Languages: Others

Hai-O Kongsi Pengalaman Dengan Peserta TUBE 2.0 Di Terengganu

MARANG, 16 Nov (Bernama) -- Usahawan bimbingan SME Corporation Malaysia (SME Corp) Terengganu, Hairuddin Omar hari ini berkongsi kejayaannya dalam bidang perniagaan dengan peserta Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE 2.0) dan peniaga Bumiputera baharu di negeri ini.

 

Pemain bola sepak terkenal tanah air yang lebih dikenali sebagai Hai-O tidak lokek untuk berkongsi kisah pahit dan manis sejak menjalankan perniagaan pes ikan bakar di bawah jenama Adeq Sue sejak tiga tahun lalu.

 

Hairuddin yang juga kapten pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkata pengalaman beliau ditipu rakan kongsi dan menjadi mangsa penipuan oleh pembekal tidak melemahkannya malah memberi semangat untuk beliau terus memperbaiki diri dalam arena perniagaan.

 

"Apa yang penting yang perlu ada dalam diri adalah ikhlas dan sentiasa mendalami ilmu perniagaan.

 

"Selepas menceburi bidang perniagaan dan menerima beberapa pengiktirafan, saya rasa bertanggungjawab untuk turut membantu usahawan Bumiputera terutama peserta TUBE melalui perkongsian pengalaman, idea dan petua memperoleh kejayaan," katanya yang menerima Anugerah Maal Hijrah 2015 dalam kategori Pembuatan Sektor Halal baru-baru ini.

 

Sementara itu, Pengarah SME Corp Terengganu, Muhammad Ibrahim berkata pihaknya menjemput Hairuddin ke sesi motivasi bersama peserta TUBE itu agar mereka dapat mendengar sendiri perkongsian dari usahawan yang sudah berjaya.

 

"Pihak kerajaan terutamanya SME Corp dan agensi yang bertanggungjawab yang lain banyak menyediakan kemudahan geran perniagaan, pinjaman mudah serta seminar untuk membantu usahawan tempatan berjaya, justeru mereka perlu memanfaatkan kemudahan ini sebaik mungkin.

 

"Titik tolak kejayaan program TUBE ini bukan sahaja bergantung kepada kesungguhan dan semangat jati diri kepada belia itu sendiri, namun bantuan serta pembiayaan secara berterusan daripada agensi kerajaan yang lain mampu memastikan daya tahan perniagaan yang dijalankan untuk bersaing dengan usahawan-usahawan lain.

 

"Peserta TUBE juga disaran untuk sentiasa menyertai perniagaan atas talian atau e-dagang yang mana pasarannya semakin meluas serta membantu mereka mendapat capaian dagangan dengan mudah," katanya.

 

Peserta TUBE yang berjaya menerima Geran Perniagaan sebanyak RM15,000 akan diumumkan sempena majlis penutup Sabtu ini yang dijangka dirasmikan Timbalan Pengerusi Yayasan Pembangunan Usahawan, Mohd Iskandar Jaafar, katanya.

-- BERNAMA

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US