Languages: Others

Pendidikan, ekonomi perlu pelan strategik

Bangi: Sistem pendidikan dan sektor ekonomi negara ini memerlukan kerangka serta hala tuju jelas bagi memacu Malaysia lebih dinamik.

Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali, berkata inisiatif berfokus perlu digerakkan dengan mempunyai pelan strategik sama ada dalam pendidikan mahu pun ekonomi.

Sebagai contoh, katanya, sebelum ini sudah wujud inisiatif gagasan universiti penyelidikan dengan penilaian Taksiran Penyelidikan Malaysia (MyRA) bagi pembangunan penyelidikan universiti awam di negara ini, tetapi apakah langkah seterusnya?

"Saya setuju kasih sayang, hormat-menghormati dan kegembiraan serta kempen membaca memang sangat penting, namun pendidikan kita memerlukan pelan strategik dan hala tuju lebih sistematik dan jelas yang diharap sudah pun dirancang pihak kerajaan.

"Sistem pendidikan di negara ini perlu berubah supaya tidak terus terperangkap dengan orientasi peperiksaan," katanya pada sidang media terakhirnya sebagai Naib Canselor UKM di sini, hari ini.

Beliau berkata, sistem pendidikan sama menyebabkan pusat tuisyen wujud seperti cendawan tumbuh selepas hujan yang membuktikan masyarakat tidak meyakini keupayaan kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Berikutan terlalu taksub dengan peperiksaan dan mengejar bilangan gred A, katanya, wujud ibu bapa yang memulakan kelas tambahan dan tuisyen anak sejak sebelum dan pada Tahun Satu lagi.

Katanya, hal itu menimbulkan isu perkembangan seseorang kanak-kanak yang tidak sihat dan tidak menggembirakan.

“Ini yang dikatakan konsep by passing sama seperti persatuan penduduk yang membuat sistem kawalan keselamatan di kawasan kediaman tersendiri dengan mengupah pengawal warga asing serta mengunci beberapa laluan jalan kerana masih tidak meyakini dengan kawalan keselamatan di luar, namun bagaimana jika berlaku kebakaran?

“Apa yang terbaik pada 1970-an tidak semestinya baik pada hari ini dan mungkin mendatangkan musibah, di samping yang dapat banyak A dalam peperiksaan, lebih ramai yang dapat keputusan tidak begitu baik, malah ada yang sanggup bunuh diri kerana tidak mencapai keputusan peperiksaan yang disasarkan,” katanya.

Beliau yang juga pakar ekonomi berkata, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dilihat masih tidak jelas dalam hala tuju pembangunan ekonomi negara kerana sehingga kini masih belum mempunyai pelan tindakan serta kerangka ekonomi baharu.

Katanya, kerajaan terdahulu mempunyai pelbagai pelan ekonomi termasuk merancang pembangunan koridor dan infrastruktur, justeru diharap sehingga Mac depan sudah ada pelan tindakan baharu kerana kerajaan baharu ada banyak idea baik, banyak juga yang mencabar, namun semua itu perlu diletakkan dalam satu kerangka.

"Kali terakhir kerajaan memperkenalkan polisi bagi memacu ekonomi negara ialah pada 2010 melalui Model Baru Ekonomi (MBE).

“Malaysia memerlukan pelan kerangka ekonomi baharu untuk maju. Isu tol, syarikat milik kerajaan (GLC), lebuh raya percuma hanyalah isu terpencil. Sekarang, kita perlu bercakap mengenai syarikat multinasional gergasi, perusahaan kecil dan sederhana di peringkat global dan sebagainya. Pada waktu ini, jarang kita mendengar pasal SMECorp dan agensi lain,” katanya.

Noor Azlan berkata, sebagai negara yang kecil dan terbuka, Malaysia memerlukan pelan komprehensif lebih besar untuk meneruskan pembangunan dalam suasana ekonomi dunia yang bersifat VUCA (mudah berubah, tidak menentu, kompleks dan kabur) ketika ini.

"Kita perlu pelan baharu kerana ketika ini kita tidak tahu pelan tindakan mana yang dirujuk. Jika ada pelan baharu, mudah untuk semua pihak industri hendak tumpu kepada sektor mana.

"Dari segi sumber manusia contohnya, sektor yang manakah yang perlu menerima fokus universiti bagi membangunkan program baharu dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga perlu mengatasi isu pertumbuhan ekonomi yang tidak sekata antara negeri-negeri yang menyebabkan purata pendapatan isi rumah di sembilan negeri iaitu Kedah, Kelantan, Pahang, Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Terengganu, Sabah dan Sarawak, lebih rendah berbanding purata pendapatan isi rumah Malaysia.

Katanya, 54 peratus penduduk Malaysia berada di bawah garis purata pendapatan isi rumah negara sebab itu di beberapa negeri, mereka menyatakan tidak merasai pertumbuhan ekonomi negara.

"Tumpuan lebih perlu diberikan kepada pengeluaran produk bernilai tinggi yang lebih sofistikated seperti yang dilaksanakan di Korea Selatan. Antara 1990 hingga 2010, mereka sudah beralih daripada memberi tumpuan kepada produk seperti pakaian kepada pengeluaran produk berteknologi tinggi.

"Kerangka strategik ini sama seperti pelan jika kita mahu membina rumah yang memerlukan keseluruhan lukisan dan bukan lakaran satu bilik ke satu bilik, jadi diharap sudah ada perkembangan positif untuk dikongsikan supaya perancangan dilakukan itu nampak dan sedia untuk dilaksanakan," katanya.

Noor Azlan bakal menamatkan perkhidmatannya sebagai Naib Canselor UKM pada 31 Disember ini selepas menerajui universiti itu selama lima tahun sejak Januari 2014.

Beliau akan digantikan oleh Bekas Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Akademik dan Antarabangsa), Universiti Malaya (UM), Prof Dr Mohd Hamdi Abd Shukor.

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US