Languages: Others

PKS Perlu Guna e-dagang, SME Corp Sedia Pembiayaan Bantu Peniaga Atas Talian

KUALA TERENGGANU, 7 Mac (Bernama) -- Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) perlu menggunakan e-dagang atau Internet untuk meluaskan pasaran produk masing-masing.

Pengarah SME Corporation Malaysia (SME Corp) Terengganu Muhammad Ibrahim berkata menerusi penggunaan e-dagang, sasaran pertumbuhan sektor PKS dijangka terus meningkat antara enam dan tujuh peratus, mengatasi pertumbuhan KDNK negara yang dianggarkan pada 4.5 peratus hingga 5.5 peratus.

"Bagaimanapun, ada beberapa perkara yang perlu mereka tanggani seperti memiliki sistem pembayaran e-dagang selain perkhidmatan logistik yang baik kerana e-dagang juga memerlukan sistem standard bagi memudahkan industri peruncitan PKS terus beroperasi dengan lancar.

"Bagi menggalakkan lagi PKS Terengganu dalam perniagaan secara dalam talian, SME Corp Malaysia juga menyediakan pembiayaan menerusi Skim Peningkatan Kapasiti dan Keupayaan 2.0 (BAP 2.0) yang bermula pada 1 Mac lepas.

"Sebanyak 40 peratus daripada keseluruhan dana itu akan disalurkan kepada usahawan untuk kos langganan di media sosial seperti Facebook, Instagram dan WeChat termasuk kos mereka bentuk imej pemasaran mereka melalui laman web dan portal rasmi syarikat mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian Bengkel Pemasaran Dalam Talian dan pelancaran laman web dan portal sosial rasmi Persatuan Tunas Usahawan Belia Terengganu (PATUT) oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Roslee Daud di sini hari ini.

Seramai 150 usahawan menyertai bengkel yang bertujuan mendedahkan mereka kepada teknik pemasaran dalam talian menggunakan laman sosial agar mereka mampu bersaing di pasaran global.

Mengulas lanjut beliau berkata hasil kajian yang dibuat oleh SME Corp Malaysia, hanya 29.7 peratus PKS Terengganu menggunakan pemasaran dalam talian pada 2015, namun jumlah itu meningkat berbanding hanya 3.1 peratus pada tahun 2014.

"Peningkatan ini menunjukkan kecenderungan PKS terhadap fasiliti baharu ini, dan kita percaya menerusi pembiayaan seperti BAP 2.0 ini, ia dapat meningkatkan lagi jumlah PKS Terengganu untuk memaksimumkan pemasaran dalam talian untuk terus bersaing.

"Pembiayaan ini yang dilancarkan pada 1 Mac membolehkan syarikat memasarkan produk dan perkhidmatan mereka di laman-laman tertentu seperti Yahoo, Google dan dalam bentuk E-Pembayaran kerana kami dapati kos pembiayaan sangat tinggi dan membebankan peniaga," katanya.

-- BERNAMA

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US