Tarikh : 19 Januari 2017, Khamis
Tetamu kehormat : YB DATUK AHMAD MASLAN
YB Datuk Ahmad Maslan telah mengadakan lawatan ke syarikat PTS Bookcafe Sdn. Bhd., salah sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan pembelian buku atas talian yang terdiri daripada pelbagai penulis dan penerbitan baru – baru ini. Syarikat PTS Bookcafe Sdn Bhd telah ditubuhkan pada tahun 2007 yang beroperasi sepenuhnya di Batu Caves, Selangor ini diterajui oleh Encik Arief Hakim Sani Rahmat.
Lawatan Rasmi ini juga dirangka sebagai salah satu aktiviti yang selari dengan matlamat Kerajaan mengalakkan Pendigitalan dikalangan PKS. Dengan lawatan sebegini, PKS diberi platform untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka di samping mengeratkan lagi hubungan dan jalinan kerjasama di antara PKS dan Kerajaan secara amnya.
Selain itu, YB Datuk Ahmad Maslan juga merasmikan perkhidmatan terbaru oleh PTS Bookcafe iaitu book truck bermuatan 3 tan yang berfungsi sebagai kedai buku bergerak yang akan berkunjung ke sekolah-sekolah dan tapak karnival. Inisiatif ini diambil sebagai salah satu langkah mempromosikan budaya membaca di kalangan masyarakat Malaysia di samping memberikan akses yang mudah kepada bahan bacaan terkini. |
||
YB Datuk Ahmad Maslan dibawa melihat sendiri buku – buku yang dijual oleh PTS Bookcafe diiringi Profesor Emeritus Abdullah Hassan, Pengasas, PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
|
||
Sesi Penerangan oleh Encik Arief Hakim Sani Rahmat, Pengarah Urusan, PTS Bookcafe Sdn. Bhd. mengenai profil serta latar belakang syarikat. |
||
YB Datuk Ahmad Maslan merasmikan Book Truck PTS yang berfungsi sebagai kedai buku bergerak bagi memberikan akses kepada orang ramai untuk membeli bahan bacaan. |
||