Languages: Others

Bantu Usahawan [8 September 2016]

SME Corp. Malaysia Terengganu dengan kerjasama Utusan Malaysia sedang dalam perbincangan akhir untuk mengadakan kerjasama strategik bagi mempromosikan PKS-PKS Terengganu melalui saluran media yang bernaung di bawah Kumpulan Utusan. Program yang diberi nama "The Untold Story" ini, bakal memaparkan cerita-cerita berkenaan kejayaan, inovasi, cabaran dan juga rintangan yang dihadapi oleh PKS itu sendiri selain daripada berkongsi dengan orang awam berkenaan kemudahan bantuan yang telah mereka terima melalui SME Corp. Malaysia.

 

Sebagai permulaan, SME Corp. Malaysia Terengganu akan memilih 10 PKS yang berstatus 3 bintang ke atas di bawah penilaian SCORE. Program ini dijangka akan bermula pada bulan Januari 2017 bersempena dengan Tahun Melawat Terengganu 2017. SME Corp. Malaysia juga akan melihat kemungkinan 10 PKS tersebut untuk dipertimbangkan di bawah pembiayaan Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) kendalian SME Corp. Malaysia jika mereka layak dan memenuhi syarat yang telah ditetapkan.

 

 

YM Tg Khairi A.Rahman, CEO Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (memegang tshirt hitam) dan Penolong Pengurus Pemasaran Wilayah Timur Utusan Melayu (M) Sdn Bhd (sebelah kiri beliau).Tshirt tersebut tertulis perkataan "The Untold Story" merupakan program Kerjasama SME Corp. Terengganu dan Utusan Malaysia Wilayah Timur untuk menyiarkan kisah2 kejayaan PKS Terengganu yang telah menerima bantuan daripada SME Corp. Malaysia

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US