Languages: Others

Nilai jualan Tube 3.0 perlu melonjak lebih ketara

Mustapa Mohamed beramah mesra bersama peserta Tunas Usahawan Belia                            

MELAKA 8 Okt. – Kerajaan meletakkan sasaran supaya peserta program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (Tube) 3.0 yang dilancarkan di seluruh negara hari ini dapat mencapai nilai jualan dan keuntungan yang lebih besar berbanding dua program sebelum ini, dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, tempoh tiga tahun itu disifatkan sebagai amat mencabar kerana keba­nyakan peserta program itu masih baharu dalam dunia perniagaan malah ada dalam kalangan mereka belum menceburi bidang itu selain usia mereka yang masih muda antara 18 hingga 32 tahun.

Beliau berkata, nilai jualan sebanyak RM23 juta yang dica­tatkan dalam dua program Tube sebelum ini belum boleh dianggap satu jumlah yang besar ke­rana jika dibahagikan kepada dua kumpulan, nilainya adalah sebanyak RM12.5 juta.

“Pertama, kumpulan Tube 3.0 ini masih baharu dan nilai jualan yang diperolehi sebelum ini melibatkan dua kumpulan, itu pun nilai jualan keseluruhan dan bukannya keuntungan bersih.

“Kita mungkin boleh menya­sarkan jualan antara RM13 hingga RM15 juta untuk kali ini tetapi tiga tahun ke depan ini lebih mencabar dan kita kena realistik untuk mencatatkan peningkatan ketara dalam nilai perniagaan program ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan program Tube 3.0 peringkat kebangsaan di Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Hutan Rekreasi Ayer Keroh, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron; Pengerusi SME Corporation (SMECorp), Tan Sri Dr. Mohamed Al-Amin Abdul Majid; Ketua Eksekutif SMECorp., Datuk Dr. Hafsah Hashim dan para pemimpin kerajaan negeri.

Tube 3.0 adalah lanjutan daripada program keusahawan untuk golongan belia yang masuk tahun ketiga diadakan dan telah mewujudkan sejumlah 1,513 peluang pekerjaan selain mencatatkan hasil jualan terkumpul sebanyak RM23.5 juta menerusi Tube 1.0 dan Tube 2.0 melibatkan seramai 935 peserta.

Peserta Tube 3.0 kali ini menurut Mustapa, adalah sebanyak 500 orang dan dipilih menerusi kaedah yang sistematik oleh SMECorp dan mereka kebanyakannya perlu menampilkan diri sebagai seorang bakal usahawan muda yang kreatif, mampu berdepan daya saing serta mempunyai semangat yang tinggi untuk berjaya.

Katanya, kerajaan juga menya­sarkan untuk memberi peluang kepada usahawan Tube mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk di kawasan luar bandar dan pinggir bandar, walaupun ketika ini nisbah 60 peratus daripada peluang itu dikuasai penduduk di kawasan bandar.

Sementara itu, Hafsah memberitahu, sepanjang Tube 3.0, peserta akan diberi tunjuk ajar oleh mentor yang terdiri daripada kakitangan dan pegawai SMECorp khususnya bagi membim­bing mereka dalam mendapatkan khidmat nasihat serta peluang memperoleh pembiayaan daripada agensi lain untuk berjaya.

 
 


                                     

  

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US