Languages: Others

Peruntukan RM7.34 Bln Laksana 152 Program Pembangunan PKS Tahun Ini - Najib

 

PUTRAJAYA, 23 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa kerajaan komited dalam pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), termasuk menerusi peruntukan RM7.34 bilion bagi pelaksanaan sebanyak 152 program pembangunan PKS tahun ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan juga komited untuk memastikan kelancaran pelaksanaan Program Berimpak Tinggi di bawah Pelan Induk PKS 2012-2020.

Ini, tegasnya, adalah antara usaha kerajaan bagi memastikan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) PKS yang diunjurkan sebanyak 5 hingga 5.5 peratus pada tahun ini.

"Selain itu, pihak swasta pula menyediakan pelbagai saluran pembiayaan baharu seperti Pengumpulan Dana Masyarakat Berasaskan Ekuiti (ECF) dan Platform Akaun Pelaburan (IAP) yang menjadi pembiayaan alternatif untuk PKS," katanya berucap melancarkan Portal MalaysiaBiz di sini, hari ini.

Portal yang menyediakan maklumat pendaftaran dan lesen/permit perniagaan diperlukan PKS merentasi semua aktiviti ekonomi di Semenanjung Malaysia, juga bertujuan meningkatkan kemudahan menjalankan perniagaan di bawah Pelan Induk PKS.

Najib sebelum itu mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan Ke-20, yang turut dihadiri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Datuk Hafsah Hashim.

Perdana Menteri juga berkongsi hasil kaji selidik suku pertama 2016 SME Corp Malaysia yang menunjukkan perniagaan PKS masih berdaya tahan dan pertumbuhannya disokong oleh permintaan penggunaan swasta dan aktiviti pelancongan.

Menurutnya, kadar penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) oleh PKS turut meningkat sekitar 90 peratus berbanding 27 peratus pada tahun 2010.

Najib turut mengetengahkan dua pendekatan iaitu meningkatkan tahap produktiviti buruh negara dan inklusiviti bagi melonjakkan kedudukan PKS secara khusus dan negara secara amnya.

"Pertama, bagi meningkatkan tahap produktiviti buruh negara dalam Rancangan Malaysia Ke-11 iaitu 3.7 peratus, PKS perlu lebih berinovasi dalam perniagaan mereka," katanya.

Sebagai contoh, katanya, sesebuah PKS yang memiliki kilang pengeluaran perlu memberi tumpuan kepada penggunaan mesin yang lebih cekap, tenaga buruh yang berkemahiran serta penggunaan ICT dalam perniagaan.

Aspek kedua pula merujuk kepada dasar-dasar inklusiviti kerajaan yang memberi limpahan aktiviti ekonomi kepada golongan-golongan sasar lain seperti B40 (isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah) dengan meningkatkan kadar pendapatan mereka.

Selain itu, Perdana Menteri turut menggesa kalangan warga PKS untuk tampil bekerjasama dengan kerajaan bagi menjayakan agenda pembangunan PKS nasional.

Menurutnya, sejajar usaha meneruskan agenda mencapai status negara maju berpendapatan tinggi, beliau mahu melihat sumbangan PKS yang lebih ketara terhadap pertumbuhan ekonomi negara.

"Menerusi cara ini, kerajaan dapat mengenal pasti lagi bentuk-bentuk bantuan yang dapat diberikan kepada PKS selain bantuan sedia ada seperti geran, insentif, bengkel, bantuan mudah cara dan lain-lain lagi," katanya.

-- BERNAMA 

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US