Bahasa: Lain-lain

Program Pembangunan Kapasiti bagi Akses kepada Pembiayaan

Program Pembangunan Kapasiti bagi Akses kepada Pembiyaan merupakan satu intiatif bagi menyokong perniagaan peringkat awal dalam meningkatkan akses syarikat kepada pembiayaan melalui pemantapan pengetahuan, kemahiran dan daya saing yang khusus. Pada masa ini, PKS sentiasa menghadapi cabaran dalam mendapatkan pembiayaan untuk membangun atau mengembangkan perniagaan mereka disebabkan oleh isu-isu yang lazim, seperti had keupayaan kredit yang lemah, serta kurang pengetahuan dan sumber berkaitan syarat-syarat pembiayaan. Melalui program ini, para peserta akan diberi latihan dan bimbingan oleh Delivery Partners yang dilantik oleh SME Corp. Malaysia, bagi membantu syarikat mereka merapatkan jurang kelayakan untuk meningkatkan akses kepada sumber pembiayaan yang lebih meluas.

 

Objektif
Objektif program ini adalah untuk:  

  • Melengkapkan PKS dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk meningkatkan pengurusan kewangan dan perniagaan mereka
  • Meningkatkan kesediaan PKS untuk mendapatkan pembiayaan bagi membolehkan mereka mengukuhkan prospek dalam memperolehi pembiayaan / pelaburan konvensional dan alternatif / pengumpulan dana Pasaran LEAP setelah tamat program.

 

Skop Program
Fasa 1

  • Sesi latihan selama 40 Jam

Fasa 2

  • Sesi bimbingan dan pementoran selama 12 Jam

 

PKS yang terpilih WAJIB melengkapkan Fasa 1 dan Fasa 2 program ini dengan kehadiran penuh. Setelah selesai kedua-dua fasa tersebut, SME Corp. Malaysia akan melakukan pemantauan berasaskan hasil bagi tempoh enam (6) hingga dua belas (12) bulan untuk menilai kesediaan PKS untuk mendapatkan pembiayaan.

 

Kriteria Kelayakan

  • Memenuhi definisi PKS dan mempunyai pendaftaran status PKS
  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Sekurang-kurangnya 60% ekuiti warga Malaysia
  • Telah beroperasi sekurang-kurangnya enam (6) bulan hingga maksimum tiga (3) tahun dari tarikh penubuhan syarikat

 

Modul

Terdapat enam (6) modul wajib yang perlu diselesaikan oleh PKS:

  • Strategi Pengurusan Kewangan
  • Tadbir Urus Korporat dan SOP
  • Alat Perniagaan dan Pembangunan Bakat
  • Jualan dan Pemasaran dalam Ekonomi Digital
  • Penerapan Teknologi dan Inovasi
  • Kesetiausahaan, Pentadbiran, Undang-undang Syarikat dan Kewajipan Berkanun

 

Untuk pertanyaan:

Talian Info: 1300-30-6000
Talian Faks:  03-2775 6001
Emel Info: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

*PERHATIAN*  
PENDAFTARAN DITUTUP BUAT SEMENTARA WAKTU
Pendaftaran untuk Program Pembangunan Kapasiti bagi Akses kepada Pembiayaan kini ditutup buat sementara waktu.
Pembukaan semula pendaftaran di masa akan datang akan diumumkan kelak.

 

 

PENAFIAN:
Semua komitmen dan bantuan yang diberikan di bawah Program ini adalah tertakluk kepada ketersediaan dana. SME Corp. Malaysia berhak untuk menghentikan atau menggantung Program, atau mengubah kandungan atau format Program, pada bila-bila masa tanpa notis kepada mana-mana pihak, serta menuntut pemberhentian segera sebarang penggunaan khusus Program ini. Di samping itu, kami berhak atas budi bicara kami untuk menggantung, menamatkan atau menyekat akses awam kepada Program ini pada bila-bila masa dan atas sebarang sebab. SME Corp. Malaysia tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami oleh mana-mana pihak yang menyertai Program ini. 

 

AMARAN:
Mengemuka maklumat palsu atau mengelirukan bagi tujuan menipu SME Corp Malaysia adalah satu jenayah di bawah Kanun Keseksaan di mana penaltinya adalah termasuk hukuman penjara dan sebatan serta boleh dikenakan denda. Di samping itu, SME Corp. Malaysia boleh menidakkan apa-apa faedah, ganjaran atau bantuan jika maklumat palsu dikaitkan dengan suatu permohonan.

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 1-300-30-6000
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

  med    
Tekun2 SKM1  
output onlinepngtools Logo UDA 2020 SME Bank edit  
logo bankrakyat PNS LOGO White S protege1  

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI