Languages: Others

Akta Pembangunan PKS Pemangkin Kemajuan Ekonomi

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..m

 

SHAH ALAM: Akta Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), yang bakal dibahaskan pada sidang Dewan Rakyat akhir tahun ini, dilihat akan membantu mengukuhkan sektor berkenaan.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan, berkata Rang Undang-undang (RUU) mengenai akta berkenaan sudah berada di peringkat akhir perundingan dengan beberapa pihak berkepentingan.

“Menerusi akta ini, Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (MPPK) akan ditubuhkan dan berfungsi untuk menggalakkan pembangunan PKS; meluluskan dasar umum dan menyelia penyelarasan yang dibuat SME Corp Malaysia.

“Akta ini juga akan melihat pada kewujudan dana khas PKS serta terma pembayaran antara syarikat swasta, yang menempatkan barangan mereka dengan PKS,” katanya pada sidang media selepas Sesi Taklimat Umum bersama Dewan Perniagaan serta Persatuan Industri Bumiputera Wilayah Tengah, di sini, hari ini.

Ahmad berkata, industri PKS merangkumi 97.3 peratus daripada jumlah pertubuhan perniagaan di negara ini, membabitkan 645,136 entiti perniagaan berdaftar.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 77 peratus terbabit dalam perusahaan mikro. Sejumlah 90 peratus daripada pengusaha PKS di negara ini terbabit dalam sektor perkhidmatan, 5.9 peratus dalam sektor pembuatan, pembinaan (3 peratus) dan pertanian (1 peratus),” katanya.

Sementara itu, kira-kira 400 orang peserta, terdiri daripada ahli persatuan industri dan Dewan Perniagaan Bumiputera di Wilayah Tengah serta agensi dalam Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menghadiri sesi taklimat berkenaan.

Oleh kerana PKS Bumiputera di wilayah tengah merangkumi 30 peratus daripada jumlah keseluruhan PKS di negara ini, Ahmad turut mendorong PKS untuk menyertai dan mendapat manfaat daripada pelbagai program yang dilaksanakan kerajaan.

“Kerajaan sudah memperuntukkan RM1.2 billion melalui 13 kementerian dan tiga agensi untuk melaksanakan program bagi PKS Bumiputera bagi memastikan mereka tidak ketinggalan,” katanya.

(BHONLINE)

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US