahun 2004, pertumbuhan KDNK PKS secara konsisten melampaui pertumbuhan ekonomi keseluruhan. Dalam tempoh 2005-15, kadar pertumbuhan tahunan terkompaun purata (average compounded annual growth rate, CAGR) PKS adalah 7.0% iaitu lebih tinggi berbanding dengan CAGR ekonomi keseluruhan pada 4.9%. Hasilnya, sumbangan PKS kepada KDNK meningkat daripada 29.6% pada tahun 2005 kepada 36.3% pada tahun 2015.

        

Pada tahun 2015 juga, PKS menyumbang kepada 65.5% daripada keseluruhan guna tenaga dan 17.6% daripada keseluruhan eksport. Walaupun PKS menunjukkan prestasi positif kebelakangan ini, namun sumbangan PKS Malaysia kepada keseluruhan ekonomi secara relatifnya adalah kecil berbanding PKS di negara maju dan negara berpendapatan sederhana tinggi lain. Oleh yang demikian, Kerajaan telah melancarkan Pelan Induk PKS pada tahun 2012 dengan matlamat untuk menetapkan hala tuju pembangunan PKS seiring dengan aspirasi Malaysia untuk menjadi ekonomi berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Profil PKS berdasarkan Banci Ekonomi 2011

 

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan SME Corp. Malaysia

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur.

Talian Info: 1-300-30-6000
Talian Faks: 03-2775 6001

Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

  med    
Tekun2 SKM1  
output onlinepngtools Logo UDA 2020 SME Bank edit  
logo bankrakyat PNS LOGO White S protege1  

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI