Languages: Others

Pelan jangka panjang pks

 

kobis

 

Kuala Lumpur: SME Corporation Malaysia (SME Corp. Malaysia) akan memperkenalkan pelan jangka panjang baharu yang menggariskan hala tuju pembangunan dan dasar bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Pelan hala tuju baharu itu dijangka menyentuh elemen hindsight (berdasarkan pengalaman), insight (mengikut trend) dan foresight (masa depan) supaya ia terus relevan dan mampan seiring zaman.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Noor Azmi Mat Said berkata, Pelan Induk PKS 2.0 itu adalah bagi tempoh 2021 hingga 2030, namun sebagai permulaan ia akan laksanakan secara dinamik pada fasa tiga dan dua tahun.

“Melalui kaedah ini, ia menjadi lebih responsif dan program yang kita jalankan menjadi lebih berkesan.

“Kalau dulu kita tiada kelebihan komunikasi, kini semuanya boleh dilaksanakan melalui telefon mudah alih, seperti membuat transaksi pembayaran.

“Malah, kita juga boleh kaji balik sekiranya diperlukan,” katanya dalam satu temu bual di sini.

enazmi

 

NOOR Azmi Mat Said. FOTO Saddam Yusof

Noor Azmi berkata, usaha itu juga bagi memupuk kelestarian perniagaan dan daya saing untuk PKS lebih berdaya maju dalam bersaing di pasaran global dan berteknologi tinggi.

“Pelan Induk ini juga akan diselaraskan dengan Rangka Kerja Keusahawanan Kebangsaan (NEF) yang dilancarkan Menteri Pembangunan Usahawan pada November tahun lalu.

“Apa yang pasti fokus utama pelan induk ini bagi melihat apa keperluan PKS pada masa akan datang seperti yang berkaitan dengan teknologi dan pendigitalan.

“Dunia masa kini pantas berubah oleh itu kita mesti menyediakan pelan berdepan dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku kepada PKS pada masa depan,” katanya.

Noor Azmi turut menekankan kepentingan bagi pelaksanaan pelan baharu ini kerana PKS perlu dinamik dengan senario semasa khususnya dengan kemunculan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0).

“Tahun ini, kita akan buat kajian apa yang dikecapi seterusnya melengkapkannya pada penghujung tahun ini dan keseluruhan tahun depan.

“Apa yang penting, apabila selesai pelaksanaan pelan hala tuju PKS yang terdahulu, kita sudah bersedia dengan perancangan baharu yang lebih mampan dan futuristik,” katanya.

 

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US