Languages: Others

Malaysia raih banyak manfaat perluasan ITA - Mustapa

MUSTAPA MOHAMED.transformed 2

MENTERI Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed. - Foto Hafiz Sohaimi

 

KUALA LUMPUR: Malaysia akan mendapat banyak manfaat daripada perluasan Perjanjian Teknologi Maklumat (ITA) susulan muktamadnya rundingan, kata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. , berkata rundingan dimuktamadkan semalam pada Persidangan Menteri-Menteri Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) Ke-10 di Nairobi, Kenya.

 

"Ia adalah kejayaan yang penting dan bersejarah, dan kami berharap ini akan memberi inspirasi kepada kemajuan dalam bidang lain dalam rundingan WTO.
"Dengan liberalisasi pengembangan perdagangan yang seterusnya di bawah ITA 1996 yang asal, industri teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) Malaysia akan mempunyai akses yang lebih mudah kepada pasaran yang lebih luas di peringkat global," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Malaysia dan 23 negara lain terlibat dalam rundingan itu yang termasuk kuasa besar pengeluar teknologi maklumat utama seperti China, Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU), Jepun, Korea Selatan dan beberapa negara anggota ASEAN, yang terdiri kira-kira 90 peratus daripada perdagangan dunia.

 

Perluasan ini meliputi 201 produk ICT berteknologi tinggi dengan anggaran perdagangan tahunan global sebanyak US$1.3 trilion (AS$1>RM4.31), kira-kira 10 peratus daripada perdagangan barangan dunia.

 

Rundingan Perluasan ITA, yang bermula pada 2012, termasuklah litar bersepadu pelbagai komponen generasi baharu (MCO), skrin sentuh, peralatan navigasi GPS, peranti pendidikan elektronik interaktif mudah alih, konsol permainan video dan peralatan perubatan seperti produk pengimejan resonans bermagnet dan alat imbasan ultrasonik.

 

Mustapa berkata, ITA yang asal merangsang perolehan industri ICT Malaysia kepada hampir tiga kali ganda berbanding US$21.7 bilion pada 1996 kepada US$60.5 bilion pada 2010, purata pertumbuhan tahunan sebanyak lapan peratus.

 

Beliau turut menggesa syarikat Malaysia untuk memanfaatkan sepenuhnya langkah-langkah liberalisasi pasaran dalam ITA. "Kita akan melihat, misalnya, pengurangan yang besar dalam tarif bagi Kanada (88 peratus), dan AS (80 peratus), EU (77 peratus) dan Taiwan (64 peratus).

 

"Liberalisasi tarif melalui mekanisme ITA akan melengkapi matlamat integrasi ekonomi ASEAN, terutamanya sebagai hab serantau untuk kesalinghubungan rantaian nilai global," katanya. - BERNAMA

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US