Bahasa: Lain-lain

Program SME Co-Investment Partners (SCIP)

 

Program SME Co-Investment Partners (SCIP) adalah bertujuan untuk meningkatkan akses kepada pembiayaan bagi PKS, terutamanya pada peringkat awal perniagaan melalui penyediaan pembiayaan modal teroka. Program ini merupakan inisiatif pembiayaan di antara pihak Kerajaan dan sektor swasta dengan tujuan untuk menggalakkan pelabur swasta untuk melabur di dalam PKS yang berdaya maju. Pelaburan akan di buat dalam bentuk pinjaman, ekuiti ataupun hibrid kedua-duanya. Program ini disediakan kepada PKS dalam semua sektor termasuk firma tradisional yang mempunyai potensi pertumbuhan tinggi, berinovatif dan berkonsepkan perniagaan alaf baru. Program ini adalah lebih inklusif berbanding dengan pembiayaan modal teroka semasa, yang lebih tertumpu kepada syarikat berasaskan teknologi.

 

Kritera Kelayakan

Syarikat PKS yang berpotensi perlu memenuhi kriteria asas seperti berikut:

  • Telah memenuhi Definisi PKS *
  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 51% ekuiti Malaysia
  • Beroperasi antara 1 hingga 5 tahun sahaja
  • Telah mempamerkan peningkatan prestasi terutamanya dalam penjanaan pendapatan perniagaan dan  mempunyai daya tarikan bagi produk atau perkhidmatan syarikat di pasaran.

 

* Pautan : Definisi PKS [klik]

atau

Muat turun Definisi PKS  [klik]


Program Pelaburan PKS (SCIP), Sekilas Pandang

*PERHATIAN*  

PENDAFTARAN DITUTUP UNTUK SEMENTARA WAKTU
Pendaftaran untuk Program SME Co-Investment Partners (SCIP) kini DITUTUP UNTUK SEMENTARA WAKTU ekoran sambutan umum yang amat menggalakkan.

Pembukaan semula pendaftaran di masa akan datang akan diumumkan kelak melalui laman web dan media sosial rasmi SME Corp. Malaysia.

 

 

Pertanyaan

Info Line : 1300-30-6000
No. faks: 03-2775 6001
E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

Penafian :

Semua komitmen dan bantuan yang diberikan di bawah Program ini adalah tertakluk kepada ketersediaan dana. SME Corp. Malaysia berhak untuk menghentikan, menggantung, mengubah kandungan atau format program, pada bila-bila masa tanpa notis kepada sesiapa, serta boleh memaklumkan untuk segera menghentikan sebarang penggunaan maklumat khusus berkaitan dengan program ini. Di samping itu, kami berhak (atas budi bicara kami sendiri) untuk menggantung, menamatkan atau menyekat akses awam kepada program ini pada bila-bila masa untuk sebarang sebab. SME Corp Malaysia tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami oleh mana-mana pihak yang menyertai program ini.

 

AMARAN :

Memberikan maklumat palsu atau mengelirukan untuk tujuan penipuan ke atas SME Corp Malaysia adalah   jenayah di bawah Kanun Keseksaan dimana penalti adalah termasuk hukuman penjara, sebatan dan juga boleh dikenakan denda. Di samping itu, SME Corp. Malaysia boleh menafikan apa-apa faedah, ganjaran atau bantuan jika maklumat palsu dikaitkan dengan suatu permohonan.

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur.

Talian Info: 1-300-30-6000
Talian Faks: 03-2775 6001

Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

  med    
Tekun2 SKM1  
output onlinepngtools Logo UDA 2020 SME Bank edit  
logo bankrakyat PNS LOGO White S protege1  

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI