Languages: Others

Agensi Tunggal Perlu Diwujud Untuk Selaras Dana Usahawan Belia Bumiputera

KUALA TERENGGANU, 3 Mac (Bernama) -- Persatuan Tunas Usahawan Terengganu (PATUT) menyarankan agensi kerajaan membuat penyelarasan dan pemantauan secara sistematik terhadap program dan dana perniagaan melibatkan golongan belia.

Naib Presidennya, Norfuzilawati Yusoff berkata, langkah itu penting bagi mengelak berlakunya pertindihan program.

"Kerajaan menyediakan banyak dana, geran dan pinjaman untuk membantu usahawan muda melalui pelbagai jabatan dan agensi.

"Di Terengganu sahaja, RM126 juta telah dibelanjakan sepanjang tahun lalu bagi membantu 3,475 usahawan muda yang melibatkan SME Corporation Malaysia (SME Corp), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU)."

"Pada pertengahan 2013 SME Corp telah mewujudkan skim khas di bawah Program Peningkatan Perusahaan Bumiputera (BEEP) yang menawarkan kos sewa premis, pengubahsuaian dan pembelian peralatan, perkakasan, mesin untuk permulaan perniagaan sebagai tambahan kepada kos lain khusus untuk usahawan muda," katanya kepada Bernama Khamis.

Norfuzilawati berkata, walaupun jutaan ringgit telah dibelanjakan masih terdapat golongan belia yang tidak menyedari mengenai pembiayaan sedemikian.

Berikutan itu beliau menyarankan satu agensi tunggal diwujud sebagai penyelaras, sekali gus memastikan setiap perbelanjaan boleh dioptimumkan.

Di bawah Rancangan Malaysia Ke-11, pelbagai program dilaksana seperti Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) oleh SME Corp, Dana Usahawan Muda (YEF) dan Tabung Usahawan Siswazah (TUS) oleh SME Bank, Program Agro Tani Muda oleh Kementerian Pertanian serta PROSPER Usahawan Muda di bawah PUNB.

Menurutnya, pada 2009, SME Corp telah dilantik sebagai Agensi Penyelaras Pusat (CCA) bagi pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) secara menyeluruh di Malaysia.

Katanya, SME Corp ditugaskan untuk meneroka dan meningkatkan kemudahan dan data pengumpulan kelancaran program pembangunan PKS secara menyeluruh.

"Kepakaran yang sedia ada perlu digunakan sebaik mungkin terutama perjalanan dan pemantauan program keusahawanan yang melibatkan golongan muda.

"Bidang keusahawanan atau perniagaan sememangnya diiktiraf sebagai bidang yang mampu memberikan pulangan lumayan.

"Walau bagaimanapun di Malaysia, budaya keusahawanan masih lagi di peringkat permulaan dan penglibatan golongan muda dilihat kurang berbanding kerjaya lain.

"Usaha kerajaan menggalak golongan Bumiputera, khasnya belia supaya menceburi bidang keusahawanan sangat dihargai dan usaha mempromosi perlu ditingkatkan lagi bagi memastikan peruntukan yang disediakan, diguna pakai oleh usahawan muda berpotensi," katanya.

-- BERNAMA

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US