Languages: Others

RM5.88 bilion untuk PKS - PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak hadir mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan ke-22 di Pejabat SME Corp. - Foto Muhd Zaaba Zakeria

 

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata dana bernilai RM5.88 bilion diperuntukkan tahun ini untuk 167 program pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Perdana Menteri berkata, program itu sedang dilaksanakan oleh 16 kementerian dan 60 agensi.

Katanya, ia sejajar usaha kerajaan meningkatkan sumbangan PKS kepada negara bertepatan 2017 tahun 'Mempromosikan Pembangunan PKS dan Permulaan Perniagaan'.

Beliau berkata, hasil utama Kaji Selidik PKS bagi Suku Pertama tahun ini menunjukkan prestasi perniagaan PKS bertambah baik.

"Saya yakin matlamat jangka panjang dan hala tuju Pelan Induk PKS untuk mempergiatkan pertumbuhan PKS ke arah status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 mampu direalisasikan.

"Bagi tempoh 2007-2016, PKS mencatatkan pertumbuhan tahunan purata sebanyak 5.4 peratus lebih tinggi daripada pertumbuhan tahunan purata ekonomi keseluruhan iaitu 4.2 peratus," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sebelum mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (MPPK), di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan Minggu PKS Kebangsaan Ke-6 pada 25 Jun hingga 1 Julai 2018.

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US