Languages: Others

246 syarikat usahawan bumiputera Terengganu terima bantuan kerajaan RM28.9 juta


BESUT, 29 April (Bernama) -- Sebanyak 246 syarikat usahawan bumiputera di Terengganu menikmati manfaat Program Peningkatan Perusahaan Kecil dan Serdahana (PKS) Bumiputera (BEEP) dan sejumlah RM28.9 juta disalurkan melaluinya sejak 2006 sehingga sekarang.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohamad berkata tumpuan utama pembiayaan yang turut ditanggung kerajaan negeri itu melibatkan syarikat yang mempunyai nilai impak tinggi.

"Terutamanya dalam sektor pembuatan, perkhidmatan profesional, minyak dan gas serta teknologi tinggi," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan geran bantuan kepada tujuh orang usahawan bumiputera daerah Besut sempena lawatan kerja ke syarikat MGV Sdn Bhd di Gong Medang di sini, hari ini.

MGV merupakan syarikat yang mengeluarkan air minuman.

Turut hadir Ketua Eksekutif SME Corp Malaysia, Datuk Dr Hafsah Hashim.

Nawi berkata, 2018 dianggap sebagai tahun mencabar bagi usahawan bumiputera di Terengganu dalam menyediakan produk dan perkhidmatan yang berkualiti di samping keperluan mengurangkan kos operasi syarikat.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihak kerajaan banyak membantu supaya mereka terus mampu bersaing hingga ke pasaran antarabangsa.

Sementara itu, Hafsah berkata bagi meningkatkan dan melonjakkan peluang usahawan bumiputera di seluruh negara, sebanyak RM1.4 bilion telah diperuntukkan pada 2017 melalui pelbagai program termasuk bagi penjenamaan dan penyediaan peralatan.

Beliau berkata, selain Terengganu, negeri kedua yang menerima suntikan dana tertinggi ialah Melaka dengan bantuan sebanyak RM23.85 juta dan dikuti Pulau Pinang (RM18.08 juta) dan Johor (RM15.38 juta).

-- BERNAMA

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US