Languages: Others

SESI JARINGAN DAN COFFEE TALK USAHAWAN

SME Corp. Malaysia telah menganjurkan “Sesi Jaringan & Coffee Talk Usahawan” pada 21 November 2023 di Dewan Mahkota, SME Corp. Malaysia. Sesi ini bertujuan sebagai wadah untuk para usahawan melebarkan jaringan perniagaan dan berkongsi pandangan serta pengalaman bagi memajukan lagi perniagaan. Seramai 200 orang usahawan telah menghadiri sesi ini yang terdiri daripada usahawan yang pernah menerima manfaat daripada program pembangunan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang dilaksanakan oleh SME Corp. Malaysia khususnya dalam kalangan graduan Program Pembangunan Perniagaan Usahawan Mikro (BizME) iaitu Program Micro Connector, Program GrowBiz dan Inisiatif Pembangunan Rantaian Nilai Perniagaan Inklusif (IB-VCDI).

 

Sesi yang berkonsepkan TED Talk ini telah menampilkan enam orang ikon iaitu Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia bersama lima personaliti usahawan yang berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang memberikan inspirasi dalam bidang masing-masing. Topik-topik yang disampaikan antaranya menekankan aspek kepimpinan sebagai faktor kejayaan dalam perniagaan, penghasilan produk yang berinovasi menerusi bioteknologi, prinsip dan cabaran usahawan wanita dalam industri yang didominasi oleh kaum lelaki, kemahiran interpersonal dalam meningkatkan jaringan perniagaan, pembangunan jenama dengan daya pasaran yang tinggi serta tip dalam membangunkan produk yang unik hingga menembusi pasaran luar negara.

 

Tonton rakaman Sesi Jaringan & Coffee Talk Usahawan “Keterampilan dalam Perniagaan” oleh YBrs Encik Rizal bin Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif, SME Corp. Malaysia


 

 

Tonton rakaman Sesi Jaringan & Coffee Talk Usahawan “Perniagaan Berinovasi – Hasilnya Pun Tinggi” oleh Encik Giva Kuppusamy, Ketua Pegawai Eksekutif, GK Aqua Sdn. Bhd.


 

 

Tonton rakaman Sesi Jaringan & Coffee Talk Usahawan “Feminin Dalam Arena Maskulin” oleh Cik Sharon Wee, Pengarah Emerald Auto Parts Sdn. Bhd.


 

 

Tonton rakaman Sesi Jaringan & Coffee Talk Usahawan “Pandai Cakap, Bisnes Cekap” oleh Puan Anusia Ramasamy, Ketua Pegawai Eksekutif, Avernoble Sdn. Bhd.


 

 

Tonton rakaman Sesi Jaringan & Coffee Talk Usahawan “Produk Alami – Dari Malaysia Ke Seantero Dunia” oleh Encik Mohamad Faisal bin Ahmad Fadzil, Pengarah Urusan, Tanamera Tropical Spa Sdn. Bhd.


 

 

Tonton rakaman Sesi Jaringan & Coffee Talk Usahawan “Jenama Kuat, Pemasaran Hebat” oleh Puan Siti Noor Sabrina binti Soobri, Pengasas Mamasab International Sdn. Bhd.


 

 

C9

C10

 

 

 

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US