Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Tuan / Puan warga SME Corp. Malaysia sekalian,
Dengan segala hormatnya saya diarah untuk merujuk kepada perkara di atas.
Adalah dimaklumkan bahawa, Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju agar Kementerian Pembangunan Usahawan (Ministry of Entrepreneur Development (MED)) dijenamakan semula kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Ministry of Entrepreneur Development and Cooperatives (MEDAC)) berkuatkuasa serta merta.
Bersama-sama ini turut dilampirkan siaran media pertukaran dan juga logo terkini kementerian untuk maklumat dan rujukan semua.
Sekian, untuk makluman.
Terima kasih.