Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, usahawan belia Terengganu yang dilahirkan menerusi program TUBE tersebut telah menunjukkan perkembangan positif dengan menjana nilai jualan mencecah RM5.3 juta.

 

"Kesemua usahawan belia itu menyertai program TUBE dalam tiga fasa iaitu 114 peserta pada fasa pertama, 50 peserta (fasa kedua) dan 120 peserta (fasa ketiga).

"Bagi tahun 2018 pula, seramai 140 usahawan belia Bumiputera negeri tersebut bakal terlibat dengan peruntukan RM2.1 juta berupa geran perniagaan," katanya selepas mengadakan lawatan ke kilang memproses kuih sejuk beku, Maz Frozen Food di Inkubator Industri Desa Pulau Serai di sini hari ini.

Maz Frozen Food dengan produk utamanya, karipap dan ropa sejuk beku diusahakan usahawan muda, Saiful Nizam Marzuki, 28, yang merupakan salah seorang peserta program TUBE. - K! ONLINE