Languages: Others

Pertumbuhan 8.9 Peratus Setahun Untuk PKS Capai Sasaran Sumbangan KDNK Menjelang 2020

IPOH, 10 Dis (Bernama) -- Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) perlu berkembang pada kadar 8.9 peratus setahun bagi membolehkan sasaran 41 peratus sumbangan sektor itu kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara menjelang 2020 dicapai.

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata pada ketika ini, PKS menyumbangkan sebanyak 35.6 peratus kepada KDNK negara.

 

"Jadi ini adalah satu cabaran besar. Kita mesti mempunyai dasar yang boleh menggalakkan PKS untuk mencapai sasaran ini, sasaran kita 41 peratus," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Siri Jelajah Kewangan PKS di sini Khamis.

 

Beliau berkata pelbagai insentif disediakan untuk PKS melalui Bajet 2015 serta 2016 dan bagi tempoh Januari hingga Ogos lepas, kerajaan dan institusi kewangan lain mengagihkan pinjaman berjumlah RM174.5 bilion iaitu pertumbuhan 15.4 peratus berbanding tahun sebelumnya.

 

"Kalau kita lihat pada tahun sebelum ini pertumbuhannya hanya 1.2 peratus bagi tempoh yang sama," katanya.

Wee, yang juga Timbalan Presiden MCA, berkata koperasi MCA, Koperasi Jayadiri Malaysia Bhd (Kojadi) mengagihkan pinjaman berjumlah RM31.2 juta kepada 145 PKS yang layak di negara ini.

 

"Masih ada lagi permohonan yang diproses dan saya jangkakan dalam beberapa bulan ini sudah tentunya RM50 juta yang dikhaskan untuk PKS itu dapat kita gunakan dan pada tahun hadapan, sebanyak RM50 juta lagi suntikan tambahan.

 

"Ia adalah satu usaha kerajaan, kita tidak meminggirkan mana-mana kaum seperti juga bantuan yang diberikan kepada usahawan Bumiputera, Cina dan India," katanya.

 

Wee berkata kerajaan turut menyasarkan kadar eksport akan meningkat kepada 25 peratus menjelang tahun 2020 berbanding 19 peratus setakat ini.

"Sebab it Majlis Eksport Negara telah ditubuhkan bagi merealisasikan objektif ini," katanya.

 

Mengenai siri jelajah yang dianjurkan Sekretariat Pembangunan Usahawan Malaysia (SAME), beliau berkata Ipoh adalah lokasi yang keenam selain daripada Johor, Melaka, Kota Kinabalu dan Kuching.

 

"Sambutan di sini amat menggalakkan. Antara perkara yang ditumpukan dan difokuskan dalam siri jelajah ini ialah mempelawa semua agensi yang ada hubung kait dengan PKS untuk memberi penerangan kepada para perusaha PKS.

 

"Ini termasuklah SME bank, SME Corporation, Agro Bank, Exim Bank, Kojadi dan lain-lain. Ia bagi memberi peluang kepada semua PKS dapat menggunakan sepenuhnya dana yang disediakan oleh pihak kerajaan melalui agensi terbabit.

 

Beliau berkata ia merupakan satu Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di mana semua pihak yang berkaitan bergabung tenaga untuk membantu pengusaha PKS.

-- BERNAMA

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US