Languages: Others

JPDC, industri bantu usahawan di Pengerang

PENGERUSI Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasni Mohammad (empat dari kanan) bersama Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Ismail Karim (lima dari kanan) pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara JPDC dengan agensi pembiayaan di Puteri Harbour, Kota Iskandar, dekat sini, malam tadi. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin

 

ISKANDAR PUTERI: Johor Petroleum Development Corporation Bhd (JPDC) menjalin kerjasama dengan empat agensi bagi menyediakan pembiayaan dan memantapkan pembangunan usahawan tempatan di Pengerang, Johor.

Empat agensi pembiayaan ialah Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), SME Corporation Malaysia, Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) dan SME Bank Berhad. Ia dilaksanakan dalam usaha membantu usahawan memulakan perniagaan, selain menambah modal bagi mengembangkan perniagaan masing-masing.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kerjasama antara pihak industri perlu dimanfaatkan supaya boleh dilaksanakan dalam bentuk dan tahap yang lebih bermakna. "Kerajaan negeri menyambut baik usaha sebegini yang bermula dengan niat bagi mensejahterakan rakyat, membawa pembangunan dan kemajuan yang bakal menjadi pemangkin terhadap kemajuan Johor," katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar dan Wilayah Johor, Datuk Hasni Mohammad, pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara JPDC dengan agensi pembiayaan di Puteri Harbour, Kota Iskandar, dekat sini, malam tadi.

Yang turut hadir, Ketua Eksekutif JPDC, Mohd Yazid Ja'afar. Mohamed Khaled berkata, inisiatif itu sejajar dengan misi kerajaan negeri melahirkan 1,200 usahawan generasi baharu berkemahiran tinggi, termasuk kalangan anak tempatan di Pengerang, selain Gagasan Johor Berkemajuan yang menjadi instrumen bagi mewujudkan keseimbangan dalam pembangunan Johor.

Katanya, perkhidmatan akses pembiayaan perniagaan oleh pihak industri, penyediaan khidmat rundingan dan nasihat serta khidmat latihan perniagaan yang komprehensif kepada golongan usahawan, memberi manfaat kepada pembangunan yang mampan. "Pembangunan pesat di Pengerang mengubah minda masyarakat untuk turut mengorak langkah dengan kemajuan," katanya.


CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US