Languages: Others

Perhimpunan Bulanan MITI & Agensi Mac 2017

 

Tarikh :  29 Mac 2017, Rabu
Masa  :  8:00 pagi – 10:00 pagi
Tempat   : Atrium Level 3, SME Corp. Malaysia

Tetamu kehormat  :  YB DATO’ SRI MUSTAPA MOHAMED
                                Menteri MITI
                                   
                              YB DATO’ SERI ONG KA CHUAN
                               Menteri MITI II

                               YB DATUK AHMAD BIN MASLAN
                               Timbalan Menteri (Industri) MITI

                               YBHG. TAN SRI IR (DR) MOHAMED AL AMIN ABDUL MAJID
                              Pengerusi SME Corp. Malaysia

                              YBHG. DATUK (DR) HAFSAH HASHIM     
                              Ketua Eksekutif SME Corp. Malaysia

                                                                                

Bersempena dengan Perhimpunan Bulanan MITI dan Agensi yang berlangsung pada 28 Mac 2017, tiga sesi pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) telah dilaksanakan dan disaksikan oleh YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), YB Dato’ Seri Ong Ka Chuan, Menteri MITI II serta Pengerusi SME Corp Malaysia, YBhg Tan Sri Ir (Dr) Mohamed Al-Amin Abdul Majid.  Pertukaran MoU tersebut melibatkan Program LGC Ascend 800 yang dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Perundingan Melayu (MPM) dan Johor Corporation (JCorp). Selain itu, satu lagi pertukaran MoU adalah di antara SME Corp. Malaysia dan Microsoft (Malaysia) Sdn. Bhd. yang bertujuan untuk pelaksanaan program “Microenterprises Digital Transformers Starter Pack”.


SME Corp. Malaysia juga tidak ketinggalan untuk menjalankan tanggungjawab korporatnya melalui satu program CSR yang diusahakan dengan kerjasama Pertubuhan Pusat Pembangunan Ekonomi Wanita Pakistan Malaysia (PAKNITA) dan Persatuan Ibu Bapa dan Anak-Anak Sakit Kanser Malaysia (PIBAIK). SME Corp. Malaysia telah menyumbangkan RM50,000.00 bagi program ‘CancerCare – Donate a Pen’ dan mengumpul dana sebanyak RM60,850.00 hasil dari lelongan amal yang diperolehi dari koleksi  peribadi DYMM Sultanah Pahang, Sultanah Hajjah Kalsom bagi pembelian dua mesin radioterapi dan pembinaan ‘rumah perlindungan’ untuk kanak-kanak dan keluarga pesakit kanser di Malaysia.
 
Turut menyerikan dan menjayakan gimik penutup kepada Perhimpunan Bulanan MITI dan Agensi kali ini adalah Datuk Rosyam Nor di mana beliau hadir untuk mempromosikan drama mini bersiri “Chor dan Chah” terbitan SME Corp. Malaysia dan Suhan Movies yang akan menemui para penonton pada penghujung Mei 2017 di platform media sosial. Drama mini bersiri yang menampilkan Saharul Ridzwan, Ummi Nazeera, Ruhainies, Hafreez Adam, Luqman Hafidz, Kaza dan Haleeda ini bakal menjadi kit panduan usahawan di mana bantuan yang disalurkan oleh Kementerian dan agensi kepada usahawan digarap dan diterjemahkan ke dalam bentuk drama.

 

 

 
 

 

YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan YBhg. Tan Sri Ir. (Dr) Mohamed Al Amin Haji Abdul Majid, Pengerusi SME Corp. Malaysia menyampaikan ucapan dan amanat sewaktu Perhimpunan Bulanan MITI & Agensi bagi bulan Mac 2017

 

 

 

 

 

 

Sesi Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) di antara SME Corp. Malaysia dengan Majlis Perundingan Melayu (MPM), Johor Corporation (JCorp) dan Microsoft Malaysia untuk program pembangunan PKS

 
 


YBhg. Datuk Rosyam Nor membuat penampilan khas bagi mempromosikan drama mini bersiri Chor & Chah yang akan menemui para penonton pada Mei 2017.

 

 
 

YB Dato’ Seri Ong Ka Chuan Menteri MITI II, YB Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Menteri (Industri) MITI, YBhg. Tan Sri Ir (Dr) Mohamed Al Amin Abdul Majid, Pengerusi SME Corp. Malaysia, YBhg. Datuk Seri J.Jayasiri, Ketua Setiausaha MITI, YBhg. Datuk (Dr) Hafsah Hashim, Ketua Eksekutif SME Corp. Malaysia, En K. Raman, Pengarah Urusan Microsoft Malaysia, Professor Dato’ Dr. Hasan Mad, Ketua Pegawai Eksekutif MPM dan Tuan Haji Sahir Rahmat, Naib Presiden JCorp sewaktu Sidang Media

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US