Languages: Others

Rakyat berpendapatan tinggi menjelang 2020

TAPAH – Kerajaan yakin dapat melahirkan rakyat berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, keyakinan itu berdasarkan kepada inisiatif dilakukan kerajaan dalam membantu meningkatkan purata rakyat berpendapatan tinggi terutamanya melalui keusahawanan.

Menurutnya, kerajaan mewujudkan pelbagai program kepada golongan usahawan di negara ini terutama peniaga muda untuk menjadikan mereka mampu berdaya saing dan berupaya ke peringkat global.

Ia termasuklah program keusahawanan khas untuk golongan Bumiputera (Bahtera); program Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC), SME Corporation Malaysia (SME Corp) serta program pembiayaan oleh SME Bank dan Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF).

“Menjelang 2020, kita mahu pastikan dapat meningkatkan pendapatan rakyat kepada peringkat tinggi supaya kenaikan harga dan kos tidak lagi menjadi isu. Antara bidang yang kita galakkan dalam mencapai hasrat ini adalah keusahawanan, selain mengadakan pelbagai program, apa juga masalah boleh kembali kepada kerajaan, kita sedia bantu supaya keusahawanan ini dapat diperluas.

“Tapi apa yang penting karakter usahawan itu. Mereka perlu membawa budaya keusahawanan yang tinggi dalam diri masing-masing, barulah boleh berjaya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Usahawan MIDF di Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2016, semalam.-sinar harian

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US