Bahasa: Lain-lain

Program SMEs Go Global

goglobal eBanner

            Program SMEs Go Global:  Memudahkan pengantarabangsaan PKS tempatan

Rebut peluang pertumbuhan baharu! Kami sedia membantu anda menjadi jenama dinamik dalam rantaian bekalan global

 

Program SMEs Go Global merupakan inisiatif Kerajaan Malaysia yang memberi tumpuan kepada pengantarabangsaan PKS tempatan, terutama syarikat-syarikat dalam industri berpertumbuhan tinggi, bagi membantu mereka berkembang ke pasaran global.

Program ini disasarkan kepada syarikat yang bersedia untuk mengeksport dan juga syarikat pengeksport sedia ada yang berpotensi untuk meneroka pasaran baharu.

Inisiatif yang disediakan di bawah program ini adalah dalam bentuk bantuan kewangan untuk membiayai aktiviti pengantarabangsaan.

 

BANTUAN KEWANGAN
50% daripada jumlah kos projek atau maksimum RM200,000.00 (yang mana lebih rendah) berdasarkan pembayaran balik.

Skop Bantuan

  • Perkhidmatan penghubung pasaran
  • Perkhidmatan pakar pengamal (expert practitioners)
  • Sewaan pejabat promosi jualan di luar negara
  • Pembuatan prototaip produk untuk pembeli luar negara
  • Aktiviti pengurusan rantaian pembekal
  • Lawatan audit pembeli antarabangsa ke Malaysia
  • Aktiviti penerokaan pasaran di luar negara
  • Pensijilan standard dan kualiti
  • Penyertaan dalam ruang pasaran maya (e-marketplace)

 

Kriteria Kelayakan

  • Syarikat yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965 berstatus Sdn. Bhd. atau Perkongsian Liabiliti Terhad (LLP);
    manakala bagi badan-badan professional perlu diiktiraf di luar negara
  • Memiliki Perakuan Status PKS Malaysia. (https://smereg.smecorp.gov.my/reg/ )
  • Sekurang-kurangnya 60% ekuiti milik warganegara Malaysia
  • Memiliki lesen perniagaan yang sah daripada pihak berkuasa tempatan dan beroperasi di premis perniagaan yang sah (tertakluk kepada aktiviti perniagaan)
  • Telah beroperasi sekurang-kurangnya 3 tahun
  • Penarafan SCORE sekurang-kurangnya 3 Bintang (yang masih sah ketika permohonan dikemukakan)
  • Jualan tahunan sekurang-kurangnya RM3 juta
  • Permohonan dibuka untuk pasaran baharu sahaja

 

Borang Permohonan :  Permohonan secara dalam talian
Saringan oleh Sekretariat : Berdasarkan kriteria kelayakan
Pemprosesan Permohonan : Termasuk lawatan & temuduga
‘Pitching’: Menerusi Jawatankuasa Kelulusan; Yuran akan dikenakan setelah mendapat kelulusan
Surat Tawaran : Syarikat menandatangani Surat Setuju Terima
Penyiapan Projek : Melaksanakan projek yang diluluskan dalam jangka masa yang ditetapkan
Penyerahan Tuntutan :  Maksima 2 penyerahan tuntutan setahun bagi setiap projek (Tuntutan pertama mesti dikemukakan dalam tempoh 6 bulan pertama)

 

prses permohonan

 

Muat turun brosur Program SMEs Go Global [PDF]

Cara Memohon

                                                                               

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Talian Info:    1300 30 6000
Faks:              03-2775 6001
Emel Info:      Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

U/P:   Sekretariat SMEs Go Global, Unit Akses Pasaran

 

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur.

Talian Info: 1-300-30-6000
Talian Faks: 03-2775 6001

Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

  med    
Tekun2 SKM1  
output onlinepngtools Logo UDA 2020 SME Bank edit  
logo bankrakyat PNS LOGO White S protege1  

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI