Languages: Others

16 Tokoh Terima Anugerah Fellowship IMM

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Institut Pemasaran Malaysia (IMM) memberi penghargaan kepada 16 tokoh pemasar dengan anugerah fellowship atas sumbangan mereka kepada pertumbuhan dan pembangunan persatuan itu selama ini.

Presiden IMM, Datuk Sharifah Mohd Ismail berkata anugerah itu menandakan komitmen IMM untuk membentuk hubungan jangka panjang dengan ahli-ahlinya serta mengembangkan fungsinya sebagai rakan strategik untuk menyediakan kepada golongan pemasaran di Malaysia.

"Hari ini kami mengiktiraf pencapaian cemerlang 16 ketua pegawai eksekutif (CEO), ketua-ketua, profesional dan ahli akademik di negara ini serta seorang profesor dari Singapura, Pengarah National University of Singapore Dr Hooi Den Huan," katanya dalam ucapan alu-aluan pada majlis Malam Anugerah Fellowship IMM 2016, di sini, malam ini.

Sultanah Pahang, Sultanah Hajjah Kalsom menyampaikan anugerah fellowship berkenaan.

Antara penerima anugerah bagi tahun ini ialah bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz, Presiden Lim Kok Wing University Tan Sri Lim Kok Wing, CEO SME Corp Datuk Hafsah Hashim dan CEO PLUS Malaysia Bhd Datuk Noorizah Abdul hamid.

-- BERNAMA

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US