Bahasa: Lain-lain

Program GrowBiz 2025

eBannerGrowBiz bm1

 

Latarbelakang
Program GrowBiz merupakan salah satu inisiatif di bawah Program Pembangunan Perniagaan Usahawan Mikro (BizME) khusus untuk meningkatkan pengetahuan dan memberi bimbingan kepada usahawan dalam menaiktaraf perniagaan mereka daripada syarikat bersaiz mikro kepada kecil di samping meningkatkan kecekapan perniagaan dan produktiviti. GrowBiz akan dilaksanakan oleh firma yang dilantik oleh SME Corp. Malaysia yang akan dikenali sebagai Rakan Pelaksana (RP).

 

Objektif
Program GrowBiz menggunakan pendekatan hand holding ke atas perusahaan mikro yang merangkumi elemen latihan, bimbingan (coaching) dan pemantauan untuk membimbing perusahaan mikro meningkatkan perniagaan mereka ke tahap seterusnya.

 

Modul Latihan

  • RP perlu mengendalikan sesi latihan yang disesuaikan dan berstruktur bagi peserta GrowBiz 2025 dengan modul utama yang ditentukan oleh SME Corp. Malaysia.
  • Sejumlah 180 perusahaan mikro akan dipilih untuk menyertai program ini termasuk sekurang-kurangnya 30% perusahaan mikro milikan wanita dan 15% perusahaan mikro milikan belia.

 

Keperluan Latihan & Bimbingan (Coaching)

  • Program ini menawarkan latihan intensif kepada perusahaan mikro yang layak menyertai.
  • Sesi latihan dan bimbingan (coaching) yang merangkumi gabungan life coaching dan business coaching bagi perusahaan mikro yang menyertai akan dikendalikan secara hands-on oleh RP.
  • Perusahaan mikro yang menyertai akan dipantau oleh RP dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh sesi latihan bermula dan enam (6) bulan selepas tamat program bagi penilaian impak Program GrowBiz.
  • RP bertanggungjawab untuk mendapatkan penyertaan secara rundingan bersama dengan SME Corp. Malaysia sebelum memuktamadkan pemilihan peserta.
  • RP perlu memastikan peserta membuat Pendaftaran Status PMKS bagi mengesahkan sesuatu syarikat / perniagaan adalah layak bagi perusahaan mikro, kecil atau sederhana (PMKS).

 

Kriteria Kelayakan bagi Rakan Pelaksana (RP) Program GrowBiz 2025

Rakan Pelaksana (RP) dikehendaki memenuhi kriteria berikut:

  1. Syarikat berpengalaman dalam latihan dan bimbingan (coaching) bagi peningkatan keupayaan perniagaan.
  2. Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Akta Syarikat 1965 atau 2016.
  3. Beroperasi di premis perniagaan dan mempunyai lesen perniagaan yang sah dari Pihak Berkuasa Tempatan.
  4. Sekurang-kurangnya 60% ekuiti dimiliki warganegara Malaysia.
  5. Mempunyai sekurang-kurangnya lima (5) tahun pengalaman dalam bidang berkaitan.
  6. Memiliki keupayaan kewangan yang kukuh dan mengemukakan Penyata Kewangan Diaudit terkini sekurang-kurangnya satu (1) tahun.
  7. Mengemukakan Status PMKS yang sah bagi pemohon berstatus perusahaan mikro, kecil atau sederhana (Sekiranya tiada, sekurang-kurangnya mengemukakan bukti permohonan Status PMKS sebelum tarikh akhir serahan Borang Permohonan dan Cadangan Projek Program GrowBiz 2025).

 

Pelawaan

  • Pelawaan dibuka kepada syarikat yang menawarkan khidmat latihan dan bimbingan (coaching) perniagaan yang berminat serta memenuhi kriteria kelayakan sebagai RP Program GrowBiz 2025.
  • SME Corp. Malaysia akan melantik RP bagi melaksanakan program di Semenanjung Malaysia serta Wilayah Sabah dan Sarawak.
  • Pemohon perlu mengemukakan Cadangan Projek bagi pelaksanaan GrowBiz 2025 berdasarkan skop pelaksanaan yang telah ditetapkan oleh SME Corp. Malaysia berserta garis masa pelaksanaan, strategi mendapatkan peserta, profil coach bertauliah selaku peneraju program dan kos pelaksanaan (termasuk yuran peserta individu dan kos keseluruhan). Tempoh projek adalah 12 bulan merangkumi proses pemilihan peserta serta pelaksanaan latihan, bimbingan dan pemantauan.

