• Adakah anda ingin menjana lebih perniagaan pendapatan ?
  • Apakah itu 'Pilihan Lebih Sihat?
  • Bagaimanakah cara untuk menjadikan produk makanan anda 'Pilihan Lebih Sihat' kepada para pengguna?

Mari sertai kami di sesi pocket talk bersama Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mendapatkan maklumat bagaimana untuk menjadikan produk anda pilihat lebih sihat.

 

 

Logo Pilihan Lebih Sihat (Healthier Choice Logo -HCL) merupakan salah satu inisiatif dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mana logo ini akan diberikan kepada produk makanan atau minuman yang memenuhi kriteria nutrien yang ditetapkan oleh KKM. Selain itu ia juga membolehlkan pengguna membuat pilihan yang lebih bijak dengan hanya melihat lebel hadapan bungkusan produk yang diiktiraf.

 

Oleh yang demikian, pihak SME Corp. Malaysia ingin menjemput individu atau wakil daripada organisasi tuan/puan menyertai program ini.

Penyertaan adalah percuma dan terhad kepada 100 peserta sahaja.

Pendaftaran secara online perlu dibuat sebelum 21 Julai 2017 di pautan https://goo.gl/forms/eYgSam331kta39I53

 

Sebarang pertanyaan lanjut, pihak tuan/puan boleh email kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau talian Info Line kami di 1-300-30-6000.