Languages: Others

Majlis Pra-Pelancaran Drama Mini Bersiri Chor & Chah

Tarikh : 2 Mac 2017, Khamis
Masa  :  2:30 petang – 5:00 petang
Tempat : Flora Terrace, Hampshire Place

Tetamu kehormat   :  

  • YB Datuk Ahmad Bin Maslan
    Timbalan Menteri MITI
  • YBhg. Tan Sri Ir. (Dr.) Mohamed Al Amin Haji Abdul Majid
    Pengerusi, SME Corp. Malaysia

 

SME Corp. Malaysia, selaku Agensi Penyelaras Pusat PKS Malaysia, bakal menerbitkan drama mini bersiri sebagai satu kit panduan buat usahawan baharu dan mikro di Malaysia. Inisiatif ini adalah sejajar dengan tahun 2017 sebagai tahun permulaan perniagaan dan mempromosikan PKS. Drama mini bersiri ini merupakan salah satu inisiatif SME Corp. Malaysia di dalam menyampaikan maklumat untuk menarik minat serta mengalakkan lebih ramai lagi rakyat Malaysia, khususnya belia, menjadikan bidang perniagaan sebagai salah satu pilihan kerjaya untuk diterokai. Ia bertujuan untuk memberikan panduan serta merupakan salah satu platform untuk menyalurkan maklumat mengenai program dan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan kepada PKS, di samping memuatkan pelbagai informasi berguna kepada PKS di dalam mengembangkan lagi perniagaan mereka.

 

Majlis yang telah disempurnakan oleh YB Datuk Ahmad Bin Maslan, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ini turut dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Ir. (Dr.) Mohamed Al Amin Haji Abdul Majid, Pengerusi SME Corp. Malaysia, YBhg. Datuk (Dr.) Hafsah Hashim, Ketua Eksekutif SME Corp. Malaysia dan YBhg. Datuk Rosyam Nor, Pengarah Urusan Suhan Movies. Selain itu majlis ini turut memperkenalkan Shahrul Ridzuan, Ummi Nazeera, Hafreez Adam, Luqman Hafiz dan Kazar sebagai para pelakon, Pn Sharifah Abu Salem sebagai penulis skrip, Omar K sebagai penggubah lagu tema dan drama mini bersiri ini akan diarah oleh Syed Fariz

 
     
   

YB Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Menteri MITI dan YBhg. Tan Sri Ir. (Dr.) Mohamed Al Amin Haji Abdul Majid, Pengerusi SME Corp. Malaysia menyampaikan ucapan sewakti Majlis Pra-Pelancaran Drama Mini Bersiri Chor & Chah

 

 
 

Satu Sesi Pertukaran MoU di antara SME Corp. Malaysia dan Suhan Movies telah dijalankan semalam sambil disaksikan oleh YB Datuk Ahmad Bin Maslan, Timbalan Menteri MITI dan YBhg. Tan Sri Ir. (Dr.) Mohamed Al Amin Haji Abdul Majid, Pengerusi SME Corp. Malaysia.

 
 
 


YB Datuk Ahmad Maslan Timbalan Menteri MITI, YBhg. Tan Sri Ir. (Dr.) Mohamed Al Amin Haji Abdul Majid, Pengerusi SME Corp. Malaysia, YBhg. Datuk (Dr.) Hafsah Hashim, Ketua Eksekutif SME Corp. Malaysia dan YBhg. Datuk Rosyam Nor, Pengarah Urusan Suhan Movies bergambar kenangan bersama dengan barisan pelakon dan krew Drama Mini Bersiri Chor & Chah

 

 
 

Sekitar Majlis Pra-Pelancaran Drama Mini Bersiri Chor & Chah yang dianjurkan oleh SME Corp. Malaysia semalam di Flora Terrace, Kuala Lumpur. Drama ini dijangka akan mula ditayangkan pada bulan Mei 2017.

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US