Kami mengiktiraf nilai rangkaian yang bersistematik dan terbaik, iaitu mengenal pasti sinergi dan mewujudkan hubungan antara PKS dengan syarikat-syarikat besar, syarikat multinasional dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk peluang pertumbuhan menegak. SME Corp. Malaysia memperkenalkan Program Rangkaian Perniagaan (BLing) untuk mewujudkan peluang rantaian perniagaan melalui sesi padanan perniagaan yang dijalankan di acara-acara tahunan yang utama dan juga dengan memanfaatkan pelbagai platform dan peluang lain.