Program Galakan Eksport Bumiputera (GEB) bertujuan untuk meningkatkan bilangan PKS Bumiputera berprestasi tinggi dengan potensi untuk pasaran eksport, serta mewujudkan rangkaian dan rantaian bekalan dalam kalangan PKS Bumiputera.
PEMBIAYAAN GERAN BERSAMAAN Skop Pembiayaan Kriteria Kelayakan
NOTA: Keutamaan kepada produk dan perkhidmatan buatan MalaysiaPakej Bantuan Bersepadu
Ditawarkan oleh SME Corp. Malaysia
PEMBIAYAAN PINJAMAN MUDAH
Ditawarkan oleh Majlis Amanah Raya (MARA)
Jumlah Maksimum: RM5 juta
Kadar Keuntungan: 2%
Tempoh Pembiayaan: Maksimum 10 tahun
Tempoh Tangguh: 6 bulan
Skop Pembiayaan:
Cara Memohon
Permohonan boleh dihantar ke semua Pejabat Negeri SME Corp. Malaysia mengikut lokasi perniagaan syarikat.
Bagi Kuala Lumpur dan Selangor, permohonan boleh dihantar ke Ibu Pejabat SME Corp. Malaysia di Hab PKS, Aras 4, Blok B, Platinum Sentral, Kuala Lumpur.
Muat turun brosur Program Galakan Eksport Bumiputera (GEB) [PDF]Pertanyaan
SME Corp. Malaysia
Aras 4, Blok B, Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur
Talian Info: 1300-30-6000
Faks: 03-2775 6001
Emel Info: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Untuk makluman, permohonan baharu bagi geran di bawah Program Galakan Eksport Bumiputera (GEB) telah ditutup sementara sehingga dimaklumkan kelak. Walau bagaimanapun, permohonan Pinjaman Mudah masih dibuka dan permohonan boleh dikemukakan kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA).
PENAFIAN:
Semua komitmen dan bantuan yang diberikan di bawah Program ini adalah tertakluk kepada ketersediaan dana. SME Corp. Malaysia berhak untuk menghentikan atau menggantung Program, atau mengubah kandungan atau format Program, pada bila-bila masa tanpa notis kepada mana-mana pihak, serta menuntut pemberhentian segera sebarang penggunaan khusus Program ini. Di samping itu, kami berhak atas budi bicara kami untuk menggantung, menamatkan atau menyekat akses awam kepada Program ini pada bila-bila masa dan atas sebarang sebab. SME Corp. Malaysia tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami oleh mana-mana pihak yang menyertai Program ini.
SME Corp. Malaysia juga tidak pernah melantik juruperunding/pihak ketiga bagi syarikat mengisi dan mengemukakan permohonan di bawah program ini. Sekiranya didapati syarikat menggunakan juruperunding/pihak ketiga, SME Corp Malaysia berhak membatalkan/menarik balik permohonan syarikat secara automatik.
AMARAN:
Mengemukan maklumat palsu atau mengelirukan bagi tujuan memperdayakan SME Corp Malaysia adalah satu jenayah di bawah Kanun Keseksaan di mana penaltinya adalah termasuk hukuman penjara dan sebatan serta boleh dikenakan denda. Di samping itu, SME Corp. Malaysia boleh menidakkan apa-apa faedah, ganjaran atau bantuan jika maklumat palsu dikaitkan dengan suatu permohonan.
SME Corp. Malaysia juga ingin mengenengahkan mengenai Peruntukan di bawah Seksyen 17A Akta SPRM 2009 iaitu suatu peruntukan yang menetapkan prinsip liabiliti korporat yang mana organisasi komersial adalah melakukan suatu kesalahan jika mana-mana pekerja dan/atau pihak bersekutunya melakukan rasuah untuk faedah organisasi tersebut. Organisasi komersial tersebut boleh disifatkan bersalah dalam keadaan sama ada atau tidak, pihak pengurusan atasannya atau wakilnya tahu tentang kelakuan rasuah yang dilakukan oleh pekerja atau pihak bersekutunya.