Languages: Others

Bila Kali Terakhir Anda Beli Barangan Tempatan Yang Dihasilkan Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS)?


Menurut SME Corp Malaysia, Perusahaan Kecil dan Sederhana merupakan satu entiti perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau badan-badan yang sama taraf dengannya seperti badan professional atau pejabat daerah.

Mesyuarat Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (MPPK) kali ke-14 pada bulan Julai 2013, telah meluluskan definisi baharu PKS yang merangkumi semua sektor iaitu perkhidmatan, pembuatan, pertanian, pembinaan dan perlombongan & pengkuarian.

Bagi sektor pembuatan, PKS ditakrifkan sebagai firma yang mempunyai jualan tahunan tidak melebihi RM50 juta ATAU bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 200 orang. Manakala, bagi sektor perkhidmatan dan sektor lain, PKS ditakrifkan sebagai firma yang mempunyai jualan tahunan tidak melebihi RM20 juta ATAU bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 75 orang.

Dalam Bajet 2019 yang lalu, Menteri Kewangan Malaysia YB Lim Guan Eng menyebut, “PKS merangkumi 98.5% daripada jumlah perniagaan di Malaysia dan merupakan nadi pertumbuhan ekonomi negara.”

Di antara langkah yang diambil oleh kerajaan adalah seperti menyediakan RM20 juta untuk pelancaran kempen “Beli Barangan Malaysia” untuk menyokong produk dan perkhidmatan tempatan, Beliau juga berkata kempen tersebut akan dilaksanakan di peringkat akar umbi bagi menyediakan platform kepada pengilang dan penyedia perkhidmatan tempatan untuk mendapatkan akses kepada 59 pasar raya besar, gedung membeli-belah dan ekspo perdagangan.

Pengerusi Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) Pulau Pinang, Datuk Dr Ooi Eng Hock mengulas bahawa langkah itu adalah satu tindakan yang tepat pada masanya, dalam usaha menggalakkan rakyat Malaysia membeli produk tempatan. Hal ini sekaligus dilihat dapat meningkatkan tahap pembelian dan kesedaran pengguna bagi menyokong barang buatan tempatan.

Dalam usaha membantu usahawan kecil, kerajaan telah memperuntukkan RM100 juta kepada TEKUN untuk membiayai usahawan kecil. Dengan usaha ini, ia dapat membantu usahawan kecil untuk melebarkan lagi perniagaan mereka. Tambahan lagi, apabila lebih banyak pengeluaran dilakukan, maka ia akan membawa kepada peluang pekerjaan sekali gus meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KNDK).

Saya berpendapat bahawa peruntukan Bajet 2019 dalam memperkasakan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) adalah merupakan ‘hadiah’ istimewa buat mereka. Ianya dapat membantu pertumbuhan ekonomi negara ketika ekonomi dunia sedang mengalami krisis, di samping dapat memberi banyak manfaat kepada rakyat dan perniagaan dalam negara kita.

Saya akhiri artikel ini dengan memetik sebuah hadis Rasulullah SAW yang berbunyi:

“Binasalah hamba wang: dinar dan dirham, hamba pakaian, dengan segala macamnya yang menarik, jika diberi dia merasa gembira, dan jika tidak diberi maka dia tidak merasa gembira”. (Riwayat Bukhari).
Hadith ini menunjukkan kita dilarang menjadikan harta sebagai matlamat utama hidup kita di atas dunia ini. Oleh itu, setiap apa yang kita dapat hendaklah diinfaqkan agar ia dapat menjamin nasib diakhirat kelak. Justeru, setiap hasil yang dikutip oleh kerajaan daripada rakyat hendaklah dikembalikan semula kepada rakyat.

Ditulis oleh Muhammad Azzkri Bin Mohammad Ridzwan, Pelajar Tahun Akhir, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Sumber:

  • Ucapan belanjawan tahun 2019 oleh YB Tuan Lim Guan Eng Menteri Kewangan ketika membentang rang undang-undang perbekalan (2019) di dewan rakyat pada jumaat, 2 november 2018 bersamaan 24 haribulan safar 1440 hijrah “Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera”
  • Hadith Riwayat Bukhari. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. “jangan jadi hamba wang”. <http://www.islam.gov.my/e-hadith/1100-jangan-jadi-hamba-wang>

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US