Program SEAP@BEEP dan SEAP@GEB diperkenalkan untuk menyediakan perkhidmatan bimbingan dan khidmat nasihat teknikal kepada perusahaan mikro serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Bumiputera melalui Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) dan Program Galakan Eksport Bumiputera (GEB). Perkhidmatan bimbingan dan khidmat nasihat teknikal ini akan diberikan oleh SME Expert Advisory Panel (SEAP) yang merupakan pakar industri yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam pelbagai bidang.
Di bawah Program BEEP, pakar SEAP boleh memberi perkhidmatan bimbingan dan khidmat nasihat teknikal khusus dalam bidang pendigitalan, adaptasi teknologi, e-dagang, pensijilan kualiti dan pemasaran. Di bawah Program GEB pula, pakar SEAP boleh memberi perkhidmatan bimbingan dan khidmat nasihat teknikal khusus dalam bidang yang berkaitan dengan eksport seperti strategi untuk pasaran eksport, pemasaran & promosi luar negara, pensijilan kualiti dan pembangunan produk halal.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi urusetia program:
- En. Nik Syahril Nik Mahmood 03-2775 6167
- En. Tajul Ariffin Jamaluddin 03-2775 6213
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Bahagian Pembangunan Perniagaan Bumiputera
SME Corp. Malaysia
Aras 7, Blok C, Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur
PENAFIAN:
Semua komitmen dan bantuan yang diberikan di bawah Program ini adalah tertakluk kepada ketersediaan dana. SME Corp. Malaysia berhak untuk menghentikan atau menggantung Program, atau mengubah kandungan atau format Program, pada bila-bila masa tanpa notis kepada mana-mana pihak, serta menuntut pemberhentian segera sebarang penggunaan khusus Program ini. Di samping itu, kami berhak atas budi bicara kami untuk menggantung, menamatkan atau menyekat akses awam kepada Program ini pada bila-bila masa dan atas sebarang sebab. SME Corp. Malaysia tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami oleh mana-mana pihak yang menyertai Program ini.
SME Corp. Malaysia juga tidak pernah melantik juruperunding/pihak ketiga bagi syarikat mengisi dan mengemukakan permohonan di bawah program ini. Sekiranya didapati syarikat menggunakan juruperunding/pihak ketiga, SME Corp Malaysia berhak membatalkan/menarik balik permohonan syarikat secara automatik.
AMARAN:
Mengemukan maklumat palsu atau mengelirukan bagi tujuan memperdayakan SME Corp Malaysia adalah satu jenayah di bawah Kanun Keseksaan di mana penaltinya adalah termasuk hukuman penjara dan sebatan serta boleh dikenakan denda. Di samping itu, SME Corp. Malaysia boleh menidakkan apa-apa faedah, ganjaran atau bantuan jika maklumat palsu dikaitkan dengan suatu permohonan.
SME Corp. Malaysia juga ingin mengenengahkan mengenai Peruntukan di bawah Seksyen 17A Akta SPRM 2009 iaitu suatu peruntukan yang menetapkan prinsip liabiliti korporat yang mana organisasi komersial adalah melakukan suatu kesalahan jika mana-mana pekerja dan/atau pihak bersekutunya melakukan rasuah untuk faedah organisasi tersebut. Organisasi komersial tersebut boleh disifatkan bersalah dalam keadaan sama ada atau tidak, pihak pengurusan atasannya atau wakilnya tahu tentang kelakuan rasuah yang dilakukan oleh pekerja atau pihak bersekutunya.