Bahasa: Lain-lain

Program Netpreneur Wanita

 

logoWNetpreneur

Program Women Netpreneur merupakan program anjuran SME Corp. Malaysia dengan objektif memastikan usahawan wanita sentiasa mengikuti perkembangan mengenai perubahan dalam landskap perniagaan yang muncul dan mengikut perkembangan dunia terkini seperti megatrend yang akan secara kekal mengubah perniagaan di seluruh dunia. Ini termasuk Industri 4.0, pendigitalan dan pertembungan teknologi, yang mendorong peningkatan dalam analitik data besar, e-dagang dan juga teknologi kewangan (fintech).

 

Program yang dijana pada tahun 2013 ini telah diperkenalkan semula pada tahun 2017 untuk memberi tumpuan kepada usaha dalam membantu usahawan wanita memulakan dan mengembangkan perniagaan secara dalam talian. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Gorgeous Geeks Malaysia bersama rakan strategik seperti Shopee, 11street, Lelong, Facebook, Buy Malaysia (MPay) dan Global Halal Data Pool.

 

Women Netpreneur 2020: Sesi Taklimat & Bengkel Penerapan e-Dagang

Sesi Taklimat & Bengkel Women Netpreneur yang bernilai sehingga RM250 setiap sesi ini ditaja oleh SME Corp. Malaysia untuk usahawan wanita dan komuniti B40.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai sesi taklimat, bengkel dan pendaftaran bagi program ini, sila layari: Women Netpreneur 2020: eCommerce Adoption Sessions & Workshops

 

NOTA:

Untuk menyertai Sesi Taklimat & Bengkel Women Netpreneur, sila serahkan dokumen MANDATORI seperti berikut ke Gorgeous Geeks Malaysia:

  • Salinan Kad Pengenalan (depan & belakang) ATAU
  • Salinan sijil pendaftaran syarikat (sijil SSM)

 

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur.

Talian Info: 1-300-30-6000
Talian Faks: 03-2775 6001

Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

  med    
Tekun2 SKM1  
output onlinepngtools Logo UDA 2020 SME Bank edit  
logo bankrakyat PNS LOGO White S protege1  

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI