Languages: Others

PM kongsi resipi hadapi tekanan

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan lawatan ke Hospital Tung Shin. - Foto BERNAMA

 

KUALA LUMPUR: "Selain bersenam di gimnasium, saya sentiasa bermuhasabah diri dengan melihat satu-satu perkara secara positif," kata Datuk Seri Najib Razak ketika berkongsi resipi beliau bagi menghadapi tekanan ketika menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri.

Resipi itu yang dikongsikan kepada lebih 2,000 peserta yang menyertai sembang santai bersama beliau sempena Pameran Tahunan PKS (SMIDEX 2017) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, hari ini.

Katanya, sebagai Perdana Menteri tekanannya lebih besar berbanding ketika menjadi ahli politik biasa, Menteri Besar; sebagai Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Dalam nada yang berseloroh, katanya: "Jika anda berkesempatan menjadi Perdana Menteri nanti, anda pasti akan tahu bagaimana tekanan yang saya hadapi.

"Sejak kebelakangan ini, tekanan yang saya terima cukup hebat, namun saya sentiasa mengambil pendekatan melihat satu-satu itu dari sudut yang positif selain memotivasikan diri untuk minat dengan tugas yang diberikan selain menikmati dan bergembira dengan tugas yang dipertanggungjawabkan dan melakukan kerja dengan cara yang betul.

"Aktiviti fizikal seperti bersenam di gimnasium juga mengekalkan stamina untuk terus kekal cergas dan sihat. Saya percaya matahari akan terus bersinar dan harapan sinarnya ada sampai Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14)," katanya.

Beliau turut berkongsi pengalamannya menghadiri dua tugasan yang besar beberapa hari lalu di Vietnam dan Filipina disertai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, dengan menghabiskan lebih 12 jam sehari bekerja.

"Bayangkan pada hari pertama saja, saya perlu menghadiri pelbagai acara bermula jam 9 pagi hingga 12 malam dan pada hari kedua di Filipina bermula jam 9 pagi dan berakhir 9.30 malam. Namun, untuk kekal cergas saya mengambil sedikit masa turun ke gimnasium pada awal pagi sebelum acara bermula...tapi Tok Pa (Mustapa) nampaknya turun lebih awal dari saya," katanya.

Najib turut berkongsi pengalaman mula menceburi politik seawal usia 22 tahun, kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Menteri pada usia 25 tahun dan menjadi Menteri Besar Pahang pada usia 29 tahun.

"Memang saya bermula sejak muda lagi, saya tidak mahu orang lain bermula sebegitu awal seperti saya. Pembabitan saya dalam politik macam untung sabut timbul, untung batu tenggelam,

"Dalam politik saya tidak pernah mencabar mana-mana orang lain. Saya melihat sesuatu dengan positif dan perjalanan politik saya bermula di peringkat bawah meniti setiap peringkat secara selangkah demi selangkah sehingga menjadi Presiden dan Perdana Menteri," katanya.

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US