Languages: Others

Pasaran PKS terbuka luas

01hm206.transformed

Najib mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Serdahana Kebangsaan ke-19. Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (kiri).

Kuala Lumpur: Industri Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan mesti memperkukuh kedudukan mereka untuk terus kompetitif dan dapat meneroka peluang perniagaan dan pasaran yang luas di seluruh ASEAN berikutan penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) menjelang akhir tahun.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata menerusi AEC akan wujud liberalisasi ke atas tarif dan halangan bukan tarif antara negara anggota.
“Peluang untuk industri PKS akan lebih luas di seluruh rantau ini.
“Oleh itu syarikat PKS Malaysia perlu mencapai ekonomi pada kos yang menguntungkan atau membangunkan kedudukan nilai yang lebih tinggi untuk terus bersaing dengan syarikat PKS yang sama di negara anggota ASEAN yang lain,” katanya dalam ucapan pembukaan pada Majlis Mesyuarat Pembangunan PKS Kebangsaan ke-19 di Bangunan Parlimen, semalam.
Perdana Menteri berkata, ini penting memandangkan Perjanjian Perkongsian Trans-PAsifik (TPPA) yang dijangka dilaksanakan dalam tempoh dua tahun akan membawa banyak manfaat dan cabaran.
“Ia membuka peluang untuk kita menilai semula kedudukan pasaran, kekuatan dan keupayaan kita untuk bersaing,” katanya.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sektor PKS terus mengekalkan prestasi pertumbuhan yang lebih baik daripada pertumbuhan ekonomi secara keseluruhan.
Pertumbuhan sektor itu berkembang pada kadar purata tahunan 8.6 peratus berbanding pertumbuhan purata KDNK keseluruhan sebanyak 5.4 peratus dalam tempoh 2012 hingga 2014, katanya.
“Pertumbuhan ini tercapai meskipun berdepan kenaikan kos akibat pengurangan subsidi, pelaksanaan gaji minimum, GST (cukai Barang dan Perkhidmatan) dan sebagainya,” katanya.

- BERNAMA

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US