Program Pengukuhan Mikro MADANI (Mikro MADANI) merupakan inisiatif Kerajaan dalam memperkukuhkan perusahaan mikro. Program dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui agensi SME Corp. Malaysia dengan tema “Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat”.
Objektif Program
- Mengembangkan perusahaan mikro melalui bantuan kewangan dalam bentuk geran dan pinjaman serta pelaksanaan aktiviti penarafan dan capaian; dan
- Mengukuhkan pembangunan PMKS dengan mewujudkan satu ekosistem yang terbuka kepada semua segmen perniagaan tanpa mengira kaum dan wilayah.
Sasaran penerima bantuan
- Perusahaan bersaiz mikro yang menepati kriteria yang ditetapkan.
Program yang direka khas adalah seperti berikut:
- Geran Perniagaan Mikro (GPM)
- Pembiayaan Perniagaan Mikro (MBF)
- Geran Perniagaan Belia Mikro@TUBE
- Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) PLUS
- Insentif Baucar Pendaftaran Status PMKS
Sesi taklimat dan kaunter maklumat program ini akan dilaksanakan mengikut wilayah. Butiran sesi adalah seperti berikut:
- 22 September 2023 @ Zon Timur (Kelantan, Terengganu & Pahang)
Lokasi: Swiss-Bell Hotel, Kuantan, Pahang
Hubungi: SME Corp. Malaysia Negeri Pahang di 09-512 6677 - 1 Oktober 2023 @ Sarawak
Lokasi: Plaza Merdeka, Kuching, Sarawak
Hubungi: SME Corp. Malaysia Negeri Sarawak di 082 239 659 / 082-256 955/ 082 - 238 955 - 10 Oktober 2023 @ Zon Selatan (Negeri Sembilan, Melaka & Johor)
Lokasi: Grand Ballroom, Holiday Villa Johor Bahru, Johor
Hubungi: SME Corp. Malaysia Negeri Johor di 07-221 4815 - 12 Oktober 2023 @ Zon Utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang & Perak) **Pendaftaran Sesi Taklimat Ditutup
Lokasi: Grand Alora Hotel, Alor Setar, Kedah
Hubungi: SME Corp. Malaysia Negeri Kedah di 04-731 6264 - 20 Oktober 2023 @ Sabah **Pendaftaran Sesi Taklimat Ditutup
Lokasi: Hotel Shangri-La, Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah
Hubungi: SME Corp. Malaysia Negeri Sabah di 088-447 373 / 088-447 374