  • Pemohon yang berminat adalah dikehendaki untuk mengikuti langkah berikut:

i. Mengemukakan Borang Pelawaan Tunjuk Minat (Expression of Interest (EOI)) bermula dari 5 Disember 2024 sehingga 26 Disember 2024 menerusi pautan berikut: https://forms.gle/CdkBLt2ZW7jerxeq7
ii. Menghadiri Sesi Taklimat Program GrowBiz 2025 (bagi pemohon yang disenarai pendek sahaja)
iii. Mengemukakan Borang Permohonan dan Cadangan Projek berdasarkan skop pelaksanaan Program GrowBiz 2025 menerusi sistem MyBPI

  • Hanya permohonan yang disenarai pendek akan dijemput ke Sesi Taklimat Program GrowBiz 2025 yang akan diadakan di SME Corp. Malaysia.
  • Setelah hadir ke Sesi Taklimat Program GrowBiz 2025, pemohon yang berminat perlu mengisi Borang Permohonan dan mengemukakan Cadangan Projek Program GrowBiz 2025 kepada SME Corp. Malaysia menerusi pautan sistem MyBPI yang akan diberikan oleh Urus Setia sebelum atau selewat-lewatnya pada 20 Februari 2025.
  • Hanya Cadangan Projek daripada pemohon yang telah menghadiri Sesi Taklimat sahaja yang akan diproses untuk penilaian seterusnya.

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Talian Info di 03-9213 0077 atau Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Tarikh tutup permohonan: 26 Disember 2024

 

PENAFIAN:
Dokumen ini diedarkan untuk tujuan pelawaan tunjuk minat Program GrowBiz 2025 sahaja.

Semua maklumat yang terkandung di dalam dokumen ini adalah hak milik SME Corp. Malaysia. Mana-mana maklumat atau petikan maklumat termasuk konsep, kandungan dan format program di dalam dokumen ini tidak boleh diterbitkan dan/atau digunakan semula keseluruhannya atau sebahagian daripadanya, termasuk disimpan di dalam sistem yang boleh didapati semula dalam sebarang bentuk dan/atau dalam bentuk salinan foto atau rakaman, untuk sebarang tujuan tanpa kebenaran bertulis daripada SME Corp. Malaysia.

Tujuan pelawaan ini adalah semata-mata untuk menjemput pihak menyatakan minat mereka dan sebagainya menjadi Rakan Pelaksana Program. Tiada apa-apa pun dalam dokumen ini bersifat tawaran untuk mengikat bagi mana-mana pihak untuk menyediakan sebarang perkhidmatan.


Semua pelaksanaan program, komitmen dan bantuan yang diberikan di bawah Program GrowBiz 2025 adalah tertakluk kepada ketersediaan dana. SME Corp. Malaysia berhak untuk menghentikan dan/atau menangguhkan Program, atau mengubah kandungan dan/atau format Program pada bila-bila masa tanpa sebarang notis atau makluman. SME Corp. Malaysia selaku penganjur berhak mengikut budi bicara mutlak kami untuk menangguhkan, menghentikan atau menyekat akses orang ramai ke Program pada bila-bila masa dan dengan apa-apa alasan sekali pun. SME Corp. Malaysia tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang ditanggung oleh mana-mana Pihak yang menyertai Program ini.

 

AMARAN:

Mengemukakan sebarang maklumat palsu atau meragukan bagi tujuan menipu atau mengelirukan SME Corp. Malaysia merupakan satu kesalahan jenayah di bawah Kanun Keseksaan yang hukumannya merangkumi penjara dan sebatan dan juga boleh dikenakan denda. SME Corp. Malaysia berhak menolak sebarang pemberian faedah, ganjaran atau bantuan jika maklumat palsu dikemukakan oleh pemohon.

Terdapat pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang mengaku sebagai juruperunding atau ejen bagi pihak SME Corp. Malaysia untuk pelaksanaan semua Program Pembangunan PMKS. SME Corp. Malaysia TIDAK pernah melantik juruperunding atau ejen serta TIDAK mengenakan sebarang caj perkhidmatan bagi mana-mana program ini dan dakwaan sedemikian merupakan satu kesalahan yang serius. Sekiranya anda berhadapan dengan sebarang isu atau mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi Talian Info (03-9213 0077).

 

 

 

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI