Tuan/Puan,
Dikemukakan surat daripada JPM mengenai Garis Panduan Membawa Rahsia Rasmi Keluar Dari Pejabat Dalam Tempoh PKP untuk rujukan dan perhatian tuan/puan.
Sekian Terima kasih.
Languages: | Others |
Tuan/Puan,
Dikemukakan surat daripada JPM mengenai Garis Panduan Membawa Rahsia Rasmi Keluar Dari Pejabat Dalam Tempoh PKP untuk rujukan dan perhatian tuan/puan.
Sekian Terima kasih.
Asalamua'laikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,
Tuan / Puan warga SME Corp. Malaysia,
Adalah dimaklumkan, YBhg Dato' Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan bersiaran secara langsung dalam rancangan Ruang Bicara yang bertajuk "Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Membantu Usahawan' pada jam 9.00 malam ini. Sesi wawancara ini boleh diikuti di Facebook & Youtube Bernama TV dan juga myFreeview121.
Tuan / puan dijemput untuk menonton rancangan wawancara ini.
Sekian, untuk makluman.
Terima kasih.
Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.
Tuan / Puan / Cik,
Permohonan Sumbangan Tabung Khas Kebajikan Pelajar UUM
Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Universiti Utara Malaysia (UUM) sedang melaksanakan kutipan untuk dana tabung khas COVID-19 bagi pelajar-pelajar UUM yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) wabak COVID-19 di kampus. Antara sumbangan yang diperlukan adalah dalam bentuk kewangan atau keperluan asas seperti biskut, mee segera, kopi segera, bijiran dan lain-lain yang bersesuaian.
3. Dalam hal ini, sekiranya terdapat warga SME Corp. Malaysia yang ingin memberikan sumbangan, tuan / puan / cik boleh menyalurkan sumbangan ini secara online melalui platform UUM https://e-com.uum.edu.my ataupun disalurkan kepada:
Bendahari UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
No Akaun Bank Islam: 0209-3010-0000-10
Swift Code: BIMBMYKL
No ID Bank: GB0000071E
4. Bersama-sama ini disertakan borang sumbangan. Sebarang pertanyaan berkenaan kutipan dana tabung khas ini boleh dimajukan terus kepada Dr. Faizatul Akmar Abdul Nifa (emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. , di talian: 018-4642322) atau Puan Azlina Yahaman (emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. , di talian 012-5882839). Semoga dengan sumbangan tuan / puan / cik dapat membantu dan meringankan beban seramai 4300 orang pelajar UUM dalam menampung kos keperluan mereka.
Segala sumbangan ikhlas dan keprihatinan tuan / puan / cik mengenai perkara ini adalah amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
Assalamua'laikum w.b.t dan Salam Sejahtera.
Tuan / Puan / Cik,
Permohonan Sumbangan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Dengan segala hormatnya saya diarah untuk merujuk kepada rantaian email dibawah.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menubuhkan satu akaun khas bagi penyaluran sumbangan oleh rakyat Malaysia ekoran penularan COVID-19 di negara ini. Sumbangan yang diterima akan digunakan bagi menampung kos pembelian alat-alat kelengkapan perubatan, keperluan ubat-ubatan, reagen, bahan pakai buang serta keperluan-keperluan lain di fasiliti KKM.
3. Dalam hal ini, sekiranya terdapat warga SME Corp. Malaysia yang prihatin dan ingin membuat sumbangan, tuan / puan / cik boleh menyalurkan sumbangan masing-masing secara terus ke akaun seperti berikut:
RHB Bank (Sumbangan Perubatan KKM) 2-66016-0002347-5
Bagi tujuan penyelarasan diperingkat kementerian, adalah dipohon kerjasama tuan / puan / cik yang telah/akan membuat sumbangan untuk memaklumkan kepada saya tarikh dan jumlah sumbangan untuk direkodkan selewat-lewatnya pada 30 Mac 2020 (Isnin).
Semoga dengan sumbangan tuan / puan / cik sedikit-sebanyak dapat membantu KKM dan negara kita dalam menampung kos keperluan bagi terus menangani penularan Covid-19 serta sekaligus dapat menunjukkan penghargaan kita kepada mereka yang sedang berusaha sepenuh jiwa untuk rakyat Malaysia.
Segala sumbangan ikhlas dan keprihatinan tuan / puan / cik dalam hal ini adalah sangat dihargai.
Sekian, terima kasih.
"Kamu tidak sekali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi"
(Al-Imran:92)
#hapusCOVID19
#dudukrumah #stayhome
Sekian Terima Kasih
Assalamua'laikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
Tuan/Puan,
PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PINJAMAN BANK SEHINGGA ENAM (6) BULAN KEPADA PEMINJAM.
Merujuk kepada Kenyataan Media Perdana Menteri dan Surat Bank Negara bertarikh 24 Mac 2020 (seperti di Lampiran) adalah dimaklumkan peminjam boleh menangguhkan bayaran balik pinjaman bank sehingga enam (6) bulan (pengecualian ke atas Pinjaman Kad Kredit) mulai 1 April 2020. Memandangkan ada di antara tuan/puan yang membuat bayaran balik pinjaman melalui potongan gaji, Seksyen HCD perlu mendapatkan maklumbalas lanjut daripada tuan/puan untuk pemprosesan bagi gaji bulan April 2020.
Potongan gaji bagi pinjaman melalui institusi kewangan seperti yang tertera di bawah sahaja yang tertakluk ke atas penangguhan tersebut:
· ANGKASA (BPA) hanya untuk pinjaman bank sahaja dan bukan melalui koperasi (HCD akan mendapatkan maklum balas lanjut daripada BPA)
· Pinjaman Bank Islam; dan
· Pinjaman PTPTN
Sehubungan dengan ini, sekiranya tuan/puan memilih untuk meneruskan potongan pinjaman melalui potongan gaji seperti biasa, dan sekiranya memilih untuk mengekalkan caruman syer pekerja pada kadar sebelas (11) peratus, adalah dipohon kerjasama setiap Pegawai Tadbir Bahagian/Seksyen/Unit untuk mengumpul maklumbalas daripada setiap pegawai dan kakitangan sebelum dikembalikan kepada HCD melalui emel kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. pada atau sebelum 3 April 2020 (Jumaat).
Sekiranya tiada maklumbalas diterima pada tarikh yang ditetapkan, tuan/puan dianggap bersetuju untuk menurunkan kadar syer pekerja kepada tujuh (7) peratus, bersetuju untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman bank dan TIADA potongan gaji dibuat mulai gaji bulan April 2020 sehingga September 2020.
Bersama-sama ini dilampirkan borang untuk tindakan selanjutnya.
Sekian Terima Kasih