Languages: Others

Melaka Pantau Usahawan PKS Pastikan Bantuan Kewangan Dimanfaat Sepenuhnya

MELAKA, 29 Mei (Bernama) -- Kerajaan Negeri Melaka memantau ketat usahawan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) di negeri ini bagi memastikan kumpulan tersebut dapat memanfaatkan sepenuhnya bantuan kewangan yang mereka peroleh.

Exco Pertanian dan Pembangunan Usahawan Melaka, Datuk Hasan Abdul Rahman berkata langkah itu penting bagi memastikan bantuan dalam bentuk geran atau pinjaman yang diberikan mampu membantu para usahawan mengembangkan perniagaan mereka.

Beliau berkata pemantauan itu juga penting bagi memastikan usahawan dapat menguruskan perniagaan mereka dengan baik dan seterusnya menjadi penyumbang kepada kekuatan ekonomi negeri serta negara.

"Usahawan PKS ini antara penyumbang terbesar kepada kekuatan ekonomi khususnya di Melaka, lebih daripada 90 peratus kekuatan ekonomi negeri datang daripada usahawan PKS," katanya ketika ditemui Bernama pada program Minggu PKS yang berlangsung selama tiga hari di sini, bermula semalam.

Hasan berkata kerajaan melalui agensi antaranya Amanah Ikhtiar Malaysia, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga dan Usahawan Belia di bawah Kementerian Belia dan Sukan, telah menyediakan pelbagai bantuan kewangan yang seharusnya diambil peluang oleh usahawan PKS untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Malah katanya, Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp) telah menawarkan bantuan kewangan kira-kira RM30 juta kepada lebih 250 usahawan di seluruh negeri Melaka sejak 2009.

Beliau berkata semua agensi tersebut tidak pernah mengamalkan diskriminasi dalam memberikan bantuan kewangan, bagaimanapun, setiap usahawan perlu mempunyai kriteria tertentu untuk layak menerima bantuan kewangan tersebut.

"Kita mesti menilai setiap usahawan yang memohon (bantuan kewangan), sebab itu usahawan ini kita beri skor antaranya dengan kita pergi ke premis mereka, sekiranya premis mereka menepati spesifikasi kita maka kita boleh bantu," katanya.

Hasan berkata kerajaan negeri juga sentiasa berusaha memastikan Halal Hub yang terletak di Serkam, Jasin, dekat sini, memberikan sumbangan besar kepada usahawan PKS di negeri ini disamping melaksana pelbagai program untuk mengembangkan usahawan dalam bidang pertanian.

-- BERNAMA

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